Assalamualaikum wrt..
Syukur Alhamdulillah, terasa bagaikan bermimpi. Setelah menanti
selama 39 minggu 3 hari, kami sekeluarga dianugerahkan hadiah paling indah.. hadiah
tahun baru 2015 kami yg paling berharga iaitu
kelahiran baby Hadif melalui kaedah pembedahan ceasarean.. kenapa tidak bersalin
normal seperti anak2 yg pertama, kedua, ketiga dan keempat? Hanya DIA yang maha
mengetahui..
Rentetan sakit2 yg cikzann rasakan
dalam minggu tersebut, menyebabkan cikzann menyerah diri ke Klinik Kesihatan
Maran pada 06 Januari 2015.. dengan harapan bila diperiksa, ada tanda cikzann
akan segera bersalin. Cikzann diminta pula segera ke Hospital Sultan Haji Ahmad
Shah (HOSHAS)..oleh kerana bukaan baru mencecah 2cm, adik mencadangkan tidur
dirumahnya yg hanya 5 minit ke hospital..
Jam 7 pagi 07 Januari 2015 , cikzann
mendaftar diri di dewan bersalin HOSHAS. Setelah menanggung kesakitan yang agak
lama, serta memikirkan keselamatan baby dalam kandungan, cikzann diminta melahirkan dengan menjalani pembedahan
ceasarean..
Alhamdulillah, jam 11.15
pagi, sidia selamat dilahirkan..
Syukur kerana Hadif
bebas dari jaundis.. berkat minum jus delima dan mengamalkan sesudu madu setiap hari agaknya.. Tali pusatnya masih belum tercabut di hari ke 10 ini..
Muhammad Hadif dalam kandungan, 29weeks masa ni.
Sama ke tak, gambar masa scan dengan baby di alam nyata??
Nama : Muhammad
Hadif bin Mokhtar
Tarikh Lahir : 07 Januari 2015
/ 16 Rabiul Awal
Masa : Jam 11.15 pagi
Tempat Lahir : HOSHAS
Anak ke : 5
Surat beranak Hadif yang didaftarkan pada 13 Januari 2015 di Pejabat Pendaftaran Maran, Pahang
Umur 1 hari
Hari kedua kelahiran.. masih di wad. Bila bersalin czer ni, sekurang2nya 3 hari la kena tahan wad. Baby pun dah tunjuk muka tak sabar nak balik eaa..
yang ni dah kat rumahku syurgaku.. kulit bby yang mengelupas makin jelas kelihatan.. Kulitnya mengelupas seawal hari dilahirkan lagi.. cam budak lebih hari je
Kelahiran bby Hadif adalah hadiah untuk umi yang sangat bermakna.. tiada hadiah lain lain yang setanding.. semoga membesar menjadi anak yang soleh, yang dapat membahagiakan umi, abah, dan keluarga yang lain dunia akhirat..
Kami sayang adik Hadif..
No comments:
Post a Comment