Assalamualaikum..
Tatkala ini.. berada di petang Jumaat yg mendamaikan.. masih dalam
telekung sembahyang..
Berfikir apa aktiviti hari ini.. menaip entry kek cawan beri biru
kah? Ermm.
Kek cawan beri biru @ kapkek
blueberry.. telah dilaksanakan dengan jayanya pada dua hari lepas. Atas
inisiatif sendiri, walaupun berdepan
risiko ntahkan ada ntahkan tiada
peminatnya..
Anak2 cikzann bukanlah jenis kanak2 yg obses terhadap makanan..
Cuma, paling mengujakan ialah semasa membuat cheesecake biskut.. yg ini, berebutlah
mereka. Manakala dalam pembikinan pau, hanya Harith dan abah yg gila2 menggemarinya.
Oleh kerana ingin mencuba pelbagai jenis dan aneka makanan.. sekali
lagi cikzann diberikan kerajinan
membakar kek cawan dengan blueberry ini.
masih dalam oven..
masa ini, bau wangi esen menusuk nusuk.. anak2 pun dah tertanya, ummi masak apa..
ada dua versi cawan kertas yg digunakan..
inilah kejadian hari itu.. khabarnya, dari Pahang telah sampai ke Kelantan kapkek ni.. hihi..
terima kasihlah kepada si pemakannya.
berjasa kepada dapur..inilah hasilnya..
hurmmm..nyummm..
Salam petang Jumaat..
Akak tak ambil order ke untuk semua yang akak masak ni?
ReplyDelete- Hayati
Masih tak berani nak ambil order la Yati.. akak cuba2 je tu..
DeleteNampak sedap. Dengan keadaan kat Maran ni bukan senang nak cari bahan-bahan.
ReplyDelete- Hayati
yela Yatie.. terpaksa cari brg2 kat Temerloh or Kuantan, demi hajat memasak ni..
Delete