Tuesday 8 April 2014

~ kek kukus indahwarni ~


Assalamualaikum wrt..

Hari ni nak post entry pasal kek kukus warna - warni.. yg cikzann buat. resepi yg memang mudah.. tapi cara menuangkan bancuhan /adunan perlu sedikit kemahiran..
kekurangan inilah yg menjadikan kek kukus cikzann ni, agak kaku dan  keras, tidak berseni dibanding hasil sifu2 kek yg lain.. tapi, masih dalam tema yg betul, iaitu berwarna -warni..hihi.
Kek memang lembut..gebu.



Resepi Kek Minyak Kukus
Sumber : kak fida Myresepi

Bahan-bahan 
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300g)
1 cawan susu segar (210g)
3/4 cawan susu pekat manis (200g)
1/2 cawan gula halus (60g)
1 cawan minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla


Cara-cara

1.Ayak tepung ke dalam mangkuk.
2.Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
3.Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan alum. foil. Kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.



No comments:

Post a Comment