Monday 14 April 2014

dari Maran ke Kota Bharu


Assalamualaikum wrt.

Jauh berjalan luas pandangan..
Perjalanan yg agak jauh dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan.. memanglah satu jarak yg tidak dekat.. melintasi betul2 sebuah negeri Terengganu.  Nasib baiklah,  Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)  iaitu dari Bukit Besi hingga ke Gemuroh, Kuala Terengganu sepanjang  72 kilometer  mempercepatkan sedikit masa perjalanan…



Perjalanan melalui jalan pantai.. singgah sebentar di Pantai Rhu Sepuluh.. berhenti betulkan urat2 lenguh jap. Anak2 pun happy, mengutip kulit2 siput. Maklumla..jarang jumpa pantai..

Singgah juga di gerai buah  tepi jalan di Besut.. musim panas menyebabkan berlakunya lambakan buah tembikai.. buah yg menjadi dan manis tatkala musim panas.. tapi, harga taklah murah.. sama dengan Tunas Manja di Maran juga la.. mungkin tembikai lebih murah di kawasan Pasir Puteh (Tok Bali dll)..





Di Tok Bali juga, tekak ini tertarik pada jeli kelapa.. ermm.. sedap sungguh..  menyejukkan tekak kami yg kepanasan dan kehausan dalam kereta ni.. Makan2 dalam kereta setelah kehabisan keropok losong.. hihi.

Tak sabar untuk sampai.. kami dah keletihan.. si pemandu apatah lagi..

Salam sayang. 


No comments:

Post a Comment