Assalamualaikum wrt..
Roti goreng..roti goreng... 3 siya.. 3 siya.. haha.
Pestaim menggoreng roti goreng ni. Makanan yg sering cikzann jumpa di Kelantan. selain Kelantan, cikzann rasa kuih ini dipanggil pau goreng. Ore Ganu panggil apa ye? mungkin roti goreng jugak kot. Daripada pengamatan cikzann, ada beza dari segi bentuk antara roti goreng Kelantan dengan pau goreng luar Kelantan yg lebih bulat/ kembang.
Biasanya roti dileperkan/penyek sebelum digoreng (versi Kelantan), dan ianya berintikan kacang.. . cikzann guna inti kacang merah yg dibeli siap. Baki buat pau kukus tempohari. Digoreng dengan api yg kecil, sehingga kekuningan. Makan panas2 lagi sedap.
Resepi roti goreng
1 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan bancuh
dengan 1 cawan air
4 sudu majerin
1 sudu besar soda bikarbonat dan
1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air)
1 cawan gula
Air secukupnya
Inti kacang merah
Cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam
bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Biarkan doh naik 2 kali ganda. Uli/tumbuk sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
2. Masukkan inti kacang merah ke
dalam doh, tekan hingga leper.
3. Goreng hingga kekuningan dengan api yg perlahan.
jadi, takdelah pening memikirkan sarapan pagi lagi.. Bagi cikzann, stok tepung gandum, mauripan amat penting ada di dapur setiap rumah.. paling tidak pun, para ibu boleh siapkan cucur / jemput atau donat untuk hidangan pagi famili memasing..
Ha, esok lak..sarapan ape..
nasi goreng je ke..
Hehe.
No comments:
Post a Comment