Tuesday, 14 April 2015

Perkembangan Hadif







Tuesday, 27 January 2015

Hari ke 15 - 20


Assalamualaikum wrt..
Sementara umi tengah rajin mengupdate gambar baby, umi buatla.. letak gambar semata- mata, sebagai kenangan bila Hadif dah besar nanti.. boleh Hadif tengok2 gambar ni.. nak harapkan gambar ni tersimpan dalam henpon umi, entah sampai bila laaa.. takut terdelate nanti tanpa sedar..
kekadang bukan umi, tapi dek tangan abg Hafiy.. org selau pinjam henfon umi sebab nak main game.. 
Nak gi cuci gambar kat kedai, belum ada masa.. tu mesti juga umi buat, sebab abg2 dan kakak Hadif masing2 ada album gambar masa diorang kecik..
mesti kena simpan gambar kenangan baby..





bby Hadif lahir dengan berat 2.7kg.. hari ke 15 ni, baby dah 3.6kg..kira ok la tu..
Hadif adalah bby umi yg paling berat. 
Abg Harith dan abg Hafiy hanya 2.3kg, abg Hasif 2.4kg dan kakak 2.5kg..




muka bby mengelupas.. sejak hari lahir lagi.. tak abes2..
nak kulit baru ye..







Hari ke-18, majlis tahnik baby Hadif.. umi buat kecil2 aje, panggil jiran terdekat dan org2 Masjid.
Belum berkesempatan nak buat akikah..
Insha Allah, masa raya haji boleh buat tu semua.. nak buat sekarang, umi pun belum sihat sepenuhnya..


abah botakkan Hadif hari ke 19..


alamak, yang ni pink la pulak..
kalau dah besar,mesti takmo dia pakai baju ni..umi terbeli baju pink la kat sayanggg..

sebelum umi lupa, di hari ke 21, baby Hadif ditimbang JM seberat 3.8kg.. sikit je naiknya.. ditimbang guna kain lampin..tergolek2 Hadif kat dalam kain tu..

Harapan umi.. semoga semua anak umi jadi insan sempurna dunia akhirat..
Umi abah sayang kalian..
Mmmmuahhh..




Tuesday, 20 January 2015

Perkembangan setengah bulan pertama baby Hadif

ASSALAMUALAIKUM WRT..
Hari ni, hari ke 14 baby Hadif lahir ke dunia. Kehadiran yang sangat membahagiakan kami.. 14 hari jugalah, tidur umi tak lena.. umi terpaksa berjaga.. tapi tu tak jadi hal, inilah harga yang harus kami bayar di atas anugerah yg diberikan pada kami ini.. bersyukurlah. 

Semalam di hari ke 13, berat baby Hadif dah 3.6kg bila ditimbang JM yang datang ke rumah. Alhamdulillah, naik 0.9kg.. satu perkembangan yang baik. Cikzann tengok lengan baby pun dah makin berisi..peha dan betis pun sama, seronok sungguh.. tak sabar nak tengok dia bambam macam baby org lain.

Hari ke-14 ni juga, tali pusat baby dah luruh.. senanglah skit rasanya nak mandikan dia.. masih lagi kena bersihkan pusat ni dengan ubat yang dibekalkan.. cikzann guna cotton buds untuk bersihkan celah2 pusat baby.

Alhamdulillah, baby takde kena kuning/ jaundis di hari ke 14 ini. InshaAllah, dia bebas jaundis la kot.. rompers yang cikzann pakaikan seminggu lepas yang tersangatla  longgar masa tu pun dah muat2 je skang.. terkejut juga .. dah padan rupanya.. 






Semoga baby Hadif membesar dengan sihat..
Kami sayang adik.






Friday, 16 January 2015

Anugerah Terindah

Assalamualaikum wrt.. 

Syukur Alhamdulillah, terasa bagaikan bermimpi. Setelah menanti selama 39 minggu 3 hari, kami sekeluarga  dianugerahkan hadiah paling indah.. hadiah tahun baru 2015  kami yg paling berharga iaitu kelahiran baby Hadif melalui kaedah pembedahan ceasarean.. kenapa tidak bersalin normal seperti anak2 yg pertama, kedua, ketiga dan keempat? Hanya DIA yang maha mengetahui..

Rentetan sakit2 yg cikzann rasakan dalam minggu tersebut, menyebabkan cikzann menyerah diri ke Klinik Kesihatan Maran pada 06 Januari 2015.. dengan harapan bila diperiksa, ada tanda cikzann akan segera bersalin. Cikzann diminta pula segera ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)..oleh kerana bukaan baru mencecah 2cm, adik mencadangkan tidur dirumahnya yg hanya 5 minit ke hospital..

Jam 7 pagi 07 Januari 2015 , cikzann mendaftar diri di dewan bersalin HOSHAS. Setelah menanggung kesakitan yang agak lama, serta memikirkan keselamatan baby dalam kandungan, cikzann diminta  melahirkan dengan menjalani pembedahan ceasarean.. 

Alhamdulillah, jam 11.15 pagi, sidia selamat dilahirkan..
Dinamakan Muhammad Hadif bin Mokhtar pada hari ke-7 kelahiran.  

Syukur kerana Hadif bebas dari jaundis.. berkat minum jus delima dan mengamalkan sesudu madu  setiap hari agaknya.. Tali pusatnya masih belum tercabut di hari ke 10 ini.. 
Muhammad Hadif dalam kandungan, 29weeks masa ni.


Sama ke tak, gambar masa scan dengan baby di alam nyata??


Nama                 :           Muhammad Hadif bin Mokhtar
Tarikh Lahir      :           07 Januari 2015 / 16 Rabiul Awal
Masa                 :           Jam 11.15 pagi
Tempat Lahir    :           HOSHAS
Anak ke             :           5


 Surat beranak Hadif yang didaftarkan pada 13 Januari 2015 di Pejabat Pendaftaran Maran, Pahang







Umur 1 hari

Hari kedua kelahiran.. masih di wad. Bila bersalin czer ni, sekurang2nya 3 hari la kena tahan wad. Baby pun dah tunjuk muka tak sabar nak balik eaa..

yang ni dah kat rumahku syurgaku.. kulit bby yang mengelupas makin jelas kelihatan.. Kulitnya mengelupas seawal hari dilahirkan lagi.. cam budak lebih hari je



Kelahiran bby Hadif adalah hadiah untuk umi yang sangat bermakna.. tiada hadiah lain lain yang setanding.. semoga membesar menjadi anak yang soleh, yang dapat membahagiakan umi, abah, dan keluarga yang lain dunia akhirat..
Kami sayang adik Hadif..





Friday, 19 December 2014

Kerja Mendobi Pakaian Baby



Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah, esok 20 Dis 2014 genaplah usia kandungan  cikzann ke 37 minggu.  Bila2pun dah boleh bersalin, tak semestinya ikut tarikh jangkaan yg diberi doktor . Tapi  ikut pengalaman2  lepas, cikzann  selalunya bersalin dalam minggu ke 38 + gitu.. tak pernah lewat dari tarikh  jangkaan, dan selalunya awal.. Tunggu ajelah..

Kerja dobi mendobi  pakaian baby dah siap dilakukan 2 minggu yang lepas, sejurus balik dari bercuti di kampung  suami di Kelantan.. tak sabar sebenarnya nak mendobi. Haruslah kannnn.. Untuk mencuci baju baby cikzann guna pencuci Pureen ABD.  Sabun ni memang wangi  dan baju pun lembut je bila kering.. tak nyesal cikzann beli..

Bila kumpul kesemua pakaian yg nak dibasuh, barulah perasan banyak jugalah yang dah  dibeli.. semua baju baby kali ni, boleh dikatakan  semua yang baru.. Cuma ada sepasang  je baju, sehelai selimut , dua helai kain bedung dan dua helai barut  Hafiy yang cikzann pertimbangkan digunakan  untuk baby.. ye lah, dah nak masuk 5 tahun pun usia abang Hafiy.. simpan  lama2 pun kadang kala boleh buat baju  tu jadi nampak buruk/kuning..
Kerja mendobi ni, handwash aje la..  rendam lebih kurang, sental skit  je.. dah siap. Bilas air, dan keringkan  guna mesin basuh..

Menjemur kali pertama

ni menjemur kali kedua..  sib baik cuaca hari ni ok..


yang ni tunggu untuk disidai.. kain lampin

set tilam dibeli di Rantau Panjang, manakala sarungnya minta kakak jahitkan..  lembut sungguh kain sarung tilam ni.. cikzann beli di Alamoda Kuantan. 

 Kain barut baby dapat 6 helai.. juga handmade by kakak cikzann
yang hijau biru tu, kain bedung baby.. dibeli di Kamdar..kain jenis flannel. Lembut dan gebu sangattt


da siap dilipat.. lepas ni boleh lah dipilih untuk bawa ke hospital nanti..
Alhamdulillah, dah 99% siap kelengkapan disediakan.. cuma ada sket2 je lagi yang belum beli..
Next entry, cikzann nak tunjukkan ubat2an yang cikzann dah beli untuk berpantang.. Kali ni, takde Nona Roguy, Sendayu Tinggi dan Nyonya Mener seperti yang pernah cikzann guna dah.. Nak cuba yang lain plak..



Semoga Allah mempermudahkan semuanya.. doakan cikzann dan baby selamat  ye.. Aminn..