Wednesday, 4 December 2013

Dugaan terperangkap lif hospital!!

Allahu akbar.. allahu akbar..
Astagfirullah...

Itulah saja ungkapan yg  berlegar2 difikiran cikzann, tatkala terperangkap dalam lif selama lebih 30 minit.. 30minit korang tau? mana tak neves, mana tak kenalin.. 
cikzann tak fikirpun kalau terpaksa sesak nafas  dalam lif masa tu.  Cuma perasaan takut yang bukan2 plak timbul..
Nak tau kisahnya?

hihi. (da bole ketawa kau jah....)
Pada masa kejadian..kecut smua urat perut.. upah seribu RM pun tak mungkin cikzann mampu nak ketawa ketika itu.
Huhu.
Baru le tau, cikzann ni penakotttt.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kisahnya begini....

Pada 4 hb Disember 2013 (semalam), cikzann ke Hosp. Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), melawat mak mertua abang cikzann yang dimasukkan ke wad 14, tingkat 4, katil no. 26. Sakit lelah + demam + kekurangan oksigen dalam badan dan terpaksa diberi bantuan alat pernafasan. Bukan setakat itu, paru2 makcik mungkin dijangkiti kuman..

Cikzann ke HOSHAS bersama suami dan empat anak. Oleh kerana, kanak2 tidak dibenarkan masuk melawat, maka terpaksalah hanya cikzann sorang saja yang naik ke wad. Manakala suami terpaksa bersama anak-anak di lobi hospital.
Menggunakan lif, adalah sesuatu yang menakutkan. Tapi kugagahkan jua. 

Waktu turun, jam 5.50ptg itulah, cikzan bersendirian dalam lif.. tiba2, lif berhenti. Puas cikzann menekan butang, tingkat 2 mahupun butang buka pintu lif. Masih juga gagal..

Dalam lif, bersendirian, lif hospital plak tu buat dada cikzann berdegup..  macamana kalau tetiba muncul benda lain dalam lif tu, tak ke naya cikzann. Gerenti pengsan la..

Tunggu dalam 10 minit, masih tak bergerak.. mata cikzann membaca apa yg terlekat di dinding lif. Pembacaan cikzann tertumpu satu ayat...  'tingkat 1 bilik mayat'..
huhu.rasa nak nangis tau masa tu..

Terus cikzann tekan butang loceng, minta pertolongan.. sib baik terus dapat feedback dari staf situ.. dia melayan cikzann bercakap.. 'minta bertenang, puan dengan sape?sorang ke berdua?'.. mungkin diorang tengok cikzann dlm cctv kot!  owwwhh tidak, saya sorang ni.. lagilah rasa nak terkucil masa tu.. (diorang nampak aku ni berdua ke)

Lama sangat berseorang dalam lif, getaran di dada rasa cam tak boleh nak berdiri lagi... 
bantuan cam lambat je. Penantian cikzann rasakan bagai satu penyiksaan.. cikzann berdiri di penjuru lif dengan rasa takut.. bila tak tertahan takutnya, cikzann tekan butang loceng.. ah, lantakla diorang marah.. nak wat camane, takut sangat ni.. terdengar suara, 'sabar ye puan'..

Setengah jam kamudian, barulah pintu lif terbuka. Keluar lif, cikzann terus sebak.. tak dapat nak tahan air mata, dari keluar mencurah- curah..  

Bila cite kat adik cikzann, juru x-ray kat situ, katanya selama dia di HOSHAS tak penah sekalipun dia terperangkap dalam lif.. 

owwwhh, kenapa 'dia' nak uji aku...



No comments:

Post a Comment