Kali ni, cikzann berada di Bazar Tok Guru, KB, Kelantan.
Jalan2, cuci mata.. dengan aneka jubah dan tudung..
nak beli tudung dan jubah? di sinilah tempatnya..
kain pasang, telekung sembahyang.. pun banyak di sini..
layanan yang mesraaaa.
walaupun ruang niaganya dikatakan kecil dan padat seperti yang digembar gemburkan, tapi cikzann rasa ok je. dah namanya bazar kan. kerajaan negeri dah buat yang terbaik dah.
kedai yang lebih teratur, bersih..
Insha Allah..
peminat tudung bawal?
banyaknye tudung kat sini..
tudung yang ala2 mak mentua fizo pun ada..
cikzann beli sehelai tudung halfmoon yg simple..
penemanku yang setia..
boleh diharap sebagai tukang bimbit plastik hasil beliannn ibunyer.
sidia ni oke. si adik tak boleh dibawa. kerana dia akan menjadi peganggu.
lihat tu.. banyak kain telekung wanita bergantungan.
antara jubah moden yang ada di sini..
kat sinilah cikzann beli dua helai jubah.. jubah biru yang ada bunga rose tu le salah satunya..
Pemandangan bazar dari luar.. kualiti gambarnya kurang, sebab ambil dari dalam kete.. rasa cam malu plak, nak beria2 ambik gambar cam pelancong bila sensorang gini.. tapi sib baik, suami tak kisah..dia biarkan aje.
Skang da sampai di Pahang dah.
Len kali, nak cari tudung lagi kat sini...jumpa lagi.
~Salam mesra~
No comments:
Post a Comment