Syukur alhamdulillah.. pisang belakang rumah tak putus
berbuah..silih berganti. Tiga jenis pisang yg ada ditanam.. pisang telang, pisang
tanduk dan pisang serendah. Walaupun pokoknya tak banyak,tp cukuplah utk mulut2
kami..hihi
Beberapa hari lepas, setandan pisang telang dah ditebang. Syukur
dengan rezeki yg diperolehi.. wpun hanya 6 sikat sahaja, tapi disebabkan buahnya yg agak besar.. goreng
dua tiga biji pun dah banyak.. sesikat rezeki utk kakak, sesikat untuk emak, sesikat utk abg, sesikat utk adik di Temerloh (kebetulan dtg ke rumah masa tu),
dan selebihnya utk kami. Selain goreng, pengat pisang jadi pilihan. Salah satu makanan kegemaran
kami keluarga. Dicampur sedikit biji sagu.. ummmmmpph. Memang sedap..
Pisang telang ni memang sedap.. sekejap saja habisnya. Anak2 memang suka. Isi pisang yg tak lembek, tak benyek.. warna kemerahan.. terima kasih sangat kat jiran yg sudi beri anak benih tu.. payah dah nak dapat. terima kasih juga kat mak dan hubby yg rajin menanamnya, sehinggalah membuahkan hasil seperti di atas tu..
(masih lagi bersedih dengan kejadian yg menimpa MH370.. semoga segalanya dipermudahkanNya.. Aminn.)
No comments:
Post a Comment