Assalamualaikum wrt...
Setiap tahun, cikzann
tak lupa bertanya mak… bila kulat pusu nak tumbuh? Mak kata bila tiba satu
musim di mana durian mula berputik, dan guruh berbunyi di langit... selalunya keluar la kulat pusu. Tapi tahun ni,
mungkin disebabkan cuaca panas yang melampau, ntahla akan tumbuh atau tidak..
Bila guruh berbunyi di langit? Ada benarnya.. begitulah
selalunya terjadi.
Untuk tahun ni.. bila musim pokok buah berbunga (termasuk
pokok durian), cikzann ternanti- nanti guruh di langit. Lantas terus bertanya lagi, kulat dah keluar
dari tanah ke belum. Mak kata, tak ada.. Hampa juga, macam org mengandung yang mengidam plak lagak diri
ini. Hehehe.
Pagi esoknya.. cikzann dan hubby ke Taman Gambang Damai
untuk mengemas homestay kami. Melintasi jalan di New Zealand.. wah, ada kulat
pusu. Tak berhenti pun untuk membeli, masih mengharapkan kulat pusu fresh dari
ladang..haha. yang free la tu, kat rumah mak.
Meneruskan perjalanan, ada lagi penjual kulat pusu di
simpang masuk ke Lepar.. eh, takleh jadik nih. Call mak bgtau kulat dah
tumbuh.. mudah2an pusu kat rumah mak pun ada.. tapi hampa.
Esok, balik kerja.. tadaaa… wah!!! rezeki.. sebesen kulat pusu dihantar abang.
Terima kasih kerana merealisasikan impian cikzann..huhu. sebaknyer!!
Dah tu, apalagi. Cikzann mengerjakannya.. hubby tak makan
banyak.. katanya, makan banyak boleh sakit badan. Tapi cikzann makan oke aje..
masih belum kembang.. lebih manis..
berselera tau makan kulat pusu.. mesti masih ramai yang belum dapat rasa makanan mcm ni kan..
sebab, ia tak tahan lama..
dan hanya tumbuh setahun sekali..
Moga, tahun depan bertemu lagi cendawan nih.. feberet ni..
Salam sayang..
No comments:
Post a Comment