Alkisahnya, cikzann membawa haluan memasing untuk memendekkan masa membeli. Harus segera pulang sebab anak2 dirumah, si Hafiy belum mandi ditinggalkan.
Oleh kerana sekarang musim buah mangga, makanya terasalah kecur liur melihat buah yg bergolek2 tu. Tambahan memang di kepala nak buat puding mangga.. lalu cikzann beli 3kg dengan harga yg murah RM10. Buah memang manis.. Sampai di kereta, nampak hubby juga membimbit seplastik mangga.. wah, demam mangga la kali ni..
Makanya... buatla puding mangga pada hari tersebut. Resepi mudah dengan menggunakan 3 biji mangga, gula, susu cair.. sampai hari ini, ada lagi baki mangga. Tu pun setelah dihantar beberapa biji pada emak yg memang penggemar mangga..
No comments:
Post a Comment