Kuih sagu aka beronok.. dah sinonim dengan warna merah @ hijau..
Kacau dalam kuali besar.. nak lagi cepat, masuk je terus air panas.
Pagi esok, cadangnya nak goreng nasi.. so, kenalah cikzann tanak nasi..
Selain tu, nak buat kuih yg mudah2 je. Biji sagu dah ada.. kelapa parut baru dibeli, diletak dalam peti.. Hurmm. apalagi..buat kuih sagu @ beronok jelah malam ni.. mudah dan cepat. Sesuai dengan kondisi badan yg keletihan.
cikzann sejukkan dalam loyang 4 segi..
ambil guna sudu..
Resepi Kuih Sagu /beronok
1 cawan biji sagu mata ikan.
3 cwn air
3/4 gula
Sehelai daun pandan
Pewarna merah @ hijau
Kelapa tdk terlalu tua- parut /gaul sdikit garam
Cara:
1. Campurkan biji sagu, air, daun pandan. Masukkan dalam kuali.
Masak biar sehingga kembang, tidak putih.
2. Masukkan pewarna, gula.
Tunggu sebentar . Buang daun pandan.
Sejukkan.
Biasanya buat waktu malam, leh makan esok pagi.
Gaul dgan kelapa parut.
Jika agak lembik, gunakan sudu. Gaul dalam kelapa parut agar tidak lg melekat di tangan.
Cantik juga lah warnanya
Taraaa.. dah siap.
Kuih dalam kategori mudah, tapi sedap!! Yang belum cuba, cubalah sekarang.. bahan pun tak banyak.. Yang dah cuba, kita cari resepi lain la plak ye..
Next n3, cikzann ada masak pau kukus yang sangat lembut.. memang sedappp. cuma tak berapa putih cam pau nyonya tu.. cikzann nak yg putih mulus .. nanti cuba guna tepung lain pulak.. suka buat pau, si Harith suka makan.
Kuih keria, kuih kaswi, apam mekar yg tak berapa nak mekar pun dah cikzann cuba.. gambar2 pun ada dalam simpanan.. Insha Allah lain kali...
Salam Mesra..
No comments:
Post a Comment