Monday 3 February 2014

Pau kacang merah ~cikzann~





Salam.


Dah bagitau tuari.. cikzann nak tempekkan resepi  pau yang gebu ni.. wpun tak berapa nak putih warnanya. Resepinya dapat dari SIL @ Pn.  Rudhiah Ab Ghani/Pengkalan Chepa.. mekasih bebanyak, tuan empunya resepi kerana menceriakan hari2 cikzann anak beranak. 
Pau kukus ni kegemaran anak jate cikzann yg sulung.. sukeee sangat la dia dengan pau ni.. penah dulu cikzann goreng.. tapi dia tak berapa berminat. Siap pesan lagi, kalau ummi buat pau, abang taknak yg goreng.. sambil menjenguk2 cikzann di dapur. Ikut je la. Anak2 cikzann cerewet la sikit bab makanan ni. Tu yg semuanya tak berapa nak besar.. banyak tulang aje yg nampak.
Oke. Jom buat pau.

Pau Gebu dan Lembut



Bahan A
1kg tepung pau
1/2 cwn minyak
3sdb pelembut pau
(semua di gaul jadi sperti serbuk roti)

Bahan B
2 gelas air
4sdb gula
secubit garam
1 peket mauripan
(bancuh)

Campur kedua2 bahan2.
Isi inti, dan rehatkan 20min.
Kukus 15minit.


Daa siap uli..



buat bulat kecil2..ikut saiz yg dikehendaki..



tak berapa nak sama besar la pulakkkk..
hasil kerja AinHusna.. anak dara cikzann yg masih prasekolah tu..
cikzann suka inti kacang merah yg banyakkk.

haaaaa.. dah masak..
terliur tak??..


cubalah ye.
Insha Allah, menjadi la nanti.




Nota:
Air perlu lah betul betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ada pengukus).


Salam Mesra..
~cikzann~




No comments:

Post a Comment