Takde la aktiviti yg lasak pun.. aktiviti pun best2, tq 2 pihak Kementerian Kesihatan yg menaja segalanya.. semoga program ni dapatlah direalisasikan ditempat keje cikzann..mudah2an..
Training Of Trainers.. bagi Kelab Doktor Muda.. memang menceriakan.. dengan kebijaksanaan para petugas dari Pejabat Kesihatan Kuantan dan daerah2 lain di negeri Pahang serta kepetahan penyelarasnya Pn. Fina (kalau x silap) mempengerusikan majlis dalam dewan, menjadikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar..org Swak agaknya dia tu..
haaa.. ni bilik cikzann & 2 lg member.. macam seram je.. macam seram je..
ni gambar yg betulnye.. tak seram pun.. bilik hotel yg sgt bersih, masih baru.. tkla luas sgt, tp ok je.. byk soket, senang nak iron baju, cas telefon, masak air panas dll sekaligus je..kategori hotel, baik. sebab, cikzann bukan jenis org cerewet sgt..
bilik yg kemas.. cuma yg bersepah sebab dek kesilapan kami je menyepahkannya..hehe
serba sedikit pasal ubat2an..
kerja berkumpulan.. bagus diorg nih..
apa yg penting...kerjasama..
wif my cute roommate.. baru balik swakkk, masih bujang..
hihi
kak pah, kak bedah, kak milah semua ada.. eh, yeke
kalau gambar berwarna, siyes cantik pemandangan belakang tu..
cuba teka, agaknya kerusi cikzann duduk tu warna apa ye?
muka daaa comot.. tak sabau nak balik..
dalam kenderaan PKD Maran.. terima kasih ye..
Ok, juga tak lupa penghargaan terima kasih buat.... pihak Pejabat Kesihatan Daerah Maran.. yg sudi terima cikzann tumpang naik fortuner diorg masa balik Luit.. datang sendiri2, balik dengan diorang.. ala, sekali sekala je kannnnn. juga tak mau susahkan suami datang ambik..sebab terpaksa berkejar dari tpt keje lagik..
mungkin gak fobia kena tahan Penguasa Lebuhraya tuari (masa otw kursus) masih berbekas.. huhu. katanya kesalahan kami sebab nombor plat kete saiznyer agak kecik.. #$$&**$$$$$$ hish... ( yele..ngaku salah tuannnn!, tp jgn sombong sgt tau..) x suke, x suke..
No comments:
Post a Comment