Friday 14 February 2014

Kuih Lompang sedappp!



Assalamualaikum wrt.



Dua minggu lepas cikzann ada buat kuih ini.. lebih kurang kuih kaswi, cuma ia dikukus dalam acuan comel.. dalam bahasa kasarnya kuih ni dipanggil kuih lompang.. itu menurut loghat nogori la tu.. hehe


2 biji lompang yg sedappppp.. siyes tau..


rupa tak berapa nak lompang.. iaitu berlubang sedikit ditengah2 nya..  tapi rasa tetap ada.



sebenarnya, ia adalah dari resepi kaswi, cuma cikzann kukus dalam acuan kecil, menjadikan ia kuih lompang..
Resepi cikzann cedok dari belog ; MaDiHaA aka Ratna.. thanks ye!!

Bahan2
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepong ubi
7 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur (masukkan 1/4 cawan air dalam bekas kapur mkn & kacau2 sikit gunakan jari untuk menghasilkan air kapur yg  sederhana pekat, kemudian baru di sukat)
3 sudu besar kicap manis (untuk warna & untuk menaikkan rasa lemak)


Bahan salut
1 biji kelapa yang agak muda di parut putih
sedikit garam halus
(kukuskan kelapa sebentar untuk mengelakkan ia cepat basi)


Cara menyediakan
1. Masak gula merah bersama dengan 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 4 cawan air lagi. 
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Campurkan tepong gandum dengan tepong ubi dalam satu bekas & gaulkan.  Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil di kacau rata menggunakan whisker.  Campurkan air kapur & kicap & kacau sehingga tiada berbintil. 
4. Kukus kuih sehingga masak  15minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih. 



Pendapat cikzann, rasa lompang ni lebih sedap, berbanding kaswi sebelum ni.. mungkin penggunaan kapur makan yg lebih sedikit, membantu memejalkan kuih..
namun, jika terlebih byk pun tak elok juga untuk rasa kuih..




No comments:

Post a Comment