Monday 3 February 2014

Kuih kaswi cikzann




Hari ini, cikzann melapangkan dada.. meringankan jejari, dengan melakukan aktiviti di dapur.. mencuba resepi yg dah lama dalam simpanan. Sukalah makan kuih ni.. erm.. suka, suka... cuma tak berkesempatan, juga sebab susah betul nak dapatkan kelapa parut yg agak muda..




Kuih kaswi @ juga dipanggil kuih kapur oleh orang Kelantan. Mungkin disebabkan penggunaan kapur dalam penyediaannya, terus dipanggil kuih kapur.. famili memuji kuih ni sedap.. mungkin sebab penggunaan tepung gandum dicampur tepung ubi yg menyedapkannya..

Kuih Kasui / Kaswi

Bahan2
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepong ubi
7 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur 
3 sudu besar kicap manis 

Bahan salut
1 biji kelapa yang agak muda di parut putih
sedikit garam halus
(kukuskan kelapa sebentar untuk mengelakkan ia cepat basi)

Cara menyediakan
1. Masak gula merah + air + daun pandan sehingga gula larut. 
ngan 4 cawan air lagi. 
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Campurkan tepong gandum dengan tepong ubi dalam satu bekas & gaulkan.  Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.  Campurkan air kapur & kicap & kacau sehingga tiada berbintil.  
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang sejam dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih. Jika ada air dipermukaan kuih, bolehlah dibuang dengan merengkan sedikit loyang & cedok dengan sudu. 


Kelapa parut beli di pasar Maran.. cikzann minta yg putih dan agak muda untuk kuih.. alhamdulillah. dah tak ada masalah kelapa lah lagi lepas ni..



cikzann kukus lebih lama dari masa yg diberi dalam resepi.. sebab macam tak yakin ia dah masak.. dah masak tu, cikzann sejukkan semalaman. Pagi tu, baru potong..syukurlah..menjadi.. tak melekat. Elok je bila dipotong..



siap dipotong2.. disalut dengan kelapa parut yg dah digaul sedikit garam..



Kuih sedia dihidangkan untuk pagi ini. Sebekas dah memang wajib untuk hubby bawa ke tempat kerja.. 
seronok bila makanan yg dimasak, ramai yg sudi makan.. 


Cubalah, sedap ni.

No comments:

Post a Comment