Assalamualaikum wrt..
Semoga kita dilindungi Allah hendaknya.
Hari ni, nak cite pasal makanan lagik.. memang seronok kalau bab yg satu ni. Sehari semalam pun takkan abes.. kuih itulah, kueh inilah.. yg merana badan le. Yg halus mulus, tak jadi masalah.. tapi, kalau yg cam cikzann ni le yg haru.. huhu.
Hari ni, nak tempekkan gambar dan resepi yg cikzann dah buat beberapa hari yg lepas.. dibuat malam hari..kira2 kul 10mlm.. sambil2 mengukus tu, sempat le bantu my nephew buat karangan ttg diri sdiri untuk dihantar kepada pihak MARA. Almaklumlah, makciknyer ni kannn hebat ler sangat, karang mengarang nih..kihkih.
tapi, niat cikzann baek. Nak hantar kat mak..(anak solehah kononnya), kat abg.. dan juga sebagai bekal dalam kete. Sebab sok nyer nak gi Kayyyyy El. Mana tau anak lapar dlm kete, boleh la mengunyah..tapi realiti nya bukan anak, sebaliknya yg tua2 aje memenuhkan tekak dan perut.. Anak cikzann, kecil2 lagi dah pandai nak diet.
Esoknya, kami ke Puchong.. hantar Raja Badli Shas mendaftarkan diri di sebuah kolej di situ.. moga dia berjaya.. mudah mudahan, dipermudahkan olehNya.
Kat Puchong, cikzann tak lepaskan peluang singgah kat satu bakery shop tu.. haaaaa.. nanti kita cite. Malam nih, nak tunjukkan gambar kueh apam gula hangus ni dulu.. memang mengancam betullll.
Resepi ni, lupa dah dari mana. yg pasti dah lama dalam simpanan.. walau apapun , terima kasih byk2 kat tuan empunya resepi.. tak mengenang budi langsung cikzann ni, sampai lupa kat mana dpt resepi..
semoga tuan resepi di murahkan rezeki.. aminnnn.
Resepi Apam Gula Hangus
Bahan-bahan
1 1/2 cwn tepung gandum
2 bj telur
1 cwn gula
pasir
1 cwn air
1/2 cwn
minyak masak
2 sdb
marjerin
2 sdb susu
pekat
1 sdt soda
kelapa, gaul
dgn garam halus, kukus 5minit
Cara:
1. Buat gula hangus. Sejukkan.
2. Pukul telur,
susu, minyak , marjerin - sebati. Masukkan
gula hangus dan soda, pukul lagi.
Masukkan
tepung, pukul lagi smp agak2 dlm 3minit.
3. Sapu acuan
dgn minyak, kukus smp masak.. dlm 20minit.
Siap, tabur
kelapa yg dah kukus, makan...tak mau pun takpe.. tapi, cikzann sukeee..
Ha, apa lagi.. jom cuba.
Salam Mesra... cikzann.
No comments:
Post a Comment