Monday 28 May 2012

Hebatnya Susu Ibu


Salam..

Awal cuti pertengahan penggal persekolahan..kami ke Putrajaya.
 Menginap rumah adik ipar, seorang pegawai di KPDNKK dan pasangannya seorang doktor di Hospital Putrajaya sebelum ke Pandamaran ,Kelang menghadiri majlis pertunangan anak saudara suami.

Adik ipar dan pasangannya a.k.a biras saya, baru aje dikurniakan seorang cahayamata comel.. namanya, Muhd. Azam Al Furqan..katanya, nama sempena filem Indonesia yang femes tu..Ketika Cinta Bertasbih..saya pun minat cite ni..

Buka peti ais... taraaa...



Haaa..tak cukup bekas beli, bekas ini pun jadikkk..


Ini adalah susu ibu. 
Terpegun saya.. banyaknya stok susu yang disimpan oleh doktor sorang ni..  Ia akan menjadi bekalan bayinya bakal ditinggalkan dengan pengasuh setelah memulakan semula tugas nanti.. Sememangnya semua sudah tahu bahawa, bayi perlu disusui dengan susu ibu secara eksklusif sekurang- kurangnya sehingga berumur 6 bulan.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. 
Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. 
Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Apakah kebaikan penyusuan ibu?       
                                                                                                                                          Paling utama ia mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit) yang sangat penting untuk bayi kita,  mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi, mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam , mengurangkan risiko alahan,  mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik , melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga, mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan, mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti,  menggalakkan tumbesaran yang baik , meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik. 

Wah.

Banyaknya khasiat susu ibu untuk anak kita bukan?


Kebaikan penyusuan ibu kepada siibu:


Kebaikan kepada ibu, ia dapat membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan, mengurangkan risiko barah payudara dan ovari,  menjarakkan kelahiran,  mempercepatkan penurunan berat badan,  mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak,  menjimatkan masa dan wang,serta ia sangat  mudah dan tidak perlu  disedia.

InsyaAllah..lahirlah anak kita yang sihat, cergas dan cerdas dari pengamalan susu ibu..


Jika anda masih memikirkan cara penyusuan untuk anak anda, inilah masanya. Semoga anda semua dapat mencuba penyusuan ini untuk anak anda. InsyaAllah, anda akan gembira dan sihat.

Sepagi di Deerland, Lanchang


Salam semuaaa..

Ermmm.. lama juga rasanya tak berblog. Sibuk sikit... 
Ntahla, mungkin juga buat - buat sibuk. Hik.


Okey. 
Kita nak cite sikit pasal satu tempat tu. Tak semua orang tahu,tapi bagi orang tempatan mungkin la tak asing lagi. Kat mana tu? Tempatnya , Deerland kat Lanchang, Pahang. Agaknya,  kalau sebut Pusat Konservasi Gajah , Kuala Gandah,Lanchang mesti korang tahu bukan?

Haa.. dah dekat dah tu tempatnya.

Kami berkesempatan ke Deerland, Lanchang Pahang.
Sesaja bawa anak jalan-jalan. Kesian juga mereka.. Umi dan abah sibuk sikit sekarang ni.. (waduh, ngalah orang bisnes pulak sibuknya..)

Apa ada kat Deerland tu? 
Namanya pun dah deerland, mustahil tak ada rusa.



rusa kelaparan..berebut nak dapatkan makanan daripada pengunjung..






Kat sini ada rusa Indonesia yang jinak, rusa Malaysia yang agak bekeng (garang), dan rusa Taiwan yang sangat cantik/comel cam anak rusa nani.. tapi juga tak boleh didekati. Ni semua menurut kata pekerja kat situ laaa. Peramah diorang ni.. 

Kami sampai dalam kul 10 pagi.. 
rusa tengah lapar. Ada kupon disediakan untuk kita dapatkan makanan haiwan tu. 
Bole beri makan rusa Indonesia.. Berebut - rebut nak dapatkan makanan. 
Ada yang bersikap sedikit agresif sebab nak memonopoli kawasan. Tu yang buat sikecil saya takottt!!!


Hafiy suka sangat kat anak landak ni. Ni bukan landak biasa..saiznya agak kecil.


budak -budak memang suka arnab





Bayaran masuk, tak mahalpun.. sebab dia dikira cam mini zoo. Tak banyak sangat binatangnya.. untuk hilangkan boring anak-anak, ini dah kira berbaloi. Apa yang penting, anak- anak kita gembira. Di samping tengok binatang, boleh meneroka hutan kat situ.. dalam hutan tau.. Mana la tahu, kot2 ada yang tak penah masuk hutan, masa nilah. Tiket dewasa RM6, manaka kanak2 RM3 aje.

Sesuai untuk bawa anak2 dan ahli keluarga..
Cuti- cuti ni.. jom lah jalan- jalan!