Showing posts with label donat. Show all posts
Showing posts with label donat. Show all posts

Wednesday, 22 January 2014

Donut coklat anak- anak..

Assalam..


Ni adalah entry kedua cikzann tentang donut.
Alhamdulillah. Bila dah biasa membuatnya, terasa amatlah senang.. 
cikzann selalu buat, untuk dibawa suami ke surau..orang tak ramai ke situ.. so, buat setengah kg tepung pun amatlah mencukupi.. dapatlah kira- kira 25 biji donut.. bergantung kepada besar @ kecil sebiji ..
sampai naik muak jemaah  Surau Subuh Kg Luit makan kuih ni.. ( mgkin dalam ati diorang, donut je ke cikzann  ni pandai buat..huhu)

Petang tadi.. buat lagi..
tapi, hanya separuh sahaja dibawa ke surau. separuh lagi.. cikzann mencoklatkannya..





bukan main hepi anak2 cikzann. tambah lagi, bilamana cikzann minta mereka deco sendiri coklat atas donut memasing..dengan bimbingan!!
ofkoslah!! tanpa bimbingan, entahla  jadi apa.. anak2 cikzann bukannya budak besar..
masih hingusan lagi.. darjah 3, darjah 2, prasekolah dan yg kecik 4 thn tu, tabika. Memang buat rumah gamat sokmo. 



Ada lagi entry yang sedang menanti.. cuma masa aje yang tak mengizinkan.. ada beberapa resepi kuih yg cikzann daa buat dalam tahun 2014 ni.. ntahlah, nape tetiba je macam rajin menguihkan tepung2  yg ada dirumah.. buang tebiat ke.. atau sebab dah makin berumur ke skang nii.. atau memang azam baru di awal2 tahun ni... hihi.

Apapun... tu kira sesuatu yg positif le kann?

Haha.
Apapun, nantikan resepi dan gambar kuih cara gula dan karipap pusing, cubaan kali pertama cikzann.  Ada juga buat puding layer oreo..tapi, gambar yg ni tak sempat ambik.

Pandai ke? Hah, korang tengoklah nanti..
Skang netbook cikzann sedang dibaiki.. payah le sket nak berbelog. Sib baik, ihsan lappy hubby.. curi2 guna masa dia gi surau..heheh.










Sunday, 15 December 2013

Donat gebuss


Pagi ni, terasa sedikit rajin..
Nak cuba mencuba buat  donat. Da lama mencari resepi donat yg gebusss.. 
and, resepi dah dapatpun @ google. Yeayyy!!
Dah seminggu lebih, resepi tu terperap. Bahan2 yg mudah semua ada. Tunggu masa saja lagi..

Okayyy.
cikzann dengan tenangnya, memulakan langkah demi langkah dengan penuh teliti. Dalam hati, berdoa agar donat ini memberikan hasil yg mengembirakan.
sebabnya, kuih - muih cenggini, adalah satu kelemahan pada cikzann.. terutamanya bila cikzann cuba buat karipap.. memang fail!!  rasa taknak  dah aktiviti karipap mengaripap ni.. cerewet.


dalam panduan cara  buat yg cikzann baca, takde pun wat camni.
pandai2 sendiri je..selalunya ia untuk buat pau..


yg kekuningan tu, yg paling awal letak..
siap gentel2, terus masukkan dalam kuali..



daa siap goreng.. tunggu, jangan makan lagi!



tadaaaa..siap!
terus cikzann panggil dayang cikzann, Husna untuk hidang kat hubby.
Paksa hubby makan. and, siap tanya :

'donat umi buat ni rasa cam donat kat kedai tak?'

hihi..
kira ok la, kalau dia daa makan 3 biji..
anak2 pun suka..



oleh sebab byk yg dapat (setengah kilo tpg gandum)
siap ajak famili abang lagi datang makan..


sempat juga mencoklatkannya.. comotle sket. guna bahan yang mana ada je.. takde colourful  sangat.. 

atas permintaan si kecil, Hafiy.
buatla 6 biji donat ala dunkin tu kononnya. tapi, dia hepi sesangat.

dah kira siap2, untuk bebudak dalam umah..



Haa. Ni buktinya..
Gebusss tak??
segebu tuan yg membuatnya..wakakaka.


~Salam sayang~