Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Friday, 18 April 2014

saat sukar TRW



tatkala menyaksikan siaran langsung melibatkan TRW.. pasti debaran berlagu kencang..  saat2 sukar ini.. bersabarlah. akan  ada sinarnya. TRW akan bangkit…



TRW vs Sarawak..
impian  malam ni.. nak dengar penyokong TRW bersorak, ‘gol…….’   . Harapan, moga pemain tidak tertekan..  Berjuanglah  dengan semangat pahlawan.

Marilah semua bersatu, menempuh jln2 penuh liku. 
kepada penyokong,berdoalah, dan  hulurkan, pimpinlah tangan ketika mereka tersungkur..


Aku kan tetap setia.

( di saat penulisan entry disiapkan, Sarawak telah berjaya menjaringkan gol.. huhu
bersabarlah)

Friday, 23 March 2012

Pengadil Hot FAM



Bukan Hot FM.
Pengadil  bolasepak pun boleh jadi hot..  Macam yang empunya nama  Suhaimi Mat Hassan... Hot sebab sudah beberapa kali tindakannya menjadi kontroversi..

Menurut pendapat pengulas sukan tersohor Astro (sape lagi la kalau tak Azlan Johar..saya suka cara dia mengulas..matang!)  , seorang pengadil yang baik adalah pengadil yang sentiasa berada di tempat yang betul. Ini memastikan setiap tindakan yang dibuat adalah tindakan yang paling tepat demi kepentingan pasukan- pasukan  di atas padang. Pengadil yang bijak ialah pengadil yang peka.

Semasa  perlawanan Liga Super antara Sarawak Vs Lions XXI... 

Ramai penyokong  tidak puas hati.. Pemberian sepakan penalti kepada pasukan Lions mengundang rasa tidak senang.. Mereka  berhimpun untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Setelah berhempas pulas memberi tentangan hebat kepada pihak lawan , akhirnya terpaksa akur dengan tewas dek penalti yang belum pastiii... Namun, keputusan pengadil adalah muktamad.  Apo nak di kato.. 

Bagaimana nak pilih pengadil bola sepak?
Pilihlah pengadil yang berwibawa.. yang tegas dengan keputusan, yang cekap dan matang dalam menyelesaikan sesuatu perkara di padang.. serta pengadil yang cerdik. Seorang pengadil muda yang makin bersinar dan dilihat berwibawa..Nazmi  (bukan Nazmi Faiz Mansur yang tu..)  Semoga akan menjadi pengadil bolasepak yang di segani tapi bukan untuk digeruni...
Buat Shuhaimi pula,  pengalaman - pengalaman di padang akan menjadi pengalaman yang berharga untuk terus berjaya sebagai seorang pengadil bolasepak negara.  Jadikan segala kritikan sebagai pembina kerjaya anda. 

Monday, 27 February 2012

Wan Zack Haikal @ Maran, Pahang





Tajuk hebat terrrr... (tang  nama Wan Zack tu yang jadi hebat!!)


kali ni, cikzann nak kenalkan sebuah daerah, iaitu Maran..  Bukan Kumaran @ Manimaran...huhu
Ini  adalah  sebuah  tempat di negeri Pahang Darul Makmur. 

Aksi lincah Zack
Ni apasal pulak ada gambar Wan Zack ni..peminat fanatik ke??

Uolls,
Ada yang masih tak tahu le..Maran tu sebuah daerah.. takpe..nanti cikzann kenalkan... (ermm..rajinnya makcik ni.. )

Selalu sangat terjadi.. Bila baru berjumpa dengan kenalan baru..cikzann gtau, tinggal kat Maran.
 Ramai gak akan bertanya balik,  "Maran kat Terengganu ke?"  
ermmm. salah tu.salah tu.... 
tak baca buku la tu.. hi.hi..


i kasi tau lg, "itu Marang.. yg  ada 'g".. dan Maran, kat Pahang.." "Maran terletak antara Temerloh dengan Kuantan"..tu ayat beri diorang2 nih faham.. 


Pemandangan indah di tepian sungai Maran yang mendamaikan..


tak tau takpela..
Tapi sekurang -kurangnya, korang kena tahu..yang    
Wan Zack Haikal b. Wan Nor tu adalah orang Maran..
Dia pun mengaku. Ok le tu.. (wpun i pun tak penah jumpa dia) bangga jugakla.. coz i minat bola.




Ni le agaknya gambar pasport Zack ye..

Sebenarnya nak cite pasal Wan Zack seciput tu je. Jgn marah aaaa..

Jom tengok- tengok bandar Maran ni..

Maran adalah sebuah pekan kecil.. Ia adalah sebuah bandar bagi sebuah daerah. Jika dibandingkan dengan Temerloh, sangat jauh taranya.. Namun pembangunan sikit demi sedikit mampu merubah bandar ini menjadi bandar yang dikenali..

Seperti dalam entry sebelum ni, i mengaku bahawa i adalah orang Kelantan, berkahwin dengan orang Kelantan. Tapi dibesarkan dalam daerah Maran ini sejak berusia 2 tahun lagi. Disinilah i bersekolah. Suka dukaku di Maran.. Setelah habis sekolah, barulah sekarang  dapat pulang semula ke sini.. 






Gambar pekan sehari.. Hujan lebat kemain time ni..tapi orang tetap ramai..

Tahukah anda.. Setiap daerah  dalam negeri Pahang ini mempunyai gelaran  masing-masing.  Jika bandar Temerloh mendapat jolokan Bandar Ikan Patin disebabkan ikan patinnya yang terkenal, Maran pula dikenali sebagai Bandar Ayam Kampung.. sebabnya, saya tak pasti pula kenapa dapat nama tu.. 
Tu diaa.. penanda  bandar ni..kat traffic light, nak masuk bandar 


Jom singgah dan bersolat di masjid Maran...
Cantik sangat tau....  Terletak di atas bukit..tersergam indah..
Salah satu mercu tanda bagi anda yang baru sampai ke bandar ini. Masjid As- Syakirin namanya. Bukan sahaja cantik, tetapi mendamaikan. 


Cantikkan?


Moh kita main golf

Maran Hill Golf Resort


Bagi sesiapa yang berkunjung ke Maran , usahlah risau.. kerana di sini ada chalet- chalet untuk disewa dengan kadar yang sangat berpatutan. Lokasi chalet yang berhampiran Taman Tasik  juga menarik pemandangan. Nak men golf pun boleh....


 Ewahhh..promote Maran..
 Dato' YB...nak kena beri pingat kat cikzann nihh.. tehee...





siyes....selesa gila kat chalet ni

Pemandangan tasik kat chalet Maran


Dah kenal dengan bandar Maran..???
Jumpa di sini.. 

Wassalam.



p/s: kalau korang perasan..ada kesilapan ejaan blogspot..abaikan aje le yek!