Friday 28 February 2014

TOT's Doktor Muda @ Kuantan


Badan rasa penat.. selepas balik dari ber'TOT's di Hotel Butik Sri Manja, Kuantan Pahang..
Takde la aktiviti yg lasak pun.. aktiviti pun best2, tq 2 pihak Kementerian Kesihatan yg menaja segalanya.. semoga program ni dapatlah direalisasikan ditempat keje cikzann..mudah2an..

Training Of Trainers.. bagi Kelab Doktor Muda.. memang menceriakan.. dengan kebijaksanaan para petugas dari Pejabat Kesihatan Kuantan dan daerah2 lain di negeri Pahang serta kepetahan penyelarasnya Pn. Fina (kalau x silap) mempengerusikan majlis dalam dewan, menjadikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar..org Swak agaknya dia tu..

haaa.. ni bilik cikzann & 2 lg member.. macam seram je.. macam seram je..



ni gambar yg betulnye.. tak seram pun.. bilik hotel yg sgt bersih, masih baru.. tkla luas sgt, tp ok je.. byk soket, senang nak iron baju, cas telefon, masak air panas dll sekaligus je..kategori hotel, baik. sebab, cikzann bukan jenis org cerewet sgt..

bilik yg kemas.. cuma yg bersepah sebab dek kesilapan kami je menyepahkannya..hehe 



serba sedikit pasal ubat2an..


kerja berkumpulan.. bagus diorg nih..
apa yg penting...kerjasama..

wif my cute roommate.. baru balik swakkk, masih bujang..
hihi

kak pah, kak bedah, kak milah semua ada.. eh, yeke

kalau gambar berwarna, siyes cantik pemandangan belakang tu.. 
cuba teka, agaknya kerusi cikzann duduk tu warna apa ye?

muka daaa comot.. tak sabau nak balik..


dalam kenderaan PKD Maran.. terima kasih ye..

Ok, juga tak lupa penghargaan terima kasih  buat.... pihak Pejabat Kesihatan Daerah Maran.. yg sudi terima cikzann tumpang naik fortuner diorg masa balik Luit.. datang sendiri2, balik dengan diorang.. ala, sekali sekala je kannnnn. juga tak mau susahkan suami datang ambik..sebab terpaksa berkejar dari tpt keje lagik.. 

mungkin gak fobia kena tahan Penguasa Lebuhraya tuari (masa otw kursus) masih berbekas.. huhu. katanya kesalahan kami sebab nombor plat kete saiznyer agak kecik.. #$$&**$$$$$$ hish... ( yele..ngaku salah tuannnn!, tp jgn sombong sgt tau..) x suke, x suke..



Friday 21 February 2014

Kapkek bday Hafiy @ Tabika KEMAS Kg Luit


Assalamualaikum wrt..



19 Februari.. adalah tarikh kelahiran Hafiy.. bermakna dalam bulan nih, cikzann ada dua anak yg meraikan hari lahir.. Harith, anak sulung cikzann dilahirkan pada 12 Februari 2005.. jenuhlah mengekek.. tapi masa bday Harith, cikzann cuma masak makanan kegemaran dia.. spaghetti.



Untuk Hari Lahir si kecil, seawal jam 4pg cikzann bangun..juga untuk memasak spaghetti sebanyak 4 bungkus.. untuk dibawa ke sekolahnya di Tabika KEMAS Kg Luit. Mulanya, nak tempah laksam.. tapi hubby minta buatkan spaghetti saja..



Lupa plak nak meng'gambar' kan spaghetti tu.. banyak jugalah.. menggunakan 4 tin sos spaghetti tomato, tambah lg sos tomato tambahan, mushroom dlm tin (skit je sebab takut bebudak tak suka), daging cincang cap Ramly serta chicken meatball ..

Malam tu, cikzann juga sempat mendekokan cupcake.. ala, saja cuba2.. tangan terketar2 tau..
ntah ah..sejak dulu lagi, kalau cuba mendekokan kek, konpem gigil2. huh!
Buat keje dengan kurang bahan.. warna hijau takde. so, daun dengan warna biru je lah..


macam nilah, hasil dari tgn tak pro






Kek cawan coklat tu, cikzann dah buat hari sebelumnya.. ari ni cuma buat kerim..  

bila dah mula meng'krim'kan kek ni.. rasa sukalah plakkkk.. sonok! nanti kena beli barang yg lengkap untuk mengekek.  selain kapkek, cikzann ada buat apam gula hangus menggunakan acuan puteri ayu.. juga untuk dibawa ke tadika.. serta sedikit duit untuk diagihkan pada kanak2..


Semoga Hafiy dikurniakan kesihatan yg baik.. menjadi anak yg soleh.. berjaya dunia akhirat.. menjadi anak yg baikkkk.. may ALLAH bless you!! Terima kasih cikgu Aminah, cikgu Nor dan 'kakak' yg tak jemu mendidik Hafiy..dah makin pintar dia.. alhamdulillah.





Saturday 15 February 2014

bila anak2 ke sekolah..


Pada malam Jumaat tuari, Hasif  beria-ia mengingatkan cikzann.. supaya mengejutkan mereka adik beradik seawal yg mungkin utk ke sekolah.. katanya , esok kena pergi awal ke sekolah..itu pesanan guru mereka.  ok...




Pagi esoknya..cikzann bangun awal..buat cucur udang yg takde udang... kalau belah kelate disebut jemput malassss. 
kejutkan suami dan anak2 bersiap ke sekolah.. dengan penuh semangat mereka bersiap.. rupanya ada program  Guru Penyayang di sekolah tu..  murid datang awal ke sekolah, akan disambut guru di pintu pagar..

6.40pg- dah kedengaran suara budak2 kg tu ke sekolah berjalan kaki.. mereka melalui depan rumah kami.. apalagi, cikzann minta anak2 bersiap naik kereta.. takut terlambat..

6.45pg- mereka dihantar oleh abah di depan pintu pagar sekolah.. awal sangat sampai, cikgu pun belum sempat bersedia nak sambut..huhu... sian mereka...
excited sangatlah konon anak2 ku ni...



ni sticker yg mereka dapat sebab datang awal ke sekolah..
Harith dan Hasif punya..
seronoknya mereka!! 


siap ditampal sticker tu kat wall rumah.. 

sticker Husna mana???
dia muncung..sedih..
saya lihat sticker dia bewarna pink..
tertulis 'late'..
eh, nape dapat sticker ni..kakak kan dtg skul sama waktu  dengan abg Harith & abg acis?

dia hanya memasamkan muka...
tak tahu nak jawab apa...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Friday 14 February 2014

Kuih Lompang sedappp!



Assalamualaikum wrt.



Dua minggu lepas cikzann ada buat kuih ini.. lebih kurang kuih kaswi, cuma ia dikukus dalam acuan comel.. dalam bahasa kasarnya kuih ni dipanggil kuih lompang.. itu menurut loghat nogori la tu.. hehe


2 biji lompang yg sedappppp.. siyes tau..


rupa tak berapa nak lompang.. iaitu berlubang sedikit ditengah2 nya..  tapi rasa tetap ada.



sebenarnya, ia adalah dari resepi kaswi, cuma cikzann kukus dalam acuan kecil, menjadikan ia kuih lompang..
Resepi cikzann cedok dari belog ; MaDiHaA aka Ratna.. thanks ye!!

Bahan2
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepong ubi
7 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur (masukkan 1/4 cawan air dalam bekas kapur mkn & kacau2 sikit gunakan jari untuk menghasilkan air kapur yg  sederhana pekat, kemudian baru di sukat)
3 sudu besar kicap manis (untuk warna & untuk menaikkan rasa lemak)


Bahan salut
1 biji kelapa yang agak muda di parut putih
sedikit garam halus
(kukuskan kelapa sebentar untuk mengelakkan ia cepat basi)


Cara menyediakan
1. Masak gula merah bersama dengan 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 4 cawan air lagi. 
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Campurkan tepong gandum dengan tepong ubi dalam satu bekas & gaulkan.  Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil di kacau rata menggunakan whisker.  Campurkan air kapur & kicap & kacau sehingga tiada berbintil. 
4. Kukus kuih sehingga masak  15minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih. 



Pendapat cikzann, rasa lompang ni lebih sedap, berbanding kaswi sebelum ni.. mungkin penggunaan kapur makan yg lebih sedikit, membantu memejalkan kuih..
namun, jika terlebih byk pun tak elok juga untuk rasa kuih..




Tuesday 11 February 2014

testing pisau berbiku @ puding bandung cream-O




Assalamualaikum wrt..

Ntah nape, tetiba nak buat puding malam tadi.. selongkar barang di dapur.. ada bahan nak memasak. Biskut cream-O pun ada.. terfikir nak buat puding..
Sementelahan lagi, sebenarnya cikzann dah tak sabar nak guna pisau plastik berbiku yg baru dibeli minggu lepas tu.. puas dah mencari pisau tu, rupanya ada kat kedai bakery.. dua hengget lebih jek.. punyalah susah nak dapat.
merata dah cikzann cari.. di Tunas Manja takde, di Giant takde, di Cowboy pun takde.. 
Last, pi  kedai Happy Sun, Temerloh, barulah jumpa..

Memang pisau berbiku ni memberi impak yg sgt hebat!! apa2 puding pasti jadi comel bila dipotong menggunakannya. Bahkan agar2 merah yg selalu kita makan kat kenduri kawen pun, pasti nampak lebih cantikkkk..dak gitu..

puding ari ni, main campak2 jek. main ikut suka aje.. takmo la tulis resepi.. resepi sesuka hati saja.  cikzann beri nama puding bandung cream-O..haha..
ala2 puding lapis oreo tuh la kononnya.. cikzann kehabisan milo/coklat.. itu yg cikzann buat u- turn ke puding bandung aje laaaa..  wahhhh, u -turn ke?

walau apapun, comel jugak rupa dia.. jom lihat2..


pagi2 hari sebelum ke tempat keje.. cikzann kejakan puding ni dulu.. cam biasa le.. satu untuk engkau, satu untuk aku..



Mabeles tak puding cikzannnn??..
hehe..indah warna warni gitu..

Salam sayang..  




Sunday 9 February 2014

Apam Beras yg ceria..


Kita tayang dulu, kuih apam beras aka apam eno nih...

---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wrt..
Setiap kali memasak..mesti kamera buruk cikzann ada di sisi.. sebab itu, kelihatan cam banyak je memasak.. sebenarnya, banyak n3 yg tertangguh..sehinggalah cikzann dapat laptop baru nih..  ada beberapa lagi gambar masakan kuih muih  dalam simpanan.. Insha Allah, ada masa cikzann tempekkan kat cni.


ni le laptop baru.. duit menabung..huhu..
setelah netbook pink kesayangan dihantar ke kedai utk dibaiki..




cantik warnanya..
yg merah tu cikzann guna pewarna merah cili..


Selain memasak, hobi ambil gambar pun ye..
tunggang tebalik semua gambar pun ada..buat keje nih, jauh dipandangan hubby.. kalau dia nampak..mengeleng kepala la dia..
sampai si Hasif kata, ummi ni selalu je ambil gambar.. owhhh, baru  tahu ke!!




cikzann suka gambar ni.. wpun guna bekas yg suam2 kuku je comelnya, tapi nampak menarik..


satu untuk kau, satu untuk aku..
hehe..
yg pepel tu utk hubby and the gang, and one more untuk i and friends..
anak cikzann takmau bekal..
diorg tak sukeeeee kuih.. hanya kuih tertentu sahaja diorg makan.. tak taula ikut perangai sape..

Resepi Apam Beras..

Bahan:
600gm tepung beras
240gm gula
3 gelas air
2 senduk tapai
Eno

Cara:
1. Campur tapai, tepung beras, gula.. kisar dlm blender..
Perap 5jam..
2. Masa nak kukus, masuk eno biru..jgn masuk semua, masukkan utk yg nak dikukus je..
that means, kena masuk sket, dlm bekas lain..
isi dlm dua sudu eno utk sekali kukus..



Oke..thats all..
Sayang korang..mmmmmuahhh!!!



Saturday 8 February 2014

Nasi Kerabu Tumis



Salam sayang kat korang semua..




Terima kasih kerana sudi singgah ke belog cikzann..  dah beberapa hari cikzann menggugel..semata2 nak cari resepi nasi kerabu.. siyessss, ni pertama kali cikzann mengkerabukan nasi kuning ni. Atas dasar sebab ia makanan kegemaran hubby.. cikzann dgn senang hatinya belajar. Pernah tolong famili suami masak nasi ni..cuma, buat sendiri..ini kalilahhhhh..



Kita tatap lah dulu gambar nasi kerabu kuning ni..
Dimasak macam nasi biasa, cumanya dimasukkan dua btg serai ketuk dan beberapa helai daun limau purut..


Ikan ni, cikzann goreng atas citarasa sendiri.. tak guna resepi mana2.. tepung beras, sedikit tepung gandum, serbuk kunyit, telur & air.. buat gitu je.



Ulam2 an yg cikzann sediakan..itu je yg hubby beli.. ada lg tak lengkap. Tapi tak mengapalah.. len kali, cikzann buat yg lebih lengkap..

Sambal kelapa yg mabelesss.. sedap, terasa manis ikannya.


Hidangan tengahari yg ala kadar je.. sampai ke malam tak abes lagi.. petang tadi, dua org rakan sekerja suami datang.. 
rezeki mereka lah ni.. lega ada yg tolong perabeskan.


Dalam kepenatan tiga jam di dapur masterchef, kononnya.....
dapatlah mendekokan nasi kerabu tumis ni seadanya..  tambah dengan keropok ikan nipis memang lagi sedap.. keropok Kemaman tuhhhh.. ihsan adik ipar tersayang, aen.. nanti bolehlah bagi lg ye!!!


Oleh kerana tukang masaknya, konon berdiet..... jadi nasi yg siap dihias utk jadi model belog cikzann ni, dibedal oleh  si Wa. 


RESEPI NASI KERABU TUMIS

Kuah Tumis Kerabu
4 cwn santan pekat     
8 ulas bwg merah/ 7 ulas bwg putih/ 3 ulas bwg besar  *
20 tangkai lada kering  *
2 btg serai- ketuk   *
1 keping asam gelugor
3 keping gula melaka/perang
5 sudu budu
1 inci halia  *
garam secukup rasa

Cara:
Kisar bahan bertanda *.
Tumis bahan kisar hingga garing.. lagi lama lagi sedap.
Masuk asam keping..
Masukkan budu, tumis hingga bau wangi.
Tambah santan, kacau jgn sampai berketul.
Isi perasa, gula melaka..

Sambal Kelapa

10 ekor  ikan selayang, bakar..jgn terlalu garing..biar sedikit basah
1 biji kelapa parut - goreng tanpa minyak, biar agak garing.
4 btg serai, 1 inci halia, sedikit lada hitam, bawang merah- tumbuk lumat.

Gaul semua bahan, masukkan gula garam..
Rasa lebih kepada manis..


Berpusing2 pinggan ni.. utk menghasilkan gambar yg buat cikzann puas hati.. Jurukamera amatur le katakan..hihi.

Ini je lah hasilnya..
Alhamdulillah..ramai yg dpt merasanya..



Friday 7 February 2014

Apam Gula Hangus ~ cikzann ~


Assalamualaikum wrt..
Semoga kita dilindungi Allah hendaknya.

Hari ni, nak cite pasal makanan lagik.. memang seronok kalau bab yg satu ni. Sehari semalam pun takkan abes.. kuih itulah, kueh inilah.. yg merana badan le. Yg halus mulus, tak jadi masalah.. tapi, kalau yg cam cikzann ni le yg haru.. huhu.

Hari ni, nak tempekkan gambar dan resepi yg cikzann dah buat beberapa hari yg lepas.. dibuat malam hari..kira2 kul 10mlm.. sambil2 mengukus  tu, sempat le bantu my nephew buat karangan ttg diri sdiri untuk dihantar kepada pihak  MARA.  Almaklumlah, makciknyer ni kannn hebat ler sangat, karang mengarang nih..kihkih.




Buat dua adunan..tamak  sangat. Konon nak byk.
tapi, niat cikzann baek. Nak hantar  kat mak..(anak solehah kononnya), kat abg.. dan juga sebagai bekal dalam kete. Sebab sok nyer nak gi Kayyyyy El. Mana tau anak lapar dlm kete, boleh la mengunyah..tapi realiti nya bukan anak, sebaliknya yg tua2 aje memenuhkan tekak dan perut.. Anak cikzann, kecil2 lagi dah pandai nak diet.
Esoknya, kami ke Puchong.. hantar Raja Badli Shas mendaftarkan diri di sebuah kolej di situ.. moga dia berjaya.. mudah mudahan, dipermudahkan olehNya.
Kat Puchong, cikzann tak lepaskan peluang singgah kat satu bakery shop tu.. haaaaa.. nanti kita cite. Malam nih, nak tunjukkan gambar kueh apam gula hangus ni dulu.. memang mengancam betullll.




Resepi ni, lupa dah dari mana. yg pasti dah lama dalam simpanan.. walau apapun , terima kasih byk2 kat tuan empunya resepi.. tak mengenang budi langsung cikzann ni, sampai lupa kat mana dpt resepi..
semoga tuan resepi di murahkan rezeki.. aminnnn.


Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-bahan 
1 1/2 cwn tepung gandum
2 bj telur
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak masak
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
1 sdt soda 



kelapa, gaul dgn garam halus, kukus 5minit

Cara:

1. Buat gula hangus. Sejukkan.
2. Pukul telur, susu, minyak , marjerin - sebati. Masukkan gula hangus dan soda, pukul lagi.
    Masukkan tepung, pukul lagi smp agak2 dlm 3minit. 
3. Sapu acuan dgn minyak, kukus smp masak.. dlm 20minit.

Siap, tabur kelapa yg dah kukus, makan...tak mau pun takpe.. tapi, cikzann sukeee..



Ha, apa lagi.. jom cuba. 
Salam Mesra... cikzann.




Monday 3 February 2014

Kuih kaswi cikzann




Hari ini, cikzann melapangkan dada.. meringankan jejari, dengan melakukan aktiviti di dapur.. mencuba resepi yg dah lama dalam simpanan. Sukalah makan kuih ni.. erm.. suka, suka... cuma tak berkesempatan, juga sebab susah betul nak dapatkan kelapa parut yg agak muda..




Kuih kaswi @ juga dipanggil kuih kapur oleh orang Kelantan. Mungkin disebabkan penggunaan kapur dalam penyediaannya, terus dipanggil kuih kapur.. famili memuji kuih ni sedap.. mungkin sebab penggunaan tepung gandum dicampur tepung ubi yg menyedapkannya..

Kuih Kasui / Kaswi

Bahan2
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepong ubi
7 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur 
3 sudu besar kicap manis 

Bahan salut
1 biji kelapa yang agak muda di parut putih
sedikit garam halus
(kukuskan kelapa sebentar untuk mengelakkan ia cepat basi)

Cara menyediakan
1. Masak gula merah + air + daun pandan sehingga gula larut. 
ngan 4 cawan air lagi. 
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Campurkan tepong gandum dengan tepong ubi dalam satu bekas & gaulkan.  Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.  Campurkan air kapur & kicap & kacau sehingga tiada berbintil.  
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang sejam dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih. Jika ada air dipermukaan kuih, bolehlah dibuang dengan merengkan sedikit loyang & cedok dengan sudu. 


Kelapa parut beli di pasar Maran.. cikzann minta yg putih dan agak muda untuk kuih.. alhamdulillah. dah tak ada masalah kelapa lah lagi lepas ni..



cikzann kukus lebih lama dari masa yg diberi dalam resepi.. sebab macam tak yakin ia dah masak.. dah masak tu, cikzann sejukkan semalaman. Pagi tu, baru potong..syukurlah..menjadi.. tak melekat. Elok je bila dipotong..



siap dipotong2.. disalut dengan kelapa parut yg dah digaul sedikit garam..



Kuih sedia dihidangkan untuk pagi ini. Sebekas dah memang wajib untuk hubby bawa ke tempat kerja.. 
seronok bila makanan yg dimasak, ramai yg sudi makan.. 


Cubalah, sedap ni.