Monday 26 March 2012

Kisah Belakang Rumah...



Kisahnya agak  lucu, tapi saya juga bersimpati kat diaaa..   Ada juga terselit pengajaran...

Di belakang rumah saya tinggal  sekarang,  ada sebatang jalan yang agak sibuk juga.  Jadi laluan penduduk kampung keluar masuk untuk ke jalan raya..   Pagi hari, lagilah sibuk. Ada yang nak ke tempat kerja....   tak kirala kerja gomen  ke , kerja swasta ke  tak kurang kerja kampung.... 
                                       
Alkisahnya...  
nama watak sebenar dirahsiakan..hihi.
                                                                                                                                                             satu pagi tu..masa tu bulan puasa...  seorang anak muda subuh-subuh lagi dah keluar nak ke kebunnya. Dengan motor RXZ kebanggaannya.. setelah di 'setat' lalu meluncurlah motorsikal anak muda itu dengan lajunya.. Tiba di simpang jalan tu..dalam kabut pagi (atas kecuaian dua -dua pihak, maka berlakulah xcident motor dengan motor. Sama -sama salah.. Bila dah jatuh bergelimpangan  ada  orang yang datang membantu. Makin lama, makin ramailah orang yang berhenti.. Mujurlah, kecederaan tidaklah parah..luka-luka kecil dan terseliuh je..    adalah pening- pening lalat sikit agaknya....

Itu kisah kesiannya kat anak muda itu.. tapi ada pula cerita lain... selain alatan kebun di atas jalan.. ada juga roti, bekal nasi, ayam goreng .. air milo yang tumpah...(segala macam menu ni ada yang telah ditokok tambah oleh penulis. Sib baek penulis tak masukkan segala macam menu..bubur ayam Mc D ke.. tak keterlaluan lah tu... LOL!!!)

Sambung semula kisah tadi eaa..
Hai si pemuda, bulan puasa ada bekal juga ke?? Anak muda malu bukan main lagi. Kalau boleh nak ditutupnya tumpahan makanan tu. Muka merah padam bukan dek kerana luka xcdent, tapi malu dah tak tertahan.. 

Maka jadilah  bualan.. bukan aje sakit yang dapat, malu pun dapat.. apo nak di kato..tak dapek den nolong... 

Sedey juga lah..anak muda yang dah 20an tu masih tak dapat nak berpuasa, sedangkan anak kecil yang baru 6 tahun dapat berpuasa (tinggal puasa 6 hari, itupun sebab demam). Kami ibu bapa tak paksa..tapi kami bercerita.. tentang nikmatnya orang berpuasa.. Abahnya bercerita tentang tanggungjawab kita pada agama.. Mudah - mudahan..apa yang  kami lakukan diberkati olehNya.. Ingat tu, ibu bapa kena ajar anak berpuasa!! Bila dah tua bangka, mulalah liat nak puasa. (amboi, bahasa! geram ni)

Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua. Kepada anak muda.. tak taulah  makcik nak cakap apa..(makcik ke? haku muda lagi ..) 

Renung- renungkanlah.. bak kata Nabil budak Nogori Sombilan tuh, " lu pikirlah sendiri.."..
Sekianlah adanya....


p/s: Ampun maaf bulan puasa ni kat mana2 individu yang terasa diri dianiaya..tehee.. sekadar untuk teladan..

Sunday 25 March 2012

Martabatkan tulisan jawi !





Apa yang menariknya tentang gambar ni?



Wah, iklan Raja Lawak Musim ke-4 la..
Lu Kelakar, Gua Gelak


Cuba uolls tengok kat
   papantanda ini... 
Bukan pada iklannya yang nak saya bualkan, tapi pada  tulisan yang digunakan.
  
Ada tulisan rumi, 
tapi tulisan jawi juga tidak dilupakan.  
Ini adalah salah satu contoh usaha untuk memartabatkan tulisan jawi di negeri kelahiran saya..  
Tertarik saya... 





Dua  gambar ini saja yang saya sempat ambil.  Itupun  ambil dalam kereta. 
Sambil tunggu lampu hijau untuk gerak, saya buat kerja saya..ambik gambar..

Tu la pasal, gambarnya kurang memuaskan.  Selalunya jika ternampak iklan seperti ini,(selalunya saya jumpa di Kelantan)  saya akan baca tulisan jawinya dulu.. 

Saya juga masih belajar.  
Bukan apa, saya boleh baca tulisan jawi tapi tidaklah semahir saya membaca rumi.. 
Tentu korangpun ramai yang macam tu kan..eleh, taknak ngaku ye! 

Jom kita sama -sama baca jawi... 
Marilah memartabatkan tulisan jawi..





Friday 23 March 2012

Pengadil Hot FAM



Bukan Hot FM.
Pengadil  bolasepak pun boleh jadi hot..  Macam yang empunya nama  Suhaimi Mat Hassan... Hot sebab sudah beberapa kali tindakannya menjadi kontroversi..

Menurut pendapat pengulas sukan tersohor Astro (sape lagi la kalau tak Azlan Johar..saya suka cara dia mengulas..matang!)  , seorang pengadil yang baik adalah pengadil yang sentiasa berada di tempat yang betul. Ini memastikan setiap tindakan yang dibuat adalah tindakan yang paling tepat demi kepentingan pasukan- pasukan  di atas padang. Pengadil yang bijak ialah pengadil yang peka.

Semasa  perlawanan Liga Super antara Sarawak Vs Lions XXI... 

Ramai penyokong  tidak puas hati.. Pemberian sepakan penalti kepada pasukan Lions mengundang rasa tidak senang.. Mereka  berhimpun untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Setelah berhempas pulas memberi tentangan hebat kepada pihak lawan , akhirnya terpaksa akur dengan tewas dek penalti yang belum pastiii... Namun, keputusan pengadil adalah muktamad.  Apo nak di kato.. 

Bagaimana nak pilih pengadil bola sepak?
Pilihlah pengadil yang berwibawa.. yang tegas dengan keputusan, yang cekap dan matang dalam menyelesaikan sesuatu perkara di padang.. serta pengadil yang cerdik. Seorang pengadil muda yang makin bersinar dan dilihat berwibawa..Nazmi  (bukan Nazmi Faiz Mansur yang tu..)  Semoga akan menjadi pengadil bolasepak yang di segani tapi bukan untuk digeruni...
Buat Shuhaimi pula,  pengalaman - pengalaman di padang akan menjadi pengalaman yang berharga untuk terus berjaya sebagai seorang pengadil bolasepak negara.  Jadikan segala kritikan sebagai pembina kerjaya anda. 

Thursday 22 March 2012

Miji Kawen



Seminggu bercuti.
 Boleh bawa anak jalan -jalan.. 
boleh balik kampung. 
Pukul 6.30 petang kami bertolak dari Kuantan ke Kota Bharu..  tempat menjadi  perhentian kami untuk menunaikan solat, ke tandas, dan beli sedikit makanan dan minuman seperti selalu ialah.. Stesen Petronas di Al Muktafi Billah Shah..

 Ramai sungguh orang singgah kat situ.. Satu tempat lagi yang menjadi singgahan kami hari tu  ,di sebuah warung @ Kuala Terengganu..  Anak lapar sudahhhh..  Tiga mangkuk mi rebus dipesan. Anak tak juga makan.. Kurang selera. Kuat bau rempah ratusnya.. 

Kami tiba di tempat dituju kira - kira jam 1.10 pagi.. (destinasi kami tak lain tak bukan  Kg. Lapang Pari- tak jauh dari Lapangan Terbang di Pengkalan Chepa)

Penatnyer..

Keesokan hari, kami ke majlis perkahwinan anak saudara. Berkumpul di rumah kak Nik selepas zohor (Kak Nik adalah kakak suami saya..)   dan akan ke Bukit Marak.. (orang Kelantan sebut, "gi belarok", orang luar Kelantan plak sebut majlis resepsi).  Kira- kira setengah jam jugalah perjalanan..
   majlis di rumah pengantin perempuan sederhana, tapi kelihatan meriah dengan kehadiran ramai saudara mara dan jiran tetangga yang saling bantu membantu. 

 Alhamdulillah, perjalanan majlis berjalan dengan lancar . 
Majlis yang simple tapi punyai penuh pengertian. Semoga majlis ini diredhai oleh Nya.
 Aminnnn...

Jom tengok-tengok gambar sekitar majlis perkahwinan Tarmizi & Saaidah ini.. Gambar pengantinnya tak banyak..yang banyaknya gambar kami sekeluarga.. 

Tema pilihan mereka ialah merah..

berposing sebelum ke kenduri..

tu dia...pengantin bersiap kat tepi jalan aje ke?

menunggu pengantin lelaki berpakaian..

Kakak ipar..kak Zah..ore Pasir Pekan..

Pengantin Baru..Miji & Idah

Abe ipar..Abe Din..ore Padang Tembak..

Hafiy & Kakaknya..

ni lah upacara 'mengenal'


Harith & sepupu..Aiman n Haikal


Semoga kalian berdua berbahagia ke akhirnya, dilimpahi rezeki, dan hidup diberkati olehNya.

Aminnnn.....


Tuesday 6 March 2012

Tanah Kubur



Tanah Kubur mampu menginsafkan kita..(kalau tak terasa insafnya..mungkin kerasnya hati kita....) Berdoalah kepada Tuhan Yang Maha Esa.. Ya Allah..Lembutkanlah hati hambamu ini..

Tahniah kepada pengarahnya Rashid Sibir, penerbit  dan  pelakonnya..

Episod  yang lalu..
membuatkan saya mengalirkan air mata..menjadi teladan dan tauladan kepada manusia..

Kisah anak yang derhaka..pada ibu dan pada agamanya. Akhirnya, pembalasan ke hujung nyawa.  Ingatlah manusia..selagi kita di dunia..kita tidak lepas dari di duga.. Jika kita lalai dan alpa.. musnahlah segalanya.

Menitik air mata saya....

melihat babak, air sejuk diminum tapi panas terasa.. Azabnya anak yang derhaka.. menyepak kitab Al- Quran ikut suka..

Di saat saya menaip, bergenang air mata saya..
Saya sentiasa berdoa..  untuk anak-anak saya..   Semoga mereka berjaya, bukan sahaja didunia, tapi di akhirnya juga.. Anak-anak yang berjasa pada agama, pada orang tua dan pada umat Muhammad seluruhnya..

Setiap kali episod Tanah Kubur bermula.. kami akan bersama- sama berkumpul menonton cerita. Semoga kami sama- sama dapat teladan darinya.

Takbir Cinta nyanyian Amy Search juga kena tempatnya.. Mendayu dan membuai rasa.. Moga insaf kan cepat menjelma..

Untuk kami..anak-anak kami..dan umat Islam di dunia..


Monday 5 March 2012

Luangkanlah Masa Untuk Tersayang




Adakah kita seorang yang sentiasa dibayangi  dengan kesibukan? Seorang ahli perniagaankah?  Ahli korporatkah? atau mungkin seorang guru yang sentiasa dikekang masa? ataupun seorang surirumahtangga tak habis- habis kerjanya? 

Walau sesiapapun kita... masa berharga untuk keluarga perlu disedia.. bukan sebagai masa yang utama.. paling tidak luangkan masa, untuk bertentang  mata.. terutamanya untuk anak- anak kita..

Bertanyalah pada mereka, tanda ambil berat kita.. Pegang erat tangannya menunjukkan kita sentiasa bersama. Supaya dia tak terasa jauh, supaya dia sentiasa dalam pandangan kita..

Begitulah adanya.. sesibuk manapun..anak perlu diutama.
Lantaran itulah, hujung minggu yang cuma tinggal sehari, kerana anak bersekolah ganti..kami penuhkan dengan satu- satunya aktiviti, untuk keluarga yang kami sayangi..

Kemana kami..?? 

Untuk menghilangkan boring, anak kami bawa bershopping.. (oh..tidakkk..ini buat kami lagi pening..) Jadi kami hanya pusing - pusing.. Hahahahaha...

Masa masih lagi pagi.. nak ke Teluk Chempedak matahari tak lama lagi meninggi..baik ke sini tunggu petang nanti..jadi , Taman  Teruntum jadi destinasi..
Selamat datang ke Mini Zoo Taman Teruntum






Apalagi..seronok kemain anak-anak kami..
Jom tengok -tengok diorang punya aktiviti..












Bermain buaian sudah semesti.. nasib baiklah tempatnya redup ..











Setelah berbuai, anak  nak  berkuda lah pula.. bayar RM5 untuk dua pusingan aja.. tapi asal diorang puas, kami ibu bapa ni..tumpang gembira.. (ewahh..cam pantun -pantun plak)

Jom jalan- jalan ke Taman Teruntum.. Hati bahagia, senyuman menguntum.. semoga kasih sentiasa harum..


Sekianlah adanya...