Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Saturday, 5 July 2014

Puteri Mandi


Bulan Ramadhan menjengah tiba.. Syukur alhamdulillah kepada Yang Esa, kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini..  Awal puasa dengan kesihatan yang kurang baik, tetapi demi suami dan anak2 tercinta, cikzann gagahkan jua diri untuk memasak..

Untuk puasa hari ke tiga, cikzann teringin betul nak makan kuih puteri mandi atau juga dipanggil kuih kepek hidung..  haha.. apsal ye dipanggil macam tu??

Alkisahnya, ditempat kerja, cikzann dan rakan sekerja Nurul dah berbincang bersama nak buat kuih ini. Dengan penuh semangat, kami berkonvoi bersama ke kedai kelapa di pasar bandar Maran.. membeli kelapa parut, gula kerek, dan tepung pulut.. sambil membeli, kami tak henti2 menghafal dan berbincang resepi kuih puteri mandi ni.. hihi.. seronok pula bila ada yg satu kepala dengan kita..

Resepi Puteri Mandi

1 kampit tepung beras pulut
Kelapa parut RM2
Pewarna
1 cawan gula
1 sk air kapur
2 helai daun pandan
Garam

Cara  :
1.    Campur tepung pulut dengan air kapur & masukkan air sedikit2 hingga tak melekat di tangan. Bahagikan doh dengan warna pilihan. Gentel bulat dan picit ditengahnya.
2.    Masukkan dalam air mendidih. Apabila kuih timbul dipermukaan air, angkat menggunakan penapis teh dan masukkan kedalam bekas yg mengandungi air. 




biarkan seketika, dan toskan apabila ianya sejuk.

3.    Masakkan air, gula, garam. Biar menggelegak dan masukkan kelapa parut. Jangan lupa masukkan daun pandan. Kacau sampai pekat, barulah kuih puteri ke dalam kelapa yg dimasak. Gaul rata.


Kacau rata. perlahan-lahan..


Inilah hasilnya, menu cikzann petang tu..

Satu kampit setengah , dapat diagihkan ke rumah jiran, emak, kakak dan abang..
Sudahnya, tinggal semangkuk kat rumah..itupun tak berhabisan..
Mulut cikzann dan suami je yg merasa.. 
anak2, macam biasa.. 
macam tak terliur aje.


~  Jangan lupa mencuba ~

Friday, 14 February 2014

Kuih Lompang sedappp!



Assalamualaikum wrt.



Dua minggu lepas cikzann ada buat kuih ini.. lebih kurang kuih kaswi, cuma ia dikukus dalam acuan comel.. dalam bahasa kasarnya kuih ni dipanggil kuih lompang.. itu menurut loghat nogori la tu.. hehe


2 biji lompang yg sedappppp.. siyes tau..


rupa tak berapa nak lompang.. iaitu berlubang sedikit ditengah2 nya..  tapi rasa tetap ada.



sebenarnya, ia adalah dari resepi kaswi, cuma cikzann kukus dalam acuan kecil, menjadikan ia kuih lompang..
Resepi cikzann cedok dari belog ; MaDiHaA aka Ratna.. thanks ye!!

Bahan2
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepong ubi
7 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur (masukkan 1/4 cawan air dalam bekas kapur mkn & kacau2 sikit gunakan jari untuk menghasilkan air kapur yg  sederhana pekat, kemudian baru di sukat)
3 sudu besar kicap manis (untuk warna & untuk menaikkan rasa lemak)


Bahan salut
1 biji kelapa yang agak muda di parut putih
sedikit garam halus
(kukuskan kelapa sebentar untuk mengelakkan ia cepat basi)


Cara menyediakan
1. Masak gula merah bersama dengan 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 4 cawan air lagi. 
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Campurkan tepong gandum dengan tepong ubi dalam satu bekas & gaulkan.  Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil di kacau rata menggunakan whisker.  Campurkan air kapur & kicap & kacau sehingga tiada berbintil. 
4. Kukus kuih sehingga masak  15minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih. 



Pendapat cikzann, rasa lompang ni lebih sedap, berbanding kaswi sebelum ni.. mungkin penggunaan kapur makan yg lebih sedikit, membantu memejalkan kuih..
namun, jika terlebih byk pun tak elok juga untuk rasa kuih..




Sunday, 9 February 2014

Apam Beras yg ceria..


Kita tayang dulu, kuih apam beras aka apam eno nih...

---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wrt..
Setiap kali memasak..mesti kamera buruk cikzann ada di sisi.. sebab itu, kelihatan cam banyak je memasak.. sebenarnya, banyak n3 yg tertangguh..sehinggalah cikzann dapat laptop baru nih..  ada beberapa lagi gambar masakan kuih muih  dalam simpanan.. Insha Allah, ada masa cikzann tempekkan kat cni.


ni le laptop baru.. duit menabung..huhu..
setelah netbook pink kesayangan dihantar ke kedai utk dibaiki..




cantik warnanya..
yg merah tu cikzann guna pewarna merah cili..


Selain memasak, hobi ambil gambar pun ye..
tunggang tebalik semua gambar pun ada..buat keje nih, jauh dipandangan hubby.. kalau dia nampak..mengeleng kepala la dia..
sampai si Hasif kata, ummi ni selalu je ambil gambar.. owhhh, baru  tahu ke!!




cikzann suka gambar ni.. wpun guna bekas yg suam2 kuku je comelnya, tapi nampak menarik..


satu untuk kau, satu untuk aku..
hehe..
yg pepel tu utk hubby and the gang, and one more untuk i and friends..
anak cikzann takmau bekal..
diorg tak sukeeeee kuih.. hanya kuih tertentu sahaja diorg makan.. tak taula ikut perangai sape..

Resepi Apam Beras..

Bahan:
600gm tepung beras
240gm gula
3 gelas air
2 senduk tapai
Eno

Cara:
1. Campur tapai, tepung beras, gula.. kisar dlm blender..
Perap 5jam..
2. Masa nak kukus, masuk eno biru..jgn masuk semua, masukkan utk yg nak dikukus je..
that means, kena masuk sket, dlm bekas lain..
isi dlm dua sudu eno utk sekali kukus..



Oke..thats all..
Sayang korang..mmmmmuahhh!!!



Friday, 7 February 2014

Apam Gula Hangus ~ cikzann ~


Assalamualaikum wrt..
Semoga kita dilindungi Allah hendaknya.

Hari ni, nak cite pasal makanan lagik.. memang seronok kalau bab yg satu ni. Sehari semalam pun takkan abes.. kuih itulah, kueh inilah.. yg merana badan le. Yg halus mulus, tak jadi masalah.. tapi, kalau yg cam cikzann ni le yg haru.. huhu.

Hari ni, nak tempekkan gambar dan resepi yg cikzann dah buat beberapa hari yg lepas.. dibuat malam hari..kira2 kul 10mlm.. sambil2 mengukus  tu, sempat le bantu my nephew buat karangan ttg diri sdiri untuk dihantar kepada pihak  MARA.  Almaklumlah, makciknyer ni kannn hebat ler sangat, karang mengarang nih..kihkih.




Buat dua adunan..tamak  sangat. Konon nak byk.
tapi, niat cikzann baek. Nak hantar  kat mak..(anak solehah kononnya), kat abg.. dan juga sebagai bekal dalam kete. Sebab sok nyer nak gi Kayyyyy El. Mana tau anak lapar dlm kete, boleh la mengunyah..tapi realiti nya bukan anak, sebaliknya yg tua2 aje memenuhkan tekak dan perut.. Anak cikzann, kecil2 lagi dah pandai nak diet.
Esoknya, kami ke Puchong.. hantar Raja Badli Shas mendaftarkan diri di sebuah kolej di situ.. moga dia berjaya.. mudah mudahan, dipermudahkan olehNya.
Kat Puchong, cikzann tak lepaskan peluang singgah kat satu bakery shop tu.. haaaaa.. nanti kita cite. Malam nih, nak tunjukkan gambar kueh apam gula hangus ni dulu.. memang mengancam betullll.




Resepi ni, lupa dah dari mana. yg pasti dah lama dalam simpanan.. walau apapun , terima kasih byk2 kat tuan empunya resepi.. tak mengenang budi langsung cikzann ni, sampai lupa kat mana dpt resepi..
semoga tuan resepi di murahkan rezeki.. aminnnn.


Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-bahan 
1 1/2 cwn tepung gandum
2 bj telur
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak masak
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
1 sdt soda 



kelapa, gaul dgn garam halus, kukus 5minit

Cara:

1. Buat gula hangus. Sejukkan.
2. Pukul telur, susu, minyak , marjerin - sebati. Masukkan gula hangus dan soda, pukul lagi.
    Masukkan tepung, pukul lagi smp agak2 dlm 3minit. 
3. Sapu acuan dgn minyak, kukus smp masak.. dlm 20minit.

Siap, tabur kelapa yg dah kukus, makan...tak mau pun takpe.. tapi, cikzann sukeee..



Ha, apa lagi.. jom cuba. 
Salam Mesra... cikzann.




Monday, 3 February 2014

Kuih kaswi cikzann




Hari ini, cikzann melapangkan dada.. meringankan jejari, dengan melakukan aktiviti di dapur.. mencuba resepi yg dah lama dalam simpanan. Sukalah makan kuih ni.. erm.. suka, suka... cuma tak berkesempatan, juga sebab susah betul nak dapatkan kelapa parut yg agak muda..




Kuih kaswi @ juga dipanggil kuih kapur oleh orang Kelantan. Mungkin disebabkan penggunaan kapur dalam penyediaannya, terus dipanggil kuih kapur.. famili memuji kuih ni sedap.. mungkin sebab penggunaan tepung gandum dicampur tepung ubi yg menyedapkannya..

Kuih Kasui / Kaswi

Bahan2
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan tepong ubi
7 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur 
3 sudu besar kicap manis 

Bahan salut
1 biji kelapa yang agak muda di parut putih
sedikit garam halus
(kukuskan kelapa sebentar untuk mengelakkan ia cepat basi)

Cara menyediakan
1. Masak gula merah + air + daun pandan sehingga gula larut. 
ngan 4 cawan air lagi. 
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Campurkan tepong gandum dengan tepong ubi dalam satu bekas & gaulkan.  Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.  Campurkan air kapur & kicap & kacau sehingga tiada berbintil.  
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang sejam dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih. Jika ada air dipermukaan kuih, bolehlah dibuang dengan merengkan sedikit loyang & cedok dengan sudu. 


Kelapa parut beli di pasar Maran.. cikzann minta yg putih dan agak muda untuk kuih.. alhamdulillah. dah tak ada masalah kelapa lah lagi lepas ni..



cikzann kukus lebih lama dari masa yg diberi dalam resepi.. sebab macam tak yakin ia dah masak.. dah masak tu, cikzann sejukkan semalaman. Pagi tu, baru potong..syukurlah..menjadi.. tak melekat. Elok je bila dipotong..



siap dipotong2.. disalut dengan kelapa parut yg dah digaul sedikit garam..



Kuih sedia dihidangkan untuk pagi ini. Sebekas dah memang wajib untuk hubby bawa ke tempat kerja.. 
seronok bila makanan yg dimasak, ramai yg sudi makan.. 


Cubalah, sedap ni.

Wednesday, 29 January 2014

Kuih Sagu aka Beronok




Badan rasa penat betul. tapi, otak duk memikir nak makan apa untuk sarapan sok. cikzan takle kisahkan diri cikzann ni sangat, tapi anak2 yg 4 dan suami yg sorang tu le.. and.. emak cikzann yg kat rumah tu.. ada makanan, senang rasa hati..
Kalau cikzann masak pagi hari tu, adala rezeki anak bila balik sekolah dengan perut lapar. Nak tunggu cikzann balik keje, paling kurang anak dapat makan jam 3 petang.. kesian juga mereka.. nak harapkan makanan kat kantin sekolah, taktaula pula apa yg dibeli. Bawa bekal?? kadang2, ikut mood diorang je.

Kuih sagu aka beronok.. dah sinonim dengan warna merah @ hijau..

Kacau dalam kuali besar.. nak lagi cepat, masuk je terus air panas.

Pagi esok, cadangnya nak goreng nasi.. so, kenalah cikzann tanak nasi..
Selain tu, nak buat kuih yg mudah2 je. Biji sagu dah ada.. kelapa parut baru dibeli, diletak dalam peti.. Hurmm. apalagi..buat kuih sagu @ beronok jelah malam ni.. mudah dan cepat. Sesuai dengan kondisi badan yg keletihan.  


cikzann sejukkan dalam loyang 4 segi..
ambil guna sudu..



Resepi Kuih Sagu /beronok

1 cawan biji sagu mata ikan.
3 cwn air
3/4 gula
Sehelai daun pandan
Pewarna merah @ hijau
Kelapa tdk terlalu tua- parut /gaul sdikit garam


Cara:
1. Campurkan biji sagu, air, daun pandan. Masukkan dalam kuali. 
Masak biar sehingga kembang, tidak putih.
2. Masukkan pewarna, gula.
Tunggu sebentar . Buang daun pandan.
Sejukkan.
Biasanya buat waktu malam, leh makan esok pagi.

Gaul dgan kelapa parut.
Jika agak lembik, gunakan sudu. Gaul dalam kelapa parut agar tidak lg melekat di tangan.

Cantik juga lah warnanya


Taraaa.. dah siap. 
Kuih dalam kategori mudah, tapi sedap!! Yang belum cuba, cubalah sekarang.. bahan pun tak banyak.. Yang dah cuba, kita cari resepi lain la plak ye.. 
Next n3, cikzann ada masak pau kukus yang sangat lembut.. memang sedappp. cuma tak berapa putih cam pau nyonya tu.. cikzann nak yg putih mulus ..  nanti cuba guna tepung lain pulak.. suka buat pau, si Harith suka makan.

Kuih keria, kuih kaswi, apam mekar yg tak berapa nak mekar pun dah cikzann cuba.. gambar2 pun ada dalam simpanan.. Insha Allah lain kali...

Salam Mesra..






Thursday, 23 January 2014

Kuih Cara Manis





Assalamualaikum rakan semua..
ada peminat kuih cara manis tak? 
mesti ada yang da terror membikinnya.. cikzann baru cuba buat tuari.. saja cuba resepi baru. mana tau kalau2 anak2 dan somi suka.. ermmm, deorang bese2 je. 

Bila bese2 je, bukan bermakna yg kuih cara cikzann tak jadi tau! dah memang, anak2 agak cerewet dalam memilih makanan.. dan kadang- kadang memang langsung takmo cuba. uminya saja yg syiooookkk sendiri memasak bagai. 

Hubby lak.. bukan jenis kuat makan kueh2 ni.. kecualilah, yg dia suka.. terutamanya kuih muih tradisional dari negeri kelahirannya lah!

Ok. takpelah. biar cikzann je yg makannya!! buat sebakul.. leh edar2kan kat mak sket, kat anak2 sedara sket.. dapat gak pahala ..urmm.

Dah rasa cam belog masakan la plak sejak tahun 2014 nih. Dah tukar tema ke.. hihi.

Uolls,

Resepi kuih cara, cikzann google aje. Dah jumpa yg cikzann rasa boleh dipercayai tulah yg dicuba. Alhamdulillah, tak mengecewakan. Dan memang mudah..
ni acuannya.. cikzann beli dah lama..hubby sesuka ati simpan dalam setor, sampai cikzann lupa nak cuba resepi ni.







Pengalaman buat kue ni, memang best. Sonok lak, tuang2, isi gula, angkat.. tak  terkejar dek  tangan kalau sorang2, and, memang cikzann sorang2. Harith ada gak jenguk, tapi bukan tukang bantu.. tukang sibuk aje dia tu.

Resepi Kuih Cara Manis








Bahan-bahan ( 20 biji )

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu kecil pewarna hijau / pandan
1/3 sudu kecil garam
Air jika pekat
Gula 

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali gula. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika adunan berketul dan nampak pekat. Kacau hingga sebati. Tapis jika masih berketul.
2. Kemudian, panaskan acuan atas api kecil. Sapukan minyak pada acuan menggunakan berus. Pastikan api kecil. 
3. Apabila acuan dah panas, tuangkan bancuhan..jgn penuh. 
Kemudian letak 1/3 sudu kecil gula atas stp satu acuan tadi.
Tutup acuan dengan tudung periuk hingga masak. 
Selamat mencuba.