Friday 21 March 2014

Pau Part2



Semalam sekali lagi mengukus pau, setelah begitu terliur melihat kegebuan pau dalam blog myresipi.. percubaan demi percubaan untuk mencari kepuasan mendapatkan pau yg lebih gebu.. seperti pau di kedai2.. juga seperti pau nyonya tu..
Hasilnya.. amat memberangsangkan. pau yg gebu sampai keesokan pagi terlaksana jua.. tak perlu mengukus lagi.. kecualilah jika inginkan yg panas2. 


Alhamdulillah.
Beginilah kejadiannya.




menggunakan inti siap.. yg dibeli.. mungkin lain kali, cikzann perlu mencuba inti lain pula..


cikzann sifatkannya sebagai percubaan terbaik setakat ini dlm pembikinan pau..yeaahhh, yg ni adalah terbaik dari yg sebelum ini..

Ha. ternganga dah pau tu.. yg ni, perlu dimakan segera..

mulakan projek pau dah lewat malam.. sekejap rasa nak mengepau.. sekejap rasa malasnya.. last, cikzann merajinkan diri. siap pukul 12tgh malam, mulalah rasa kesunyian berseorangan di dapur (anak2 dah tidur.. ) 
Apapun.. inilah kejadian semalam.

Selamat bercuti.. cuti sekolah seminggu dah bermula.. ke mana nak bawa anak2 sempena cuti sekolah mereka? semestinya, balik kg..



Thursday 20 March 2014

Cheesecake biskut ~ mudah , enak, rasa macam chef ~



Assalamualaikum wrt..
hahaha.. apala punya tajuk.
Seperti yg dijanjikan, walaupun agak keletihan.. cikzann betul2 teruja dengan hasil tangan cikzann semalam. Seronok bila resepi yg sangat senang tetapi dapat menghasilkan  makanan yg memang sedap. Putar, celup, susun.. celup, susun.. celup susun. haa.. betul kan, mudah!
sampaikan Husna & Hafiy pun sibuk sama nak menolong.. lalu cikzann beri sesudu cheese bercampur susu, barulah tangan Hafiy dapat diam..

susunan permulaan kek biskut ni.. biskut perlu dicelup dengan susu segar terlebih dahulu..(kalau xde, susu cair pun ok, cuma muaknya lagilah membuak2..

beberapa potong untuk bekalan kekanda ku yg tersayang..

potongan cheese biskut untuk makan pagi, permintaan si Hasif.. tak sabar tul dia nak tunggu balik sekolah.. habes 2 ketul.. bukan tak sedap katanya.. muak. tak boleh telan banyak2.. tambahan lagi waktu pagi.. anak cikzann yg sorang ni, teramatlah cerewet dari segala segi..
takpe, kita sambung balik sekolah nanti.. hehe

biskut yg berlapis2.. cikzan gunakan hampir 1 setengah bungkus biskut.. sebab gunakan loyang yg agak besar, serta buat bagi tinggi.. lagi nampak cantik..
alang2 buat, biarlah banyak sket. bukan senang nak dapat semangat rajin macam ni.. 



Resepi ringkas.. 
 250g cream cheese + 1/2 tin susu pekat diputar
biskut cracker 2 bungkus , susu segar utk rendam biskut..

cara,
susun biskut yg dah dicelup..
lapis kedua, hasil cheese putar.. susun lagi biskut dan seterusnya sampai abis..
nak masuk nestum dan milo atas lapisan cheese pun oke.
boleh diolah mengikut kreativiti sendiri.
Bolehla cuba.

Lepas makan cheesecake ni, kenalah buat exercise turun naik tangga.. 
baru kena gayanya. Boleh je, makan apa saja tapi kenalah berpada2..
(mengingatkan diri sendiri )

Salam sayang





Wednesday 19 March 2014

Banyaknye bahan memasak..

Hai rakan.
semalam TRW tewas.. sedihla juga.. :( (shakir o shakir)

Tetiba je.. terbayang makanan yg sedap2. Resepi cheesekut @ kek cheese biskut yg telah di print beberapa hari lepas, berlegar2 di kotak fikiran. Semalam sewaktu ke Temerloh untuk urusan income tax cikzann & hubby, sempat jua singgah ke sebuah bakery shop.. tak sah kalau tak singgah.. tapi, tak banyak kedai di sini. Cikzann cuma beli 20pcs bekas plastik beserta sudu untuk projek kek coklat, inti kacang merah bagi projek pau kukus, krimwell projek deko kek dan sekilo serbuk koko..
krimwell untuk projek kek..


untuk anak sulung..




banyak projeknya,sehingga bahan2 dah banyak dalam simpanan.. arap2, akan beransur kuranglah hari ke hari.. lepas menonton, Miranda.. sembahyang Isyak pun dah.. mulakan projek mengecis.. haha. 



Tunggu entry akan datang untuk projek cheesekut cikzann.. 


Salam sayang.


Saturday 15 March 2014

Hujan Oh Hujan!!


Semalam adalah hari yg memenatkan.. seharian cikzan  berkuliah di KPTM Kuantan. Mujurlah gelagat rakan sekuliah, menghilangkan kepenatan.. wpun seharian memerah otak, yg tak berapa nak ligat..
Memandu dengan puluhan lori di jalanraya, menguji kesabaran.. setelah satu lepas, ada lagi satu.. begitulah seterusnya, sehinggalah sampai tempat dituju.. paling ditakuti jika membontoti lori membawa bahan batu, simen.. pernah terjadi cermin kereta pecah dek batu yg terjatuh dari lori.. sib baik ada insurans cermin.. legalah skit bab tu…
dalam pikiran, rasa menyesallah pula ikut jalan ni. Kalau tahu, baik terus lalu kat hgway.. Itu bila sekali pikir, dua kali pikir, mungkin ada hikmahnya tu…
Sampai di Kuantan, nampak mendung sangat langit.. dalam hati, nak ujan nih! Tak sampai seminit, rintik2 hujan mulai turun.. memercik di cermin kereta.. semakin lama semakin banyak. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi, di atas nikmat ini. Setelah lama kami menanti, Kau turunkan jua anugerah ini.. Sesungguhnya ia menceriakan kami yg setia menanti..  
Hari ini.. sejak pagi tadi, hujan turun lagi.. rasa kesyukuran cikzann ucapkan tak henti2.

dannn.. sebagai insan yg perihatin.. tak lupa utk cikzann memanjatkan doa, agar dikembalikan segera penumpang MH370.. berkat doa kasih sayang kita semua, InshaAllah mereka akan selamat.. sisa harapan masih ada.. 

Aminnn.. 



Friday 14 March 2014

~pisang goreng ala cikzann ~



Syukur alhamdulillah.. pisang belakang rumah tak putus berbuah..silih berganti. Tiga jenis pisang yg ada ditanam.. pisang telang, pisang tanduk dan pisang serendah. Walaupun pokoknya tak banyak,tp cukuplah utk mulut2 kami..hihi


Beberapa hari lepas, setandan pisang telang dah ditebang. Syukur dengan rezeki yg diperolehi.. wpun hanya 6 sikat sahaja,  tapi disebabkan buahnya yg agak besar.. goreng dua tiga biji pun dah banyak.. sesikat rezeki utk kakak, sesikat  untuk emak, sesikat utk abg, sesikat utk adik di Temerloh (kebetulan dtg ke rumah masa tu), dan selebihnya utk kami. Selain goreng, pengat pisang  jadi pilihan. Salah satu makanan kegemaran kami keluarga. Dicampur sedikit biji sagu.. ummmmmpph. Memang sedap..  



Pisang telang ni memang sedap.. sekejap saja habisnya. Anak2 memang suka. Isi pisang yg tak lembek, tak benyek.. warna kemerahan.. terima kasih sangat kat jiran yg sudi beri anak benih tu.. payah dah nak dapat. terima kasih juga kat mak dan hubby yg rajin menanamnya, sehinggalah membuahkan hasil seperti di atas tu..  
(masih lagi bersedih dengan kejadian yg menimpa MH370.. semoga segalanya dipermudahkanNya.. Aminn.)  


Tuesday 11 March 2014

MH370 muncullah segera.. :'(



Di saat ini, kita masih lagi menanti.. mengharap sesuatu yg pasti.. dengan harapan ‘mereka’ yg dinanti akan kembali..

Pesawat Boeing 777-200 berlepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi 08 Mac 2014 dan pesawat dijadual mendarat di Beijing jam 6.30 pagi tersebut . Bagaimanapun penerbangan MH 370 itu terputus hubungan dengan pesawat kawalan trafik udara di Subang pada jam 2.40 pagi. Iaitu kira kira dua jam selepas berlepas. Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH 370 itu dikesan ialah 120 batu nautika di timur Kota Bharu di Perairan Laut China Selatan. MAS mengesahkan tiada petanda kecemasan daripada pesawat berkenaan..

Hari sudah bertambah hari.. apakah nasib mereka yg dinanti? Hanya doa dari kami.. MH370 muncullah segera menemani kami.
Bila manusia diuji.. banyakkanlah berikhtiar, serta berdoa.. semua atas kehendakNya..semua atas ketentuanNya.. Insha Allah, berdoalah yg baik-baik..


Ya Allah, kembalikan saudara kami.. sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Aminnn..





Monday 3 March 2014

Tart Telur yg diidamkan dah menjelma..


Salam sayang..



Malam tadi, cikzann bersengkang mata.. menyiapkan tart yg daa lama diidamkan.. dah lama siapkan bahan2nya, tapi bahan silih berganti sebab digunakan utk tujuan kuih lain.. tart telur idaman masih jua tak terlaksana. Kenapa? sebab, oven dalam setor amat susah utk dikeluarkan kecuali si gagah dalam rumah yg keluarkan.. wah, gagahnya.. bercinta rasa nak membakar, jika oven terperap dlm setor.. tak simpan kt situ, rasa berserabut pun ada.. dapur umah bukanlah besauuuu sgt..



malam tadi, dengan semangat yg berbelah bahagi dan tambahhhh.. cikzann kuatkan semangat.. wpun masih keletihan dek kursus tot  DR Muda, dan Ahad plak terpaksa berkejar mengemas hstay  Husna Guest House di Bukit Gambang.. memang terasa letihnya. Lebih2 lagi, bila usia pun dah bertambah ni.. huhuhhhh..





yg last dalam oven. masa ni, sangat2 malas daaa. siap cikzann buat tart yg besau nau.. nak cepat abes. nak buang, aih, sayang weh..

gambo yg ni, i like.. dah siap da ni..tunggu mkn je.

kalau beli di kedai, berebut2 anak nak abeskan.. bila dah buat bebanyak, payah betul nak abeskan!
siap kena paksa oleh chef dia..

Resepinya?
cikzann gugel aje.. kompen banyak resepi.. ni yg cikzann buat: dari blog putrizyan.blogspot.com. tq ye.

Resepi crust

Bahan-bahan:
1 cawan marjerin 1/2 cawan gula
1 biji telur gred C
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum

Cara-cara:
1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. 
2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje.
4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi jangan terlebih tepung sebab nanti adunan jadi keras susah pulak nak tekan-tekan dalam acuan ye. Cukup sekadar adunan tu tak melekat kat jari jemari ye.
5) Bakar suhu 170 darjah selama 15-20 minit atau hingga keperangan. Kalau suka yang rangup boleh tunggu sampai keperangan. Kalau tak suka rangup, dalam 10 minit pon dah boleh kot.


Filing Telur
4 biji telur ( size A @ B )
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air kosong
1 sudu esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
1) Campur semua bahan, kacau sebati dan tapis dulu.
2) Masukkan dalam crust yang tadi.
3) Bakar suhu 170 darjah selama 18-20 minit. Bergantung pada oven.


nih hasil terawal.. terlalu garing..menyebabkan agak keras. almaklumla..pestaim tauuu.
tak dapat nak agak lagi camane.

Sebenarnya..masih lagi tak puas hati.. len kali, kalau berkesempatan buat lg, cikzann nak cuba resepi lain lakk.

yg nih dah nak last.. byk yg cik AinHusna yg buat. Rajin benar anak dara cikzann..(promote anak dara sket..heh)
Masa ni, mata cikzann da ngantuk sangat.. dah lewat malam. sib baik budak2 masih lg ada yg main futsal belakang umah.. ilanglah kesik tengah malam.. kesik?? loghat kelate tu.. Haha.