Saturday 30 March 2013

~Patin Masak Tempoyak & Talapia Goreng~



Ada tetamu.

Oleh itu,
memikirkan menu pilihan, untuk dimasak tengahari ini..
tapi tak susahpun memikirkan menu.. 
kan ke i ni tinggal di kawasan tersohor dengan ikan 
ternakan sungai..
Tetamu istimewa dari Presint 9..
Comelnyer bby  Furqan.


Nana & Furqan yg mesraaaa..



i kerja pun tak jauh dari sungai Pahang.. 
apalagi, patin  masak tempoyak dan ikan talapia goreng lah 
jadi pilihan..
dulu masa kecik..i taklah terdedah sangat dengan ikan sungai ni..
tapi sejak i kerja kat tepian sungai Pahang.. 
selalu je dijamukan dengan patin masak tempoyak, ikan talapia bakar + air asam..
memang membuka selera.

antara bahan utama patin masak tempoyak.


jangan lupa daun kesum.


hurm.. segar2 belaka.. semua ni sudah sedia 
untuk dimasak.




Talapia or tilapia?
Oh, whatever lah..

i cadangkan, kalau nak beli ikan ni, tanya dulu.. 
ikan ni ternakan sangkar ke, kolam?
Ikan ternakan sangkar mempunyai isi yang sedap.. 
sebab dipelihara di dalam air sungai yang sentiasa  mengalir..
Jadi, pilihlah ikan talapia dan patin sangkar..

Setahu i, banyak perusahaan ternakan sangkar kat daerah Maran ni.. 
kat kg. Serengkam ada, 
kat kg. Lubuk Paku ada.. 

pilih je yang mana berkenan. Nak tahu tokey patin sangkar/talapia? Call/sms/whattsap je i..  kihkihkih...  
nanti i dapatkan no.phone diorang.. 
Hurmm. Rajin le aku ni nak cari!!
(Amboi,ada hati nak jadi ejen ikan patin plak) 

Harga kedua -dua jenis ikan ini  dalam 
lingkungan RM15 sekilogram.. 
kalau kat Maran, tak tau nak cari tokey sangkar patin, 
pi aje cari kat Pasar Tani (pagi Selasa) 
atau Pekan Sehari (pagi Ahad). 
Pasti ada terjual di situ.

ala comotnya ikan ni..
baru diperap garam + kunyit..
nak goreng aje.


masih dalam periuk..
ermmm.



Selamat Menjamu Selera..






Thursday 28 March 2013

Innalillah....



26 March 2013, 
sy sekeluarga sempat menziarahi jiran mertua yang sakit di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di Kota Bharu , 
Kelantan.  Dari cerita2, dikatakan dimasukkan kerana disyaki denggi.. sedangkan sebaliknya setelah diperiksa, beliau mengidap leukimia. Berusia 42 tahun dan mempunyai 5 cahayamata yg masih lg kecil..

gambar:google

Dua kali kami pergi ke HRPZ  2 pada hari itu. 
Kali kedua barulah dapat berjumpa dengan pesakit. Adalah beberapa orang pelawat lain yang menjenguk beliau ketika itu.. ditempatkan di wad Bendahara.. Si pesakit nampak tenang melayan pelawat yg bertanyakan keadaan diri. Dengan senyuman, sy nampak dirinya yg menahan perasaan sebak. Sebak lagi bila si isteri datang ditemani anak yg baru berusia 4 bulan..

Dia boleh bercakap biasa.. macam orang2 yg sihat walafiat saja. Katanya, sejak berada di wad ini, dah beberapa orang yg meninggal dunia di katil sebelahnya.. Suami berbual sambil mententeramkan pesakit.. tapi, dari sikapnya dia semacam sudah tahu bahawa dia akan pergi...

Keesokan harinya 27 March 2013, tatkala kami baru bertolak turun dari rumah mertua untuk balik ke Pahang, suami menerima panggilan dari kakak, memberitahu.. Jiran kami itu sudah meninggal dunia..
Innalillah...
Kami betul2 terkejut..  baru semalam kami berbual, sekarang tubuhnya sudah terkujur..
Semoga tuhan menempatkan arwah dikalangan insan yg beriman. Aminn..
Saya juga mendoakan agar  kehidupan isteri dan anak2nya akan dipermudahkan..


Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Surat Al-Munafiqun: Ayat 11


Wednesday 27 March 2013

Jam baru..hoho..



Taraa..
Jam yang hilang da dapat ganti.. 
Beli kat Billion KB, cuti baru2 ni (haha, baru kelmarin).  Kena beli, sebab ia wajib ada .. susahnya kerja bila takde jam ditangan..
Nak tengok waktu rehat, nak tengok waktu itu, waktu ini.. dannn paling penting nak tengok waktu balik kerja.. ceh.






Masih lagi jenama yang sama..sebab,rasa dah percayakan jenama tu.. tidaklah terlalu mahal, tetapi kualiti yang bagus betul!!

Duit hasil jualan tudung.. hihi..
Syukur walaupun tak banyak.
Guna duit ni agar nampak hasil berniaga selama ni.. (berniaga tu tk lama pun..baru menceburinya.. alhamdulillah ) Biras sy berniaga tudung dalam sebulan dah mampu beli barang kemas bagai.. ermm.. rezeki dia kan? Kita bersyukurlah apa yang ada.. nak lebih, usaha pun kena lebih..



Semoga usia jam ni lama ... biar berbaloi. 



Wednesday 13 March 2013

Jam oh jam



Jam tangan i dah ilang!!
i rasa sedih sangat..

Op, sebenarnya bukan hilang dicuri, dirompak @ sebagainya. Hilang sebab i ni yang cuai!!
tertinggal di sebuah masjid nun jauh dari umah i, semasa mengambil wudhuk. 
Masa tu, tak ramai org, jadi i pi amik wudhuk kat tempat wudhuk lelaki (sebab lebih dekat). 
Itu lah balasannya!! 


                                                     gambar  :  google

puas i google, nak cari gambar jam tu..

kalau dekat, ofkos i dah geledah seluruh masjid..
Jam tangan tu, meninggalkan banyak kenangan buat  i, sejak  menetap kat Miri lagi.. ingat lagi, suami  beli kat Parkson Miri.. kenangan tu beb!!



i tak pernah rasa sebak macam ni..
nak nanges ni..
uwaaawawaaaaa....


alkisahnya, satu hari i sefamili menghadiri majlis perkahwinan anak penakan belah suami i kawen kat Pandamaran , Kelang.
Inilah pasangan pengantinnya ari tu..


i tolong bawa hantaran seutas jam tangan wanita. Masa dalam kete, i ckp kat hubby i,  'cantik arr jam ni.. umi dah lama tak beli jam baru.. nanti nak beli jam lah!!".
Tak lama lepas tu lah 'dia' ilang.. 
huhuhu..
merajuk agaknyer..





Nak cuci mata dengan hijab2 cantik?  Jom.   husnaahijabs.blogspot.com



Friday 8 March 2013

Gambang Waterpark - Kami disini



Gambang Waterpark..kami datang lagi.
Datang, sebab dapat tiket free. Kalau berbayar, kami kena fikir2 dulu.  
Bukan tak best.. best sangat.. cuma kadar bayarannya ditambah dengan tentera i yang berderet ni. Kan, jadi banyak tu..     
Uiiii, kedekut tul!

Oleh kerana selalu disogokkan dengan tiket free..  tiap tahun tunggu  yang free je la kan?   Kalau takde tahun ni, i buat muka tak  malu  tanya orang tuh.. "ada tiket free lagi tak???"  ooii, malu mak..
Sape tak seronok dapat masuk percuma.. 
4 orang dewasa, 4 kanak2..
Diberi oleh seorang insan dermawan.. korang nak  no. tel dia?  mana tahu dia kasi korang tiket pulak.... kihkih.
Siapa ahli dermawan tu?
Biarlah rahsia. Nanti korang serbu dia pula..
Muahaha.


peserta dari kontinjen kami..
anak2 dengan babysittersss diorang merangkap kazen.



datang dengan baju selekeh ala nak terjun terus kolam..
takyah bajet nak bergaya la datang cni, kena air ilang terus mekap kau tu tipah!



Kolam untuk bebudak je..  si Hafiy dan kakak, berpuluh kali ulang main gelongsor tu.
I pesan kat Hafiy, "adik jangan kencing ye.."
tapi boleh percaya ke,  dia tak kencing dalam kolam tu..



Gambar ni i suke..latar nampak cantik. tapi, i yang serabai!
Hoke la tu, janji tutup aurat.



Ha.. marila ke Gambang Waterpark ni..
Bawa keluarga, mandi manda, suka-suka..
Nanti, kalau rumah teres i kat Gambang ni daa siap bole i buat guest house..
Dah siap i promote la nanti..

Jumpa lagi..



Saturday 2 March 2013

Potluck hari pertama



Sabtu  (02/03/2013), 
adalah hari pertama kelas untuk semester 3 kami di KPTM Kuantan..  Datang ke kelas dengan semangat berkobar- kobar. Memasing dengan muka berseri2 almaklumlah, lama dah tak diganggu dengan assignment. Lama tak jumpa ni, ada yang makin mengembang, ada juga makin menguncup.. bhahaha..

Sampai ke KPTM seawal jam lapan suku..   keluar dari rumah awal- awal pagi lagi. Saja nak elakkan kesesakan di jalanraya.







Satu - satu aktiviti yang sudah semestinya kami tak lupa buat.. urmmm.. makan!
Setiap kali kelas, mesti ada makan2.. kira2 cam potluck la.. begitulah adanya.
Sampaikan ada staf KPTM yang menyindir,  'korang  ni datang nak belajar ke nak makan?'  
kui kui kui.. nah, hambik kau!

Apa menunya hari itu..
menu istimewa dari negeri Terengganu.. nasi dagang.. 
bes giler.. Penajanya, abang Man.. 







Tenkiu  ye abang Man.. 
Dari nak berdiet,  hilang semangat tu hari ini.. Siap bertambah adalah..                                 
huh, buat malu aje.

Ada pulut panggang atau diorang panggil pulut lepa sponsor by Mat Jue, serta kuih muih lain siap dengan kopi panas tajaan kak Rosina. 
Tenkiu so much buat korang yang sangat bermurah hati.. budi baik akan di balas baik tau..