26 March 2013,
sy sekeluarga sempat menziarahi jiran mertua yang sakit di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di Kota Bharu ,
Kelantan. Dari cerita2, dikatakan dimasukkan kerana disyaki denggi.. sedangkan sebaliknya setelah diperiksa, beliau mengidap leukimia. Berusia 42 tahun dan mempunyai 5 cahayamata yg masih lg kecil..
gambar:google
Dua kali kami pergi ke HRPZ 2 pada hari itu.
Kali kedua barulah dapat berjumpa dengan pesakit. Adalah beberapa orang pelawat lain yang menjenguk beliau ketika itu.. ditempatkan di wad Bendahara.. Si pesakit nampak tenang melayan pelawat yg bertanyakan keadaan diri. Dengan senyuman, sy nampak dirinya yg menahan perasaan sebak. Sebak lagi bila si isteri datang ditemani anak yg baru berusia 4 bulan..
Dia boleh bercakap biasa.. macam orang2 yg sihat walafiat saja. Katanya, sejak berada di wad ini, dah beberapa orang yg meninggal dunia di katil sebelahnya.. Suami berbual sambil mententeramkan pesakit.. tapi, dari sikapnya dia semacam sudah tahu bahawa dia akan pergi...
Keesokan harinya 27 March 2013, tatkala kami baru bertolak turun dari rumah mertua untuk balik ke Pahang, suami menerima panggilan dari kakak, memberitahu.. Jiran kami itu sudah meninggal dunia..
Innalillah...
Kami betul2 terkejut.. baru semalam kami berbual, sekarang tubuhnya sudah terkujur..
Semoga tuhan menempatkan arwah dikalangan insan yg beriman. Aminn..
Saya juga mendoakan agar kehidupan isteri dan anak2nya akan dipermudahkan..
Surat Al-Munafiqun: Ayat 11
No comments:
Post a Comment