Wednesday 23 April 2014

Miri dalam ingatan..


Assalamualaikum wrt.


Di saat ini, memang sangat sibuk. Pelbagai perkara yang masih belum selesai menghantui diri.. (menghantui??) takutnya..hehe. Manakan tidak, kerja yang bertangguh, sampai bila pun xkan selesai..
Namun untuk menambah entry baru dalam belog, semangatnya lain.. ianya satu cara cikzann men'terapi'kan diri..agar hidup ini tidak boringgg..
Kali ni, cikzann teringin nak kongsikan gambar pada zaman dahulu.. huh..lamanya.  Bila menatap album lama, rasa teruja.. melihat gambar anak2 cikzann yg masih kecil ketika kami  menetap di Miri, Sarawak..

Hafiy, si kecil cikzann belum dilahirkan pada waktu tu.. dia anak kelahiran HOSHAS, setelah cikzann bertugas  di Pahang. 
Hasif / 2tahun

abang dan Hasif.. beza cuma setahun..cam sebaya je kan?
bergambar masa di TUMBINA, Bintulu..
Harith 3thn/Hasif 2thn

Gambar di Permyjaya, Miri Sarawak


Jamuan tahunan sekolah..






termenung jauh Hasif di Pesta Wau di Bintulu..


Kenangan berada di Miri, masih segar di ingatan..
Entry akan datang cikzann nak selitkan makanan yang jadi minat cikzann dan hubby ketika di Miri. Tunggu ye..
Salam Sayang..
Salam kerinduan buat orang2 di MIRI



Saturday 19 April 2014

add math & cikzann


Hah. Sekarang fenin.

Assgmnt subj Matematik Asas belum siap.. asas tak asas jugalah. Payah jugalah buat org cam cikzann nih. Mana pernah belajar, tetiba kena jawab soalan SPM add math. Naya la mcm ni. Boleh jadi kemurungan duk memikir. Huhuhu.

BTW, t.kasih yg tak terhingga buat insan2 yg sudi membantu.. ofkosla ye.. cikgu Azri, cikgu add math tingkatan 5, dari SMK Maran 2 dan sorang  lagi pelajar lepasan SPM 2013 yg dapat A+  .. pilihan cikzann ni adalah terbaik, wpun tetiba cikzann pun tak faham pengiraan dan formulanya.. hihi.
kalau dah cikgu add math..jap je bole siap..
terima kasih ye cikgu Azri.



ni hasil kerja org pempuan.. 
syafika ni bekas student sebuah sek di Pekan, Phg ..
Kena belajar dgn diorg2 nih..



TQ, TQ, TQ


Friday 18 April 2014

saat sukar TRW



tatkala menyaksikan siaran langsung melibatkan TRW.. pasti debaran berlagu kencang..  saat2 sukar ini.. bersabarlah. akan  ada sinarnya. TRW akan bangkit…



TRW vs Sarawak..
impian  malam ni.. nak dengar penyokong TRW bersorak, ‘gol…….’   . Harapan, moga pemain tidak tertekan..  Berjuanglah  dengan semangat pahlawan.

Marilah semua bersatu, menempuh jln2 penuh liku. 
kepada penyokong,berdoalah, dan  hulurkan, pimpinlah tangan ketika mereka tersungkur..


Aku kan tetap setia.

( di saat penulisan entry disiapkan, Sarawak telah berjaya menjaringkan gol.. huhu
bersabarlah)

Thursday 17 April 2014

Roti Goreng


Assalamualaikum wrt..



Roti goreng..roti goreng... 3 siya.. 3 siya.. haha.
Pestaim menggoreng roti goreng ni. Makanan yg sering cikzann jumpa di Kelantan. selain Kelantan, cikzann rasa kuih ini dipanggil pau goreng. Ore Ganu panggil apa ye? mungkin roti goreng jugak kot. Daripada pengamatan cikzann, ada beza dari segi bentuk antara roti goreng Kelantan dengan pau goreng luar Kelantan yg lebih bulat/ kembang.

Biasanya roti dileperkan/penyek sebelum digoreng (versi Kelantan), dan ianya berintikan kacang.. .  cikzann guna inti kacang merah yg dibeli siap. Baki buat pau kukus tempohari. Digoreng dengan api yg kecil, sehingga kekuningan. Makan panas2 lagi sedap. 


 Resepi roti goreng



1 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan bancuh dengan 1 cawan air 
4 sudu majerin
1 sudu besar soda bikarbonat dan 1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air)
1 cawan gula
Air secukupnya 
Inti kacang merah

Cara :
1.    Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Biarkan doh naik 2 kali ganda. Uli/tumbuk  sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
2.    Masukkan inti kacang merah ke dalam doh, tekan hingga leper. 
3.    Goreng hingga kekuningan dengan api yg perlahan.

cikzann goreng hanya separuh masak, dan simpan dalam peti sejuk untuk goreng keesokan harinya.. 
jadi, takdelah pening memikirkan sarapan pagi lagi.. Bagi cikzann, stok tepung gandum, mauripan amat penting ada di dapur setiap rumah.. paling tidak pun, para ibu boleh siapkan cucur / jemput  atau donat untuk hidangan pagi  famili memasing..

Ha, esok lak..sarapan ape..
nasi goreng je ke.. 

Hehe.

Monday 14 April 2014

dari Maran ke Kota Bharu


Assalamualaikum wrt.

Jauh berjalan luas pandangan..
Perjalanan yg agak jauh dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan.. memanglah satu jarak yg tidak dekat.. melintasi betul2 sebuah negeri Terengganu.  Nasib baiklah,  Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)  iaitu dari Bukit Besi hingga ke Gemuroh, Kuala Terengganu sepanjang  72 kilometer  mempercepatkan sedikit masa perjalanan…



Perjalanan melalui jalan pantai.. singgah sebentar di Pantai Rhu Sepuluh.. berhenti betulkan urat2 lenguh jap. Anak2 pun happy, mengutip kulit2 siput. Maklumla..jarang jumpa pantai..

Singgah juga di gerai buah  tepi jalan di Besut.. musim panas menyebabkan berlakunya lambakan buah tembikai.. buah yg menjadi dan manis tatkala musim panas.. tapi, harga taklah murah.. sama dengan Tunas Manja di Maran juga la.. mungkin tembikai lebih murah di kawasan Pasir Puteh (Tok Bali dll)..





Di Tok Bali juga, tekak ini tertarik pada jeli kelapa.. ermm.. sedap sungguh..  menyejukkan tekak kami yg kepanasan dan kehausan dalam kereta ni.. Makan2 dalam kereta setelah kehabisan keropok losong.. hihi.

Tak sabar untuk sampai.. kami dah keletihan.. si pemandu apatah lagi..

Salam sayang. 


Saturday 12 April 2014

Puding Karamel


Membasahi tekak dengan puding karamel sejuk2 dari peti ais memangla memuaskan hati ini.. Resepi sedap ni, cikzann jumpa di blog kak azie, Azie Kitchen.  Terima kasih bebanyak ye kak. memang sedaplah. Dah banyak kali mengukus puding karamel, tetapi dengan resepi yg lain (tak kurg bezanya).. Namun begitu, resepi ni, dirasakan memang istimewa..
Dikukus sempena sambutan hari lahir Hasif. Makan2 untuk keluarga je..



Enak dimakan sejuk- sejuk.. laju je ditelan..
Boleh buat lagi ni, untuk kali kedua, ketiga, ke empat dan seterusnya..
Hihi..



Tuesday 8 April 2014

~ kek kukus indahwarni ~


Assalamualaikum wrt..

Hari ni nak post entry pasal kek kukus warna - warni.. yg cikzann buat. resepi yg memang mudah.. tapi cara menuangkan bancuhan /adunan perlu sedikit kemahiran..
kekurangan inilah yg menjadikan kek kukus cikzann ni, agak kaku dan  keras, tidak berseni dibanding hasil sifu2 kek yg lain.. tapi, masih dalam tema yg betul, iaitu berwarna -warni..hihi.
Kek memang lembut..gebu.



Resepi Kek Minyak Kukus
Sumber : kak fida Myresepi

Bahan-bahan 
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300g)
1 cawan susu segar (210g)
3/4 cawan susu pekat manis (200g)
1/2 cawan gula halus (60g)
1 cawan minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla


Cara-cara

1.Ayak tepung ke dalam mangkuk.
2.Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
3.Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan alum. foil. Kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.



Friday 4 April 2014

sepetang bersama kek cawan beri biru..



Assalamualaikum..

Tatkala ini.. berada di petang Jumaat yg mendamaikan.. masih dalam telekung sembahyang..
Berfikir apa aktiviti hari ini.. menaip entry kek cawan beri biru kah?  Ermm.

Kek cawan beri biru  @ kapkek blueberry.. telah dilaksanakan dengan jayanya pada dua hari lepas. Atas inisiatif sendiri,  walaupun berdepan risiko  ntahkan ada ntahkan tiada peminatnya..
Anak2 cikzann bukanlah jenis kanak2 yg obses  terhadap  makanan..
Cuma, paling mengujakan ialah semasa membuat  cheesecake biskut.. yg ini, berebutlah mereka. Manakala dalam pembikinan pau, hanya Harith dan abah  yg gila2 menggemarinya.
Oleh kerana ingin mencuba pelbagai jenis dan aneka makanan.. sekali lagi cikzann diberikan kerajinan  membakar kek cawan dengan blueberry ini.

masih dalam oven..
masa ini, bau wangi esen menusuk nusuk.. anak2 pun dah tertanya, ummi masak apa..


ada dua versi cawan kertas yg digunakan..


inilah kejadian hari itu.. khabarnya, dari Pahang telah sampai ke Kelantan kapkek ni.. hihi..
terima kasihlah kepada si pemakannya.
  

berjasa kepada dapur..inilah hasilnya..
hurmmm..nyummm..

Salam petang Jumaat..



~Puding trifle jiran cikzann~


Alhamdulillah.. rezeki lagi..
puding trifle yg sedap dari jiran sebelah.. Pn. Aya..
TQSM..
hihi..



yg hijau lak, cikzann yg buat..
ntah bila ye.
buat warna ijau, sebab terbeli jelly perisa kiwi..haha..jadi, teruskan jelah..hihi


 hasilnya, dibawa sebagai bekal suami kerja.. dan sebekas lagi ke surau Subuh kg Luit..

Salam Jumaat