Showing posts with label KENDURI KENDARA. Show all posts
Showing posts with label KENDURI KENDARA. Show all posts

Monday, 19 August 2013

Raya Mode @ kenduri kawen

Gambar2 cikzann dan waris warah, ipar duai yang turut sama memeriahkan  majis perkahwinan salah seorang ahli keluarga kami..

Walaupun tugas kami tak seberapa, 
harapnya ianya dapat memberi impak 
kepada semuanya..
Maap le..
 cikzann cuma sempat bantu yg ini je.. 

tolong SIL siapkan juadah pilihan lontong dan mi kari.
Tolong hidang, pastu kitorang bergambar giler2.. hihi
Masing2 masih dalam raya mode.. apalagi..


dalam kesibukan pun, kami sempat bergambar..


Husna terpegun apa tu?

sekali sekala bergaya di majlis kawen apa salahnya..



ewahhh.. yg tudung hijau tuuuu
pinjam 'halfmoon' leh..


Salah silap harap dimaafi.
Terima kasih atas jemputan..



~ Yg kurik itu kundi, 
yg merah itu saga..
yg baik itu budi,
Yg indah itu bahasa..~


Salam sayang..


Tuesday, 28 May 2013

Majlis Perkahwinan Zali & Wihah

24 Mei 2013, jam 7.30pagi kami bertolak ke Layang-layang, Kluang.. Menghadiri majlis resepsi sebelah pengantin perempuan pada esoknya. Bridegroom nya adalah anak sil..
Ibarat TRW vs JDT ..hihi. 

Ini kali ketiga aku ke Johor.. kali pertama dah berbelas tahun yang lalu, masa abang aku Zawawi  yang  ensem (???) tu berkahwin dengan orang Pasir Gudang. 

Perjalanan dari Maran, Pahang ke Kluang, Johor ni boleh tahan jauhnya.. kami melalui Felcra Seri Makmur (jalan shortcut) untuk keluar ke Pelak, seterusnya Paloh Hinai.. 

pergi, dan pergi lagi.. jauh jugalah!  melalui Muadzam Shah, Segamat, Yong Peng kalau tak silap..heh.

Jom lihat2 pic yg disnap masa wedding day diorang nih..


Rombongan pengantin lelaki datang untuk majlis akad nikah pada sebelah petang..


Masa inilah dia nak tido.. 


Abah, mama dan adik perempuan pengantin lelaki

Singgah sebentar di Tangkak.. 




Doa kami semoga pasangan pengantin akan kekal bersama 
selamanya.. Aminnnn..



Saturday, 27 April 2013

Makan Tahun


Bila teringatkan zaman muda- muda.. haha..
aku teringat masa tinggal kat Miri, Sarawak.. banyak  memory yang terakam kukuh dalam fikiran aku..
masa kat Miri la, aku berkesempatan melawat Brunei dan Sabah secara convoy kereta. Keluar masuk Malaysia untuk sampai ke Sabah.
Best sangat!!

tapi kali ni, aku nak story sket  pasal satu majlis tradisi orang kat sini.

Makan Tahun..

aku pasti ramai yang tak pernah dengar majlis tu.. bcoz hanya ada kat  Sarawak je. Aku bukannya tahu sangat apa itu Makan Tahun. Yang pasti, aku serta famili dan rakan2 semenanjung yang tinggal di Miri  pernah dijemput ke majlis tu.

Setelah di gugel, baru aku tahu maksud "Makan Tahun" ni.  Ia adalah mengikut adat kaum Kedayan. Makan Tahun ni ialah bertujuan untuk memberi makan kepada saudara mara yang telah meninggal dunia. Dengan erti kata lain, ianya untuk mengembali semula keakraban antara sesama mereka la tu. 
Oh ye ke?? 

Yang kami nak sibuk ni apahal!! Shushhh..shushh.. pi main jauh-jauh!!

tapi, adat dijemput.. ofkos kami pergi.  Untuk memeriahkan majlis..(kononnya!!)
Makan tahun diadakan setiap tahun, dan hanya diadakan setahun sekali. Selalunya kenduri makan tahun ni akan diadakan pada bulan May atau June. Ada lah dalam dua kali kami sempat pergi. Sib baik aku dah pindah semenanjung, kalau tidak habislah makanan diorang tiap tahun kat aku aje.. Huhu.

Pada masa ni seluruh kampung akan bekerjasama menyiapkan juadah. Masyarakat Kedayan ni beragama Islam. Jadi kami taklah risau tentang menunya.  Kampung tu, kalau tak silap Kg Beluru Jaya, Bekenu Sarawak.. 

Ada siapa tahu tak??

Antara juadah yang dihidangkan macam kenduri kat semenanjung juga. Cuma, kadang2 cara masakannya mungkin sedikit lain. Daging sapi masak kicap, tu masakan fevret orang kat sini.. 

Ha.. ce teka sapi tu apa?? Ceh!


Gambar GOOGLE
aku penah buat.. and aku makan dengan kari ayam spesel aku!!
diorang, aku tak pasti cicah ngan apa.

Kat sini ada kelupis.. tu yang aku ingat.. ala2 lemang la gitu, tapi ianya dikukus. 
Itu kenangan lama.

Aku respect diorang nih, bab menghormati tetamu..
Sangat2 baik. Terima kasih daun keladi.. 

(cite pasal Bekenu nih, kat sini le aku pi beli durian bila tiba musim durian.. n kat sini jugalah kami beli daging rusa  bila mana suami mengidam time aku pregnant anak kedua.. and kat sini jugalah kalau tak silap ianya tak jauh dari Gua Niah yang aku penah pegi tu... )




Thursday, 22 March 2012

Miji Kawen



Seminggu bercuti.
 Boleh bawa anak jalan -jalan.. 
boleh balik kampung. 
Pukul 6.30 petang kami bertolak dari Kuantan ke Kota Bharu..  tempat menjadi  perhentian kami untuk menunaikan solat, ke tandas, dan beli sedikit makanan dan minuman seperti selalu ialah.. Stesen Petronas di Al Muktafi Billah Shah..

 Ramai sungguh orang singgah kat situ.. Satu tempat lagi yang menjadi singgahan kami hari tu  ,di sebuah warung @ Kuala Terengganu..  Anak lapar sudahhhh..  Tiga mangkuk mi rebus dipesan. Anak tak juga makan.. Kurang selera. Kuat bau rempah ratusnya.. 

Kami tiba di tempat dituju kira - kira jam 1.10 pagi.. (destinasi kami tak lain tak bukan  Kg. Lapang Pari- tak jauh dari Lapangan Terbang di Pengkalan Chepa)

Penatnyer..

Keesokan hari, kami ke majlis perkahwinan anak saudara. Berkumpul di rumah kak Nik selepas zohor (Kak Nik adalah kakak suami saya..)   dan akan ke Bukit Marak.. (orang Kelantan sebut, "gi belarok", orang luar Kelantan plak sebut majlis resepsi).  Kira- kira setengah jam jugalah perjalanan..
   majlis di rumah pengantin perempuan sederhana, tapi kelihatan meriah dengan kehadiran ramai saudara mara dan jiran tetangga yang saling bantu membantu. 

 Alhamdulillah, perjalanan majlis berjalan dengan lancar . 
Majlis yang simple tapi punyai penuh pengertian. Semoga majlis ini diredhai oleh Nya.
 Aminnnn...

Jom tengok-tengok gambar sekitar majlis perkahwinan Tarmizi & Saaidah ini.. Gambar pengantinnya tak banyak..yang banyaknya gambar kami sekeluarga.. 

Tema pilihan mereka ialah merah..

berposing sebelum ke kenduri..

tu dia...pengantin bersiap kat tepi jalan aje ke?

menunggu pengantin lelaki berpakaian..

Kakak ipar..kak Zah..ore Pasir Pekan..

Pengantin Baru..Miji & Idah

Abe ipar..Abe Din..ore Padang Tembak..

Hafiy & Kakaknya..

ni lah upacara 'mengenal'


Harith & sepupu..Aiman n Haikal


Semoga kalian berdua berbahagia ke akhirnya, dilimpahi rezeki, dan hidup diberkati olehNya.

Aminnnn.....


Monday, 27 February 2012

Makan- makan@ Majlis Kawen

Bulan Januari tuari,
 saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan jiran kami..
   Majlis sederhana tetapi meriah.. 





Gambar-gambar hantaran Kahwin Wini




Anak- anak di majlis kawen.


Ambil kesempatan bergambar di hadapan pelamin yang hebattt..



Nak ambil gambar ngan pengantin leh..



Pasukan Harimau Muda mana ni?
Basuh pinggan ke buat apa?








Gambar bawah
Kak Wa , Hafiy & Husna di Majlis Kawin Nurul Jannatul Adnin..



Loi & suami..



Ni plak hantaran kawen Tr. Min.. Org Jengka 19..
Selamat Pengantin Baru Minnn..




Selamat Pengantin Baru buat Wini & husband, Loi & husband, Min & husband..
Semoga berkekalan ke akhir hayat..
Dilimpahi rezeki.. bahagia dunia akhirat..
Aminnnn....