Seminggu bercuti.
Boleh bawa anak jalan -jalan..
boleh balik kampung.
Pukul 6.30 petang kami bertolak dari Kuantan ke Kota Bharu.. tempat menjadi perhentian kami untuk menunaikan solat, ke tandas, dan beli sedikit makanan dan minuman seperti selalu ialah.. Stesen Petronas di Al Muktafi Billah Shah..
Ramai sungguh orang singgah kat situ.. Satu tempat lagi yang menjadi singgahan kami hari tu ,di sebuah warung @ Kuala Terengganu.. Anak lapar sudahhhh.. Tiga mangkuk mi rebus dipesan. Anak tak juga makan.. Kurang selera. Kuat bau rempah ratusnya..
Kami tiba di tempat dituju kira - kira jam 1.10 pagi.. (destinasi kami tak lain tak bukan Kg. Lapang Pari- tak jauh dari Lapangan Terbang di Pengkalan Chepa)
Penatnyer..
Keesokan hari, kami ke majlis perkahwinan anak saudara. Berkumpul di rumah kak Nik selepas zohor (Kak Nik adalah kakak suami saya..) dan akan ke Bukit Marak.. (orang Kelantan sebut, "gi belarok", orang luar Kelantan plak sebut majlis resepsi). Kira- kira setengah jam jugalah perjalanan..
majlis di rumah pengantin perempuan sederhana, tapi kelihatan meriah dengan kehadiran ramai saudara mara dan jiran tetangga yang saling bantu membantu.
Alhamdulillah, perjalanan majlis berjalan dengan lancar .
Majlis yang simple tapi punyai penuh pengertian. Semoga majlis ini diredhai oleh Nya.
Aminnnn...
Jom tengok-tengok gambar sekitar majlis perkahwinan Tarmizi & Saaidah ini.. Gambar pengantinnya tak banyak..yang banyaknya gambar kami sekeluarga..
Tema pilihan mereka ialah merah..
berposing sebelum ke kenduri..
tu dia...pengantin bersiap kat tepi jalan aje ke?
menunggu pengantin lelaki berpakaian..
Kakak ipar..kak Zah..ore Pasir Pekan..
Pengantin Baru..Miji & Idah
Abe ipar..Abe Din..ore Padang Tembak..
Hafiy & Kakaknya..
ni lah upacara 'mengenal'
Harith & sepupu..Aiman n Haikal
Semoga kalian berdua berbahagia ke akhirnya, dilimpahi rezeki, dan hidup diberkati olehNya.
Aminnnn.....
No comments:
Post a Comment