Showing posts with label Agamaku. Show all posts
Showing posts with label Agamaku. Show all posts

Monday, 23 July 2012

11 Cara Didik Anak Dalam Islam


Salam sayang pada uols yang manis, yang hensem tu.. 
Senyumla sket..lagi tambah comel tau!! Senyum tu kan sedekah..
Korang ada anak tak? @ akan ada anak?  @ baru nak berkira- kira untuk ada anak??  @pun belum jumpa lagi teman hidup?
Walau apapun kategori "korunk"(hihihi..sekali sekala guna bahasa budak2 skunk!) tak kisah la.. yang pastinya, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya nak kongsi cara mendidik anak.

Urmm..cakap pasal anak @ cahayamata ni, saya ada sorang kawan yang bakal lahirkan dua orang anak kembar..seronoknya!! Tahniah kat kawan saya, Meen yang comel tu & suaminya encik Azhar :)


Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih.. kitalah (ibubapa) yang mencorakkannya. Betul tak? Oleh itu, ibubapa harus menitikberatkan cara mendidik yang betul. Jom sama- sama kita praktikkan.. bukan untuk anak sahaja, juga untuk kita..


1. Didiklah anak  agar makan dengan tangan kanan, membaca basmalah, mulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua). Kemudian elakkan  ia dari memandang makanan dan orang yang sedang makan. Elakkan jeling menjeling makanan orang lain ..akan menimbulkan ketidakselesaan .

2. Didiklah anak  agar tidak tergesa-gesa dalam makan.  Mengunyah dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Dengan kata lain gelojoh!!  Ishk,tak elok kan? 

3. Didiklah anak  agar  tidak bermewah-mewah dalam makan. Juga diajari agar tidak terlalu banyak makan dan berilah  pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, iaitu hanya mementingkan perut saja.

4.  Didiklah anak  agar  mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak sahaja.

5.  Didiklah anak  agar rasa cinta untuk membaca al Qur’an dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur’an dengan tafsirnya, hadits-hadits Nabi n dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah orang-orang soleh dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar sentiasa mencintai dan meneladani mereka

6.  Didiklah anak  agar  melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia jangan segan-segan memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagiakannya. Jika suatu kali melakukan kesalahan, jangan disebarkan di hadapan orang lain sambil dinasihati bahawa apa yang dilakukannya tidak baik.

7.  Jika ia mengulangi perbuatan buruk itu, maka hendaknya dimarahi di tempat yang terpisah dan tunjukkan tingkat kesalahannya. Katakan kepadanya jika terus melakukan itu, maka orang-orang akan membenci dan meremehkannya. Namun jangan terlalu sering atau mudah memarahi, sebab yang demikian akan menjadikannya kebal dan tidak terpengaruh lagi dengan kemarahan.

8.  Didiklah anak  dalam berkomunikasi.

9.  Didiklah anak  agar  tidak membanggakan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanannya di hadapan teman sepermainan. Biasakan ia ber-sikap tawadhu’, lemah lembut dan menghormati temannya.

10. Didiklah anak  agar  anak telah mencapai usia tujuh tahun  diperintahkan untuk solat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci (wudhu) sebelumnya. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah baligh, maka bebankan kepadanya perintah-perintah.

11. Didiklah anak  agar   bersikap taat kepada orang tua, guru  dan secara umum kepada yang usianya lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat.


Insyaallah, cuba dipraktikkan..semoga segala usaha kita akan diberkati olehnya.

Wallahu a’lam.

Friday, 20 July 2012

Fadhilat Solat Tarawih



Salam Ramadhan semua..
Syukur alhamdulillah..kita masih berkesempatan mengerjakan ibadah puasa untuk tahun ini. Ibadah yang diwajibkan keatas umat Islam di muka bumi ini. 

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( Al-Baqarah : 183 ).


"Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), kerana itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa... " ( Al-Baqarah: 185).

" Telah bersabda Rasulullah saw. : Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah, dan mengakui sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah. Mendirikan Solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji  ( HR.Bukhari Muslim ).



1. Pahala Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman/mukmin sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Pahala Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya .

3.Pahala Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4.Pahala Solat Tarawih Malam Keempat
Malam keempat, diberi pahala seakan-akan membaca Taurat,Injil,Zabur dan Alquran

5. Pahala Solat Tarawih Malam Kelima
Malam kelima,diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid madinah dan masjid Al-aqsa

6. Pahala Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Pahala Solat Tarawih Malam Ketujuh
Malam ketujuh, ia seakan-akan telah mengalami masa nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman


8. Pahala Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9.Pahala Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Pahala Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11.Pahala Solat Tarawih Malam Kesebelas
Seperti baru keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seumpama baru dilahirkan oleh ibunya
.
12. Pahala Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama

13. Pahala Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Pahala Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan karenanya ia tidak menghadapi hisab

15. Pahala Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16.Pahala Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Pahala Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Pahala Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Pahala Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjat orang yang beriman di dalam Syurga Firdaus.

20. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
.
27. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29.Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Pahala Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Itu sahaja..
Jom beramal.