Sunday 29 September 2013

~Weekend yg sibuk / Family Day @ Cherating Bayview Resort~



Arghhhh.. penat masih tak ilang lagi..
Minggu yg sibuk bagi cikzann dan suami. Banyak urusan yg perlu diselesaikan..

Urusan rumah, urusan anak2 & activity skolah mereka, urusan kerja suami dan family day activity diorg ..
Untuk urusan rumah @ Gambang Damai, dalam seminggu  4,5 kali kami kena berulang alik dari Luit ke Gambang. Tak jauh mana, tapi penat ler sket. 

Oleh kerana rumah masih kosong, byk nak kena kami buat.. Ongkosnya pun besar lah..huhu
Cikzann nak cepatkan juga urusan siapkan rumah kecil tiang seribu nih, maka kami decide beli perabot kat kedai  Shanghai saja.. 
Pergh... kat Shanghai ke? hihi.. 
Kedai Shanghai  Furniture tu  kat Jaya Gading Kuantan aje lah..  
_________________________________________

Minggu ni jugak kami ber'family day' di Cherating Bayview Resort dengan family2 rakan sekerja suami..
Anak2 hepi sungguh. Ye la, dah lama tak mandi kolam. Asyik2 mandi kolam plastik kat umah je.. Boringlah. 
Dapatlah juga depa tu mandi kat pantai sambil tengok abahnya memancing..

Terima kasih pada warga SK Seri Makmur atas program ini. Next time buatla lagi.. 
Cikgu cikgi nya pun mesra.. best lah!! wallah!! 

Antara foto yg sempat cikzann snap..  


dua beradik yg berlakon mesraaa..
belakang camera, periuk belanga habis terbang.. 
oh,iye ke?



eh, apasal cubit plak??





suke tengok gambar ni..


i wif cikgu SKSM..


Harapan semoga, program sebegini dapat mengeratkan lagi semangat ukhwah sesama kita..
Walaupun programnyer simple, tapi punyai 1001 pengertian.. 
Inshaa Allah!!





Saturday 28 September 2013

Khatam Al- Quran @ SKUL '13




Salam 'alaik..

Semoga kita semua dirahmati ALLAH SWT..
N3 kali ni, sekitar perjalanan Majlis Aqiqah dan Khatam Quran di sekolah anak2 cikzan..
Tahniah kat GB nya serta guru2 & kakitangan SKUL, ustaz ustazah yang telah berjaya merialisasikan majlis ini..
Bukan itu sahaja, komuniti setempat yg berganding bahu, sama2 susah senang membantu melancarkan perjalanan majlis..

 Seramai hampir 40 org murid khatam quran pada majlis ini..
2 daripadanya, my sons lah..
Congrats to my hubby..
dia lah hari2 mengajar anak2 mengaji. Tak kenal penat..
semoga mendapat berkah darinya..

Bunga telur tema hijau putih..
hijau putih?? uikkksss..
hihi. 
dah sukaaaa..wat acane!
lelah cikzann nak siapkan telur dalam sarungnya..
dawai lupa nak beli, guna benang aje..
Tu yg leceh sket tu..


Masukkan ke dlm bekas, lg senang nak agihkan..


Harith yg berbaju pepel salju tuh.. (eh, yeke tu pepel salju..mamandai je )

 Sebahagian dari mereka yg menjayakan majlis ini.
Tu diaaa Hasif.. baju pepel, berkopiah ala Hijjaz tu..

Bersama ustazah  Salina..



Sonoknya diowg.
Dapat ronda2..

 Muhammad Hasif bin Mokhtar.. 7thn,
peserta berasal dari Miri Sarawak..
hihi

Muhammad Hafiy dan AinHusna yg turut memeriahkan majlis.. (kunonnya..hihi)
Eh, tahun depan turn korang plak ek!!

Menerima hadiah daripada wakil perasmi.. YB tak dapat dtg..
Berganding bahu YDP PIBG, GB..

Debarrr da ilang.. baru Hasif leh senyum tu..
Hasif dapat hadiah lebih dari owg len..
TQ cikgu SKUL..
TQ Ustazah Eda (comel tul dia) & Ustazah Salina (ustazah yg mesraaaa sgtt!!)


Abah dan anak2..
Semoga anak2 kami membesar dengan penuh didikan dan  akhlak yg mulia..
serta dirahmati ALLAH hendaknya..
Permudahkanlah segala urusan kami membesarkan anak2 ke jalan yang diredhai Mu..
Jadikanlah mereka insan yg berguna dunia dan akhirat..

Aminnn..


Pulut Kuning Majlis Khatam Quran Harith & Hasif @ SKUL

Salam 'alaik..

Malam ni, cikzann berkesempatan mengukus pulut kuning.
Buat tak banyak.. cukup2 untuk dibawa ke sekolah anak esoknya...
Jam 12tgh malam baru siap..


Inilah rupa pulut kuning cikzann..
warnanya cantik..
keorenannn gitu..






yg nih baru nak isi dalam bekas..utk menyenangkan pengagihan skit sorang..


Bunga telur..
baru siap.. 






Semoga majlis khatam quran SKUL esok berjalan lancar..
Aminnn..




Sunday 22 September 2013

Roti Lapis Daging Berkeju


Salam 'alaik..
Cikzann datang lagi.. hari ni dengan resepi baru.
Sebenarnya dah beberapa hari dah nak update post terbaru ni.. tapi disebabkan upload pic fail, jadi baru malam ni lah dapat selesaikan problem tu.. baru le tau apesal..
owh.. gitu je ke problemnyerrr.. cis.
syukur.. blog cikzann dah kembali normal.

i sesaje nak tunjukkan resepi baru..

eh..bukan resepi baru, tapi i aje yg baru cuba..
ianya dah lama dahhhh.. (daku yg tertinggal..)

i saja cuba2 membuatnya.  Berguru dengan mr. gugel.. minta ngan pren, diowg tak kasi.. sib baik boipren cikzann, mr. gugel kasi recipi.. 

Tak susahpun. nak rajin ckit je..
kita yg buat dia. Buat je la acane pun.

Pernah merasai keenakan makanan ni, sebab tu rajin aje nak try. 

and finaly.... alhamdulillah menjadi juga.
Mendapat sambutan hangat cik hubby and his sons.. doternya dah tidur time tu!
Kitorang makan panas- panas.. meleleh cheesenya beb!!!

Oleh itu, diperkenalkan....

.. Roti Lapis Daging Berkeju... ala lasagna tapi guna bread..
nyum..nyum...nyum...
Jom layan.













Resipi : Roti Lapis Daging Berkeju

Panaskan Oven 170'c



Bahan - bahan


daging kisar ramli 4 keping

1 biji bawang besar 
4 biji bawang putih 
Mozzarella Cheese
Susu segar
3 biji telur
spaghetti sauce/blackpepper sauce
Roti secukupnya

Cara - cara :

1. Tumis bawang putih, besar.
2. Masukkan daging dan biar sampai masak. Masukkan sos pilihan korang.
3. Masukkan sayur campur  jika suka
4. Bancuh telur dengan susu.  Celupkan roti dan susun dalam loyang pembakar. Make sure dulang da    sapu majerin. Bila dah susun elok utk layer pertama, tuangkan daging tadi dan ratakan atas roti. taburkan cheese. teruskan untuk layer yg kedua. utk layer kedua tu biar cheese kat atas tu banyak. sebab nnt kalau bakar cheese tu akan serap abis kat daging. Kalau cheese sikit nnt daging layer atas tu jadi kering dek kerana panas oven tu. Bakar selama setengah jam.
Bole gak letakkan cheddar cheese..

Itu aje.

Mudahkan??

~Salam Sayang~





Sunday 8 September 2013

Dhuha

Asslamualaikum wrt..
Hye adik2 cikzann semua..
Mari sama2 berdoa..
rasa sayu sangat dengar doa ni..
Pakat2 kongsi , moga kita semua mendapat berkat dariNya.
Aminnnn.




Wednesday 4 September 2013

Soalan ramalan UPSR 2013 Tajuk:~ Melawat dusun nenek ~ hihi




             Pada  hujung minggu lepas, saya dan keluarga mengunjungi dusun buah kepunyaan nenek saya. Ianya terletak di kampung Luit, dalam daerah Maran, Pahang. Oleh kerana sekarang adalah musim buah, maka banyak pokok di dusun nenek berbuah. Antaranya buah rambutan, dokong, manggis dan durian. Bla..bla....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hihi.
Begitulah ayat2 centa masa bebudak.. Gtu le duk buat karangan, sampai penin - penin kepala duk mikirrr.
Sampai sekarang pun, masih tak  xpert kalau bab mengarang essay nih!!
Ermmm..

Moh, jenguk situasi @ my mom's orchard nih!
Heaven sungguh..

cara mengambil buah dokong yg betul..
tunjukcara oleh dua orang guru dari SK Seri Makmur..




Rezeki i.. dapat kutip sebiji doyan baru luruh!







yummy, yummy, yummy


Syukur alhamdulillah.
Rezeki emak tahun ni.
i tumpang makan saja.

Emak dah beri sepohon dokong untuk setiap anak.
so, i tak bole nak makan lebih2 melebihi kemampuan..
Hihi.