Tuesday 24 April 2012

Selamat Hari Lahir Sayang..

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Ain Husna..
Allah Selamatkan Kamu..

Hari ini, genaplah 4 tahun umur anakku, Ain Husna bt. Mokhtar, 
satu - satunya puteriku.





Ini kek yang ditempah untuk dibawa ke Tabika Kemas Kg. Luit..Seronok betul kakak, pagi ni pergi sekolah tak payah dikejutkan. Senang je bangun.. Semalam, selepas ambil kek, tetiba aje nak urut saya.. Ambil hati ummi lah tu. Tempah sebiji kek aje. Gambarnya banyak mengalahkan beli 5 biji kek.. Kihkih.















Gambar Ain Husna semasa baby..


Ain Husna & abang- abang..


Semasa baru pandai meniarap


Ini Princess Husna

Dilahirkan pada 24 April 2008 di Hospital Miri, Sarawak.
 Cahayamata ke-3 daripada 4 orang..




Selamat Hari Lahir .. 
semoga selamat dunia akhirat.. jadi anak yang solehah.. Didik wanita , terdidik generasi..Cam penah dengar jek!

dari : abah, ummi, abang, abg Hasif dan adik.

Tuesday 17 April 2012

Baucer


Siapa dapat baucer buku??
Cepat- cepat habiskan.. tarikh tutup dah nak hampir..
 sama ada ia adalah 'gula-gula' dari kerajaan,atau apapun,  tak kisahlah. Ini rezeki namanya.
 Gunakanlah untuk membeli benda- benda yang bermanfaat (bahan belajar). 
Bernilai sebanyak RM200.

 Alhamdulillah.

Seronok betul ye  dapat guna baucer tu. Lagi untung , tokeh- tokeh kedai buku.. Dah pasti students nak habiskan baucer diorang tu. Tersenyum lebar diorang.

Dalam umur yang sudah tak lagi remaja nih, saya masih lagi berpeluang memiliki baucer. Cumanya, dapat lewat sket daripada orang lain.. Apalagi, seronoklah tokeh kedai buku Hamid Bross dan Men Men kat Kuantan tuh. Cumanya, buku- buku rujukan untuk belajar tak banyak kat situ. 
So, menda lain kan banyak..pilih ajelah. 
Hik.

Jom tengok macamana saya perabihkan baucer tu. Ampun maaf lah kat yang -yang berkenaan  kalau hamba ni salah gunakan kemudahan yang diberikan..  



Buku Rujukan..jumpa tak banyak..



Inilah plak kononnya nak baik pulih kekurangan yang ada..Huuhuu..
buku setaraf Harith punya je.



Aitt..buku sape ni..



Inilah antara barang - barang yang saya terfikir nak beli.. 



Koleksi alat tulis dalam bekas pensil.. sebenarnya dah banyak, sesaja suka pula memilih barang dapat free ni. Terima kasih banyak- banyak. Bukan senang nak dapat free gini.


Orang yang meneman pun ada bahagian..  



Ni apahal pulak Baru belajar first words ke?
Hihihhi.. ni upah Hafiy temankan umi beli buku. Untuk dia takleh lupa..
Buku apple tu untuk Husna.  
 Kira halallah ye!



Terfikir nak binding membinding.. Pilih je lah



Ni kalau tak dapat 'A' tak tau lah!








Yang ni sangattttt penting weh! Alhamdulillah murahh sangatt.. suka!
Boleh la print sesuka hatiku..



Last sekali ku pilih.. sebabnya, tempatnya dekat kaunter aje. Mudah - mudahan saya dapat faedah dan mendapat berkat dari  baucer yang diberikan ini.
Aminnnn...

Sunday 15 April 2012

Sesedap Rasa Kulat Tahun




Nak ambil gambar, siap letak dalam pinggan comel.
 Sebenarnya, lagi sesuai  tempatnya dalam besen aje.. Besen- besen  mak kita tu kan banyak!





Pernah makan  tak sejenis cendawan ni.. Ia  dikenali sebagai kulat tahun.  Tapi kalau mak saya  dan ore -ore Kelate, ianya dipanggil kulat pusu. Pusu bermakna busut. Busut pula bermakna apa ye? Kalau masih tak tahu juga, buka kamus lah..  Eee.. jangan marah. Busut tu , macam bukit , tapi lebih kecil..   Ala..yang anai - anai suka berkampung tu lah..  kalau orang kampung mesti tahu punya. Len lah orang Key Ell yang tak penah pegi kampung. Mungkin lah dia tak tahu..


Berbalik cerita kulat tahun ni..rupanya comel..warnanya putih..Rasanya? Pergh.. sedap sehingga ke titisan kuah yang terakhir.. 

Difahamkan, kulat tahun ni, tumbuh tak lama. Bila dah dua tiga hari, takde orang yang mengutipnya, maka, buruklah ia .. Ada orang suka yang kembang, ada plak suka  yang tak kembang.   Ikut suka memasing lah ye , nak yang kembang ke tak, kan?  Selalunya, ia akan tumbuh ditempat yang sama setiap tahun. Tapi, memang betullah.. Saya pernah berpengalaman kutip kulat tahun ni.. Best sangat.. menjerit sakan sebab seronok.. Ahaa... memang over sket bab- bab gini.


yang ni dah dibersihkan. Tunggu nak masak..
gambar yang tunggu nak ngappp..takde la.. biar kecur air liur..



yang ni, dalam proses menyiang.. sebab tu lah, keadaannya agak meriah..




Rupa kulat yang belum mekar.. tapi lagi comel kalau batangnya tak putus..


Kekadang satu busut tu, boleh dapat seguni kulat ni. Memang banyak, terutamanya kalau tempat tu subur. Bagi yang rajin tu.. diorang pergi jual dengan harga paling murah pun RM2 seikat. Tapi, seikat tu mungkin adalah 5 jambak jerk. Harganya boleh tahan, cuma kalau murah tu mungkinla sebab diorang takut kulat tu rosak.. Dari nak untung, kalau rosak,  apa yang dapat..

Cara masakan? Sedap digoreng dan juga  dibuat sup .  Boleh masak yang sesimple gitu sahaja.. tapi tetap menghasilkan masakan yang sedap sangat. Fuh! Puji melambung- lambung ..  Rasa manis kulat memang terasa.. Lazat jugak kalau campur dengan pucuk gemungai (ni dalam loghat Kelate)  tak tahu lah ore luar panggil apa. Pucuk cekak manis pun baleh digunakan.  Rugilah orang yang tak pernah mencubanya. Kalau nak tahu,  menurut kata orang, kulat ni hanya tumbuh sekali setahun aje. Sebab itulah ia digelar kulat tahun.

Thursday 12 April 2012

Selamat Hari Lahir Muhammad Hasif (6)

Selamat menyambut hari kelahiran, buat anakku Muhammad Hasif bin Mokhtar..
 yang lahir pada  10 April 2006.
 Tarikh bulan Islam pada hari itu ialah 12 Rabiulawal.. Dilahirkan di Hospital Miri , Sarawak.





 Dua biji kek ditempah untuk Hasif bawa ke Prasekolah dia.. Gembira betul dia dapat kek Angry Birds.. Cumanya, dia nak sangat Angry Birds Bom.. yang mana tu..katanya yang hitam.. takde stok la Sif.. 


Taraaa... Ini plak kek untuk Harith (12 Feb) dan Hafiy (19 Feb) Tuari tak dapat tempah.. Chef keknyer beranak.. jadi postpone jek bulan April. Yang ni untuk makan - makan kat rumah..
24 April ni..ada lagi sorang.. hari - hari dok tanya kek dia.. Si kakak.. Ntahla dia nak kek apa nanti tu..




2 biji kek ni bawa ke sekolah. Terima kasih kat cikgu- cikgu..    Cikgu Fazirah, Cikgu As, Cikgu Azah..and Cikgu Kama..  yang tolong ambilkan gambar dan raikan hari jadi Hasif yang tak seberapa.



Inilah Muhammad Hasif.. yang lahir di Miri Sarawak tu..
Dia mengadu, katanya, dia bercita -cita nak jadi pilot, tapi cikgu tulis nak jadi Doktor..





Hasif dan kawan- kawan



Dah 6 tahun rupanya dia. Semoga Allah memberkati hidupmu ya sayang..  Ummi mendoakan, semoga Hasif membesar menjadi manusia yang terdidik dan berakhlak mulia..

Friday 6 April 2012

Nak Hebat Cam AzizulHasni Awang???



Hebat benar bunyi tajuk kat atas tu. .. 
Baru jer berbasikal  4 hari...  boleh ke sehebat dia.. Tak  sesuai  langsung tajuk itu kan????  


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
Dah lama rasa nak berbasikal.. Cumanya tak ada peluang.. Berbasikal ni salah satu sukan yang sangat bagus...Dapat mengeluarkan peluh.. sekurang- kurangnya ada juga aktiviti menyihatkan yang boleh saya buat. Nak berjogging sorang -sorang  segan la pula..  

Idea nak berbasikal ni datang semasa harijadi  Harith.. Belikan dia basikal baru.. basikal lama masih elok, cumanya... tak sesuai dengan fizikal dia yang dah memanjang tu.. Nampak kaki je bila mengayuh basikal ( tingginya anakku yang sorang tu)





Masa pilih- pilih, nampaklah basikal yang saya suka..(amboi..pilihkan basikal anak, nampak basikal sendiri plak!) basikal yang ada tempat duduk belakang (senang nak gendong anak). ibu mithali bukannn?  Awas ye..jika  bawa anak.  Jangan bawa anak kecil. Walaupun 4 tahun.. bahaya..takut tersangkut kakinya.   Kalau  tak kena , kita tak tahu..  hati-hati..  (sebab dah kena la saya beri ingatan ni...huaaa....saya kena bebel kat suami..) sib baik takde apa -apa kat Husna . Cuma seliparnya yang terkena kat tayar... 

Kemana kitorang ronda?? kat sekitar kampung .. Bessst tau. Ambil angin petang.. Walaupun jalan tak sibuk, tapi kena hati -hati.. budak -budak  bawa motor dengan laju..
Saya tak ada kawan nak naik basikal pada setiap petang, jadi dua anak lelaki saya terpaksa menemani saya. Kekadang segan jugalah..saya sorang aje yang naik basikal, sedangkan yang lain budak- budak kecil yang memenuhi kampung dengan basikal masing- masing. Ada juga yang nak berlumba dengan saya..
Amboi budak ni !! 

Ingat ye,
keselamatan mesti  diutamakan. Pastikan anak-anak  kita sentiasa berbasikal dengan betul. Berikan tunjuk ajar kepada mereka ..  ( cehhh...macam  cikgu BM  mengajar bab keselamatan jalan raya..)   Hati-hati  okeh....