Showing posts with label pau. Show all posts
Showing posts with label pau. Show all posts

Thursday, 17 April 2014

Roti Goreng


Assalamualaikum wrt..



Roti goreng..roti goreng... 3 siya.. 3 siya.. haha.
Pestaim menggoreng roti goreng ni. Makanan yg sering cikzann jumpa di Kelantan. selain Kelantan, cikzann rasa kuih ini dipanggil pau goreng. Ore Ganu panggil apa ye? mungkin roti goreng jugak kot. Daripada pengamatan cikzann, ada beza dari segi bentuk antara roti goreng Kelantan dengan pau goreng luar Kelantan yg lebih bulat/ kembang.

Biasanya roti dileperkan/penyek sebelum digoreng (versi Kelantan), dan ianya berintikan kacang.. .  cikzann guna inti kacang merah yg dibeli siap. Baki buat pau kukus tempohari. Digoreng dengan api yg kecil, sehingga kekuningan. Makan panas2 lagi sedap. 


 Resepi roti goreng



1 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan bancuh dengan 1 cawan air 
4 sudu majerin
1 sudu besar soda bikarbonat dan 1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air)
1 cawan gula
Air secukupnya 
Inti kacang merah

Cara :
1.    Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Biarkan doh naik 2 kali ganda. Uli/tumbuk  sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
2.    Masukkan inti kacang merah ke dalam doh, tekan hingga leper. 
3.    Goreng hingga kekuningan dengan api yg perlahan.

cikzann goreng hanya separuh masak, dan simpan dalam peti sejuk untuk goreng keesokan harinya.. 
jadi, takdelah pening memikirkan sarapan pagi lagi.. Bagi cikzann, stok tepung gandum, mauripan amat penting ada di dapur setiap rumah.. paling tidak pun, para ibu boleh siapkan cucur / jemput  atau donat untuk hidangan pagi  famili memasing..

Ha, esok lak..sarapan ape..
nasi goreng je ke.. 

Hehe.

Friday, 21 March 2014

Pau Part2



Semalam sekali lagi mengukus pau, setelah begitu terliur melihat kegebuan pau dalam blog myresipi.. percubaan demi percubaan untuk mencari kepuasan mendapatkan pau yg lebih gebu.. seperti pau di kedai2.. juga seperti pau nyonya tu..
Hasilnya.. amat memberangsangkan. pau yg gebu sampai keesokan pagi terlaksana jua.. tak perlu mengukus lagi.. kecualilah jika inginkan yg panas2. 


Alhamdulillah.
Beginilah kejadiannya.




menggunakan inti siap.. yg dibeli.. mungkin lain kali, cikzann perlu mencuba inti lain pula..


cikzann sifatkannya sebagai percubaan terbaik setakat ini dlm pembikinan pau..yeaahhh, yg ni adalah terbaik dari yg sebelum ini..

Ha. ternganga dah pau tu.. yg ni, perlu dimakan segera..

mulakan projek pau dah lewat malam.. sekejap rasa nak mengepau.. sekejap rasa malasnya.. last, cikzann merajinkan diri. siap pukul 12tgh malam, mulalah rasa kesunyian berseorangan di dapur (anak2 dah tidur.. ) 
Apapun.. inilah kejadian semalam.

Selamat bercuti.. cuti sekolah seminggu dah bermula.. ke mana nak bawa anak2 sempena cuti sekolah mereka? semestinya, balik kg..



Monday, 3 February 2014

Pau kacang merah ~cikzann~





Salam.


Dah bagitau tuari.. cikzann nak tempekkan resepi  pau yang gebu ni.. wpun tak berapa nak putih warnanya. Resepinya dapat dari SIL @ Pn.  Rudhiah Ab Ghani/Pengkalan Chepa.. mekasih bebanyak, tuan empunya resepi kerana menceriakan hari2 cikzann anak beranak. 
Pau kukus ni kegemaran anak jate cikzann yg sulung.. sukeee sangat la dia dengan pau ni.. penah dulu cikzann goreng.. tapi dia tak berapa berminat. Siap pesan lagi, kalau ummi buat pau, abang taknak yg goreng.. sambil menjenguk2 cikzann di dapur. Ikut je la. Anak2 cikzann cerewet la sikit bab makanan ni. Tu yg semuanya tak berapa nak besar.. banyak tulang aje yg nampak.
Oke. Jom buat pau.

Pau Gebu dan Lembut



Bahan A
1kg tepung pau
1/2 cwn minyak
3sdb pelembut pau
(semua di gaul jadi sperti serbuk roti)

Bahan B
2 gelas air
4sdb gula
secubit garam
1 peket mauripan
(bancuh)

Campur kedua2 bahan2.
Isi inti, dan rehatkan 20min.
Kukus 15minit.


Daa siap uli..



buat bulat kecil2..ikut saiz yg dikehendaki..



tak berapa nak sama besar la pulakkkk..
hasil kerja AinHusna.. anak dara cikzann yg masih prasekolah tu..
cikzann suka inti kacang merah yg banyakkk.

haaaaa.. dah masak..
terliur tak??..


cubalah ye.
Insha Allah, menjadi la nanti.




Nota:
Air perlu lah betul betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ada pengukus).


Salam Mesra..
~cikzann~