Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Sunday, 22 September 2013

Roti Lapis Daging Berkeju


Salam 'alaik..
Cikzann datang lagi.. hari ni dengan resepi baru.
Sebenarnya dah beberapa hari dah nak update post terbaru ni.. tapi disebabkan upload pic fail, jadi baru malam ni lah dapat selesaikan problem tu.. baru le tau apesal..
owh.. gitu je ke problemnyerrr.. cis.
syukur.. blog cikzann dah kembali normal.

i sesaje nak tunjukkan resepi baru..

eh..bukan resepi baru, tapi i aje yg baru cuba..
ianya dah lama dahhhh.. (daku yg tertinggal..)

i saja cuba2 membuatnya.  Berguru dengan mr. gugel.. minta ngan pren, diowg tak kasi.. sib baik boipren cikzann, mr. gugel kasi recipi.. 

Tak susahpun. nak rajin ckit je..
kita yg buat dia. Buat je la acane pun.

Pernah merasai keenakan makanan ni, sebab tu rajin aje nak try. 

and finaly.... alhamdulillah menjadi juga.
Mendapat sambutan hangat cik hubby and his sons.. doternya dah tidur time tu!
Kitorang makan panas- panas.. meleleh cheesenya beb!!!

Oleh itu, diperkenalkan....

.. Roti Lapis Daging Berkeju... ala lasagna tapi guna bread..
nyum..nyum...nyum...
Jom layan.













Resipi : Roti Lapis Daging Berkeju

Panaskan Oven 170'c



Bahan - bahan


daging kisar ramli 4 keping

1 biji bawang besar 
4 biji bawang putih 
Mozzarella Cheese
Susu segar
3 biji telur
spaghetti sauce/blackpepper sauce
Roti secukupnya

Cara - cara :

1. Tumis bawang putih, besar.
2. Masukkan daging dan biar sampai masak. Masukkan sos pilihan korang.
3. Masukkan sayur campur  jika suka
4. Bancuh telur dengan susu.  Celupkan roti dan susun dalam loyang pembakar. Make sure dulang da    sapu majerin. Bila dah susun elok utk layer pertama, tuangkan daging tadi dan ratakan atas roti. taburkan cheese. teruskan untuk layer yg kedua. utk layer kedua tu biar cheese kat atas tu banyak. sebab nnt kalau bakar cheese tu akan serap abis kat daging. Kalau cheese sikit nnt daging layer atas tu jadi kering dek kerana panas oven tu. Bakar selama setengah jam.
Bole gak letakkan cheddar cheese..

Itu aje.

Mudahkan??

~Salam Sayang~





Monday, 9 July 2012

Roti Bergulung Sosej



Roti gulung sosej

Tara..ni dia resepi kita kali ni..






Sarapan dua tiga hari lepas..serta dijadikan bekalan untuk suami. Dah mulakan projek gulung- menggulung pada sebelah malamnya.. bukan apa, walaupun ia tak susah, tapi  agak banyak proses/benda nak kena buat..


Ia makan masa jugalah untuk orang yang bekerja. Maklumlah..pepagi hari, dah sibuk bersiap.


Ni resepi yang saya dapat dari Kak Jue (rakan seKirkby..KIC). Dia bawa bekal roti ni  ke kelas  tuari.. Memang best!!  Sekejap jer habiss.. Makanan free memang le bestkan? Hihihi..betul tak kak Jue?


Terus minta resepi.. Dah banyak kali buat.. Anak- anak suka sangat.. Sesuai dibuat sebagai sarapan pagi, minum petang..

Terima kasih kak Jue..

Kita share resepi ni yek..




ROTI BERGULUNG SOSEJ
Sumber :Kak Jue (KIC)

Bahan-bahan 

# Roti sandwich ikut suka jenama apa..gardenia ke, high5 ke..

(nak buang kulit tepi boleh, taknak pun ok..saya tak buang ponggg..)
# sosej ayam @ daging
# 1 biji telur - dipukul sedikit
# secubit garam
# sedikit serbuk lada sulah
# breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
# minyak untuk menggoreng


Cara-cara


1. Gelek roti hingga nipis/leper

2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan dengan kemas. (ada juga yang rebus dulu sosej untuk memastikan sosej tak mentah.
3. Gam kan roti tadi supaya tak terbuka.. gunalah gam gajah ke, gam uhu ke.. hihihihi..jangan buat, jangan buat...
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salutkan denga roti yg telah  dicelupkan dgn telur ke dlm breadcrumbs itu tadi..
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7.Angkat dan toskan..Insyaallah, minyak yang melekat tak banyak disebabkan roti yang dah di lenyek tadi.
Siap untuk dihidangkan..



*Boleh buat banyak2 dan simpan dalam esbok.. nak makan nanti gorengla..jangan pulak lupa nak goreng..


Selamat mencuba ye adik kakak semua..