Wednesday 29 January 2014

Kuih Sagu aka Beronok




Badan rasa penat betul. tapi, otak duk memikir nak makan apa untuk sarapan sok. cikzan takle kisahkan diri cikzann ni sangat, tapi anak2 yg 4 dan suami yg sorang tu le.. and.. emak cikzann yg kat rumah tu.. ada makanan, senang rasa hati..
Kalau cikzann masak pagi hari tu, adala rezeki anak bila balik sekolah dengan perut lapar. Nak tunggu cikzann balik keje, paling kurang anak dapat makan jam 3 petang.. kesian juga mereka.. nak harapkan makanan kat kantin sekolah, taktaula pula apa yg dibeli. Bawa bekal?? kadang2, ikut mood diorang je.

Kuih sagu aka beronok.. dah sinonim dengan warna merah @ hijau..

Kacau dalam kuali besar.. nak lagi cepat, masuk je terus air panas.

Pagi esok, cadangnya nak goreng nasi.. so, kenalah cikzann tanak nasi..
Selain tu, nak buat kuih yg mudah2 je. Biji sagu dah ada.. kelapa parut baru dibeli, diletak dalam peti.. Hurmm. apalagi..buat kuih sagu @ beronok jelah malam ni.. mudah dan cepat. Sesuai dengan kondisi badan yg keletihan.  


cikzann sejukkan dalam loyang 4 segi..
ambil guna sudu..



Resepi Kuih Sagu /beronok

1 cawan biji sagu mata ikan.
3 cwn air
3/4 gula
Sehelai daun pandan
Pewarna merah @ hijau
Kelapa tdk terlalu tua- parut /gaul sdikit garam


Cara:
1. Campurkan biji sagu, air, daun pandan. Masukkan dalam kuali. 
Masak biar sehingga kembang, tidak putih.
2. Masukkan pewarna, gula.
Tunggu sebentar . Buang daun pandan.
Sejukkan.
Biasanya buat waktu malam, leh makan esok pagi.

Gaul dgan kelapa parut.
Jika agak lembik, gunakan sudu. Gaul dalam kelapa parut agar tidak lg melekat di tangan.

Cantik juga lah warnanya


Taraaa.. dah siap. 
Kuih dalam kategori mudah, tapi sedap!! Yang belum cuba, cubalah sekarang.. bahan pun tak banyak.. Yang dah cuba, kita cari resepi lain la plak ye.. 
Next n3, cikzann ada masak pau kukus yang sangat lembut.. memang sedappp. cuma tak berapa putih cam pau nyonya tu.. cikzann nak yg putih mulus ..  nanti cuba guna tepung lain pulak.. suka buat pau, si Harith suka makan.

Kuih keria, kuih kaswi, apam mekar yg tak berapa nak mekar pun dah cikzann cuba.. gambar2 pun ada dalam simpanan.. Insha Allah lain kali...

Salam Mesra..






Monday 27 January 2014

Jambu???




Hafiy sibongsu cikzann dah mula bersekolah tahun ni.. pada 19 Februari ni, genaplah umonya 4 tahun.. berguru dengan cikgu cikzann zaman tabika juga.. cikgu Aminah..skang ajar anak2 cikzann gak.. Terima kasih cikgu..

Hafiy ni manja sket.. mentang2lah anak paling kecil. Nak mengaku bongsu..eeee, cam boleh jek beranak lg nihh..hehe.


Satu hari, balik dari sekolah.. Hafiy tanya, "Ummi tahu tak jambu tu apa?"

Cikzann sonok bila dia tanya.. bagusnya, almaklumlah budak dah sekolah.. ni salah satu proses pembelajarannya lah ni detik hati.

"Jambu tu sejenis buah.. sedap rasanya", jawab cikzann..

"Bukanlah ummi..... jambu tu dalam Maharaja Lawak yg semalam  tu.."
???
Hish.. budak ni. Mraja Lawak jugak yg dia ingat..  
Kuatnya pengaruh tv kat budak2 kan???


Friday 24 January 2014

Karipap Pusing


Assalamualaikum wrt..
Tak pernah terfikir yang suatu hari nanti cikzann mampu buat karipap pusing yg kira boleh tahan le di mata cikzann. sebabnya, rasa macam susah je cara buat karipap ni.. cikzann penah la give up dan dah rasa takmo lagi dah buat karipap.. rasa susah sgt masa tu.. percubaan dedulu sangat mengecewakan. masa tu cikzann buat karipap yg tak berpusing.. itupun fail. Cakap dalam ati.. 'takmo buat dah..takmo buat dah....'.

Tup2... perasaan nak buat karipap menjelma semula, bila cikzann menjengah satu blog.. aiiiii dah lupa la plak blog sape.. tapi sangat le berkesan.. nanti kalau cikzann jumpa blog tu, cikzann  beri penghargaan.. tq ye.
tapi, karipap cikzann wat takle setanding dengan karipap sifu tu yg memang mabeles..




BAHAN A

200gm tepung gandum
100gm shortening
secubit garam

BAHAN B
400gm tepung gandum
200gm air
secubit garam


Cara membuatnya???
ala..kena ada gambar.. baru leh jadi kan?

TQ ye puan Hanieliza ...



Rasa puas ati kannn bila dapat jamu makanan hasil tangan kita sendiri.. tambah lagi untuk famili kita.. dapat makan karipap panas2 kan sedap..ditambah dengan secawan teh @ kopi panas di petang hari.. urmm..





Thursday 23 January 2014

Kuih Cara Manis





Assalamualaikum rakan semua..
ada peminat kuih cara manis tak? 
mesti ada yang da terror membikinnya.. cikzann baru cuba buat tuari.. saja cuba resepi baru. mana tau kalau2 anak2 dan somi suka.. ermmm, deorang bese2 je. 

Bila bese2 je, bukan bermakna yg kuih cara cikzann tak jadi tau! dah memang, anak2 agak cerewet dalam memilih makanan.. dan kadang- kadang memang langsung takmo cuba. uminya saja yg syiooookkk sendiri memasak bagai. 

Hubby lak.. bukan jenis kuat makan kueh2 ni.. kecualilah, yg dia suka.. terutamanya kuih muih tradisional dari negeri kelahirannya lah!

Ok. takpelah. biar cikzann je yg makannya!! buat sebakul.. leh edar2kan kat mak sket, kat anak2 sedara sket.. dapat gak pahala ..urmm.

Dah rasa cam belog masakan la plak sejak tahun 2014 nih. Dah tukar tema ke.. hihi.

Uolls,

Resepi kuih cara, cikzann google aje. Dah jumpa yg cikzann rasa boleh dipercayai tulah yg dicuba. Alhamdulillah, tak mengecewakan. Dan memang mudah..
ni acuannya.. cikzann beli dah lama..hubby sesuka ati simpan dalam setor, sampai cikzann lupa nak cuba resepi ni.







Pengalaman buat kue ni, memang best. Sonok lak, tuang2, isi gula, angkat.. tak  terkejar dek  tangan kalau sorang2, and, memang cikzann sorang2. Harith ada gak jenguk, tapi bukan tukang bantu.. tukang sibuk aje dia tu.

Resepi Kuih Cara Manis








Bahan-bahan ( 20 biji )

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu kecil pewarna hijau / pandan
1/3 sudu kecil garam
Air jika pekat
Gula 

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali gula. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika adunan berketul dan nampak pekat. Kacau hingga sebati. Tapis jika masih berketul.
2. Kemudian, panaskan acuan atas api kecil. Sapukan minyak pada acuan menggunakan berus. Pastikan api kecil. 
3. Apabila acuan dah panas, tuangkan bancuhan..jgn penuh. 
Kemudian letak 1/3 sudu kecil gula atas stp satu acuan tadi.
Tutup acuan dengan tudung periuk hingga masak. 
Selamat mencuba.





Wednesday 22 January 2014

Donut coklat anak- anak..

Assalam..


Ni adalah entry kedua cikzann tentang donut.
Alhamdulillah. Bila dah biasa membuatnya, terasa amatlah senang.. 
cikzann selalu buat, untuk dibawa suami ke surau..orang tak ramai ke situ.. so, buat setengah kg tepung pun amatlah mencukupi.. dapatlah kira- kira 25 biji donut.. bergantung kepada besar @ kecil sebiji ..
sampai naik muak jemaah  Surau Subuh Kg Luit makan kuih ni.. ( mgkin dalam ati diorang, donut je ke cikzann  ni pandai buat..huhu)

Petang tadi.. buat lagi..
tapi, hanya separuh sahaja dibawa ke surau. separuh lagi.. cikzann mencoklatkannya..





bukan main hepi anak2 cikzann. tambah lagi, bilamana cikzann minta mereka deco sendiri coklat atas donut memasing..dengan bimbingan!!
ofkoslah!! tanpa bimbingan, entahla  jadi apa.. anak2 cikzann bukannya budak besar..
masih hingusan lagi.. darjah 3, darjah 2, prasekolah dan yg kecik 4 thn tu, tabika. Memang buat rumah gamat sokmo. 



Ada lagi entry yang sedang menanti.. cuma masa aje yang tak mengizinkan.. ada beberapa resepi kuih yg cikzann daa buat dalam tahun 2014 ni.. ntahlah, nape tetiba je macam rajin menguihkan tepung2  yg ada dirumah.. buang tebiat ke.. atau sebab dah makin berumur ke skang nii.. atau memang azam baru di awal2 tahun ni... hihi.

Apapun... tu kira sesuatu yg positif le kann?

Haha.
Apapun, nantikan resepi dan gambar kuih cara gula dan karipap pusing, cubaan kali pertama cikzann.  Ada juga buat puding layer oreo..tapi, gambar yg ni tak sempat ambik.

Pandai ke? Hah, korang tengoklah nanti..
Skang netbook cikzann sedang dibaiki.. payah le sket nak berbelog. Sib baik, ihsan lappy hubby.. curi2 guna masa dia gi surau..heheh.