Wednesday 29 August 2012

Salam Aidilfitri






Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya  aidilfitri buat uols..
Meriahnya aidilfitri kan?


Kenang- kenangan beraya bersama biras..di rumah keluarga suami di Kg.Lapang Pari, Pengkalan Chepa.
Raya ke3 ,berposing sebelum ke rumah terbuka kakak ipar di Redland..(Ce teka, ce teka kat mana tu..hehe..)






Ini plop, kat umahku syurgaku..raya ke4..Kg.Luit, Maran, Pahang..
Posing sebelum jejalan raya kat kampung ni pula.. 
Walau dah hari raya ke4, kami buat-buat le meriah sendiri... malam tu siap men bunga api..



Dengan Hasif..yang berlakon buat-buat nak amek kuih raya..
Pandai berlakon ekk..


Abah pun nak posing ngan anak-anak..
Tapi tak cukup sorang lagi..
Si kecik Hafiy.




Gambar kami sekeluarga di hari raya ke5..
 Payahnya bebudak comel ni nak senyum..





Rumah pertama kami setelah balik ke Pahang..
Comel isteri tuan rumah ni kannn..



Bersama antara tetamu yang hadir beraya..
Alhamdulillah..meriah juga hari raya ke5 kami..
Menu raya hari tu..roti jala..menu istimewa dipelajari dari kakak2 ipar yang tak jemu-jemu beri tunjuk ajar..
Sampaikan cara men"jala" roti pun diajar dengan teliti..
Insyaallah, roti jala cantik akan terhasil..
Bukan yang sedebuk, macam telur goreng dadar tuh!
Hahaha..
Thx kak Pasir Pekan & kak Je..


Setakat inilah dulu..
Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan andai ada salah dan silap.
..Salam aidilfitri dari kami sekeluarga..







Monday 27 August 2012

ALMOND LONDON--mood raya






Taraa.. ini almond london sy.. 
Biskut raya kedua yang dihasilkan untuk raya tahun ni..
Syukur alhamdulillah, anak2 ringan tulang untuk membantu.



Proses @ kerja- kerja menyusun  biskut di dalam cup.
Gambar- Husna sedang asyik bekerja..seorang pekerja yang sangat cermat & teliti..


Asyiknyer dia..
Nasib baik ada pembantu.. 300 biji almond london untuk disiapkan, boleh tahan letihnya..




Semuanya berjalan lancar..


Yang tak berbaju pun sibuk nak membantu..




3 orang pembantu saya yang setia..


Beginilah rupanya sebelum coklat dicurahkan..






Inilah dia hasilnya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua..









Friday 24 August 2012

Tart Gulung Blueberry Bicara Izanne





Masih dalam mood raya..
Ni kisah suka duka..semasa membakar biskut raya tuari..

Biskut pertama membuka mood raya saya tahun ni...biskut tart gulung blueberry.. best wooo..
Hah.. perasan betul!

Resepinya lebih kurang sama dengan tart gulung nanas, cuma beza tang intinya dan cara hiasan pada biskut. Intinya masih menggunakan jem nanas tapi mempunyai perisa blueberry..ada dijual dikedai2 peralatan membuat kek.. manakala hiasan menggunakan white chocolate.. 
Oleh kerana ini adalah 1st time buat, makanya..rupa beskut saya ni taklah secantik beskut yang dijual..tapi..saya tetap bangga!! ini hasil titik peluh saya..
wahhh!

Eh, kalau korang nak resepi tuh google jek kat sini. Mesti okeh punyer!

Ini dia inti yang telah digentel dibantu oleh Harith & Husna.. Memang boleh diharap! Thx bantu ummi..





Ha..tu diaaaa...Proses membakar..


Beginilah caranya.. 


Biskut yang siap digulung..sedia untuk dibakar..


Yang ini siap dihias dengan white chocolate..


Urmmm..best!
Jomla cuba buat..orang perempuan, jangan asyik tunjuk aje..kena cuba buat sendiri kuih raya.. baru bermakna raya anda tu..
Suami & anak2pun nak rasa kuih/beskut orang kesayangan mereka yang buatkan..


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..