Saturday 19 October 2013

Tart Sekundang versi cikzann


Assalamualaikum wrt..

Aidil adha baru je berlalu..
Tahniahla kepada sesiapa yg mampu melakukan ibadah korban pada tahun ini..
semoga segala keikhlasan dalam ibadah yg kita lakukan ini akan diredhai oleh ALLAH swt.. Aminnn..


Ibadah Korban @Surau Subuh Kg Luit,Maran,Pahang.

Nak story sket.. pasal biskut raya haji tuari..
cikzann telah merajinkan diri buat biskut.. walaupun, bezkut2 ni, sinonim ngan raya puasa.. (raya haji, selalunya orang masak makanan berat2 jer..) tapi atas keterujaan nak sgt makan  biskut idaman..cikzan mesti buat!!
Sementelahan, oven dah depan mata, sebelum ianya disimpan cik hubby dalam setor..

Sehari sebelum raya..
cikzann menyibukkan diri di dapur.. barulah terkial2, terkinja2 (opps bahasa apakah ini) nak beli barang utk masak hari raya..
Ntah apa tah!!
Pastu mulalah nak cemas, takut barang kat kedai abes..
Tapi, alhamdulillah..semua bahan yg nak, ada lagi..

Cikzann menyiapkan projek bezkut ni dgn doter cikzann. Memang rajin betui dia.. rasa berbaloi2 la cikzann ada gegurl cam dia.. mintak2 lah rajin sampai ke besar..hehe


Bezkut tart sekundang ni, dibuat lepas rakan cikzann, kak Ros jamukan kitorg. Memang sedapla.. Bebudak skang cakap, sedap gilerrr.
Puas dah makan yg bergulung2.. cikzann nak terai lak yg berbungkus nih..
Resepinya sama je dengan tart gulung..cuma cara bentukkannya lain..
cikzann memandai sendiri je pi gunting bucu2 tu.. cara sebenar tidak ku ketahui..
tapi bila da siap, ada la gak rupa tart sekundang..
Kira ok la..
Betoi takkk???



Suka benar nak snap gambar dalam oven..



Tu diaaaa..
Dah puas makan yg gulung..
Now, yg berbalut lakk.

Sedap tau..
Cuba lah.





Sunday 13 October 2013

Husna Guest House Gambang ~ Now, open for booking!!

Assalam readers semua..
Korang dalam mode raya kannn? ye la tu..
entry kali ni bukan pasai raya tau.. lepas raya nanti kita cite.

Ala..

Hari ni, cikzann just nak gtau korang semua.. tentang  Husna Guest House kepunyaan kami. Ia dah boleh di booking sekarang.. Tempahan untuk tarikh mulai bulan November 2013. Bukan sekarang.. sebabnya rumah belum hias ngan munge2, installer astro lum datang and ada skit je lagi keje gantung frame belum buat.

Tempahan tarikh tu, sesuailah, dengan waktu cuti yg bakal nak kunjung tiba tak lama lagi.. suke la tu, dah nak cuti sekolah..

Homestay Husna ( sempena nama gegurl cikzann) ni berada kat Taman Gambang Damai. Taman perumahan berdepan dengan Gambang Waterpark.. 





Kat sini banyak homestay.

So, pengunjung senang aje nak dapatkan tempat penginapan mereka.. cuma nak ingatkan, kadangkala tanpa tempahan awal, mungkin akan memeningkan kepala anda  le nanti.

Kenapa korang akan tertawan dengan Homestay Husna??

Hihi.
Inshaa Allah korang akan selesa..
Boleh memuatkan seramai 6 orang dewasa. Kalau lebih dah tentulah akan jadi kurang selesa  la kan?? 
Korang boleh tido lena.. tido ala hotel tau.. 
tilam sangat empukkk.. and yg nak hanimun pun bleh  hekhekhek..
Tapi cikzann nak ingatkan.. kalau lain jantina tu, mesti yg muhrim ye.. hihi.
Ala, korang pun tau kannn..
and, satu lagi... muslim sahaja.. (demi menjaga sensitivi umat Islam)
Cikzann ada sediakan kain pelikat, dan sejadah..
Moga korang semua jadi orang yg berimannn.. Syukurlah.. sejuk perut mak ayah..









Nak tido depan tv kat ruang tamu sambil nonton tv pun boleh.. tapi guna toto aje la..(eh, korang panggil toto ke?? maaple, cikzann tak tau nak sebut ape..)

Kadar bayaran??

RM200 untuk hari biasa..(hari korang gi sekolah atau gi kerja)
RM230 hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad.. serta cuti am..

Nak tahu lebih lanjut, nanti korang jenguk blog homestaygambangdamai.blogspot.com 

Nanti cikzann update ye pasal homestay ni..



Salam sayang..



Tuesday 8 October 2013

Pisang tanduk dah berbuah!!



Salam 'alaik..

Petang tadi,  dalam ujan renyai2, cikzann menyusup-nyusup ke belakang rumah.. menyelongkar segala khazanah alam belakang rumah..

mengintai2 kebun mini ..huhu... 
hasil usaha Hjh Habshah Mamat, ibu cikzann.. dan adakala hubby pun tumpang sekali..
tapi dia takla hebat sangat berkebunnn.
Bab mesin rumput, dia ok. Cikzann?? dah lama tak pegang cangkul..masa bebudak, kerapla juga.. cuma masa tu kudrat tak memadai... 

Mak rajin berkebun. Pagi2,  hubby ambik mak , utk tengok2kan  Hafiy sementara kami bekerja.. masa tu lah, mak gunakan skill berkebun mak tu.  Mak akan berada di rumah cikzann.. senang. Husna balik sekolah tadikanya, mak ada kat rumah. Anak2 cikzann semuanya bersekolah dekat dengan rumah kami tinggal sekarang..
Syukurlah, mak nak jaga Hafiy.
Senang hati cikzann tinggalkan dia bila ke tempat kerja.. Duduk dengan nenek sendiri, taklah buat cikzann risau. 

Semasa menyusup belakang rumah, nampak hasil yg dah lama cikzann tunggu... pisang dah berbuah..
anak benih pisang diambil daripada jiran sebelah rumah.. antara buah pisang paling best abad ini.. Taraaa.. pisang tanduk.
Paling sesuai dibuat  pisang goreng.. nyummmm..


cantik kan pisang ni.. 
bila lah nak masak..
sodap tau digoreng


gigih tul cikzann..snap gambar dalam hujan renyai2..
Macam dah tak ada esok hari plak..

tengok tu..
sikit aje buahnya..
sebab tu buah ni istimewa..
lain dari yang lain


lapang biji pisang saja ada..
begitu lama menunggu.. (oppps, bila plak cikzann pandai kecek ganu nih)



belakang rumah..
siap ada gelanggang futsal lg belakang ni.. 

hah.. tu pasu dah bertahun.
bila lah cikzann mempunyai kerajinan ni..
semoga diberi kerajinan cikzann membungakan rumah!

Musim sayur baru habis. sebab tu le kosong skit kebun mini kami.. Tak rugi berjasa pada tanah.. akan ada hasilnya.

Salam sayang!!