Friday 28 June 2013

Bersyukurlah apa yg ada..

Syukur..
Rumah dah siap..
Rumah teres kami di Bukit Gambang berhampiran dengan Gambang Waterpark... 
Alhamdulillah!!











Proses penyelenggaraan  berjalan sikit2 je lah.. banyak modal nak guna tuh.. hua..hua...

Ada lg pic kat sini

Setakat ni, baru je ada elektrik dan pemasangan grill.

Semoga semuanya berjalan lancar.
Semoga perancangan kami diredhai Allah..
Aminnnnn..


الَّلهُمَّ اغْفِِرْلِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِِي فَي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا رَزَقْتَنِي



Ya Allah , ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku 


keluasan pada tempat tinggalku , dan berkatilah pada 


rezki yang Kau kurniakan padaku.





Amin.



Friday 7 June 2013

Sihat vs Sakit

Menu hari ni, simple aje..
tapi rajin lak aku ni nak mengambil gambarnya..
Masakan gulai ikan aya @ tongkol dan ayam masak kunyit..






Semuanya makan dengan berselera, cuma si kecil aku tu.. lupa plak dia tengah demam campak.. tak sesuai langsung untuk makan ikan gatal nih..


sian nau aku tengok dia..

untuk bfast pagi tadi pandai pula dia minta dibelikan roti canai..
tengahari pula  nak makan nasi ayam..





hmmm.. macam2 lah pesakit sorang ni..

tetiba je dia teringat nak makan donut..
yg ni nak kena pi ECmall nih..
Inshaa Allah adik sihat, kita pi beli..
sib baik selera makan dia ada.. syukurlah..
Semoga adik cepat sihat ye sayang..





Wednesday 5 June 2013

Wordless Wednesday

Hasil kebun belakang rumah. Jom hijaukan bumi.









Tuesday 4 June 2013

Gulai Serati

Owhh.. rasa macam tak percaya. 
Hari ni aku dengan rasa rajinnya, memasak makanan tersohor negeri Kelantan..
Gulai serati..

ehsan  : google


Dah lama nak cuba masak menu ni.. cuma nak dapatkan serati (sejenis itik nila)  payah sikit.
dan.. hari ini barulah terlaksana. hubby kata terlaksana dengan jayanya.. haha.

thx abahnya... sebab bagi support kat I ni..(tak pernah cakap aku masak tak sedap, sebab takooot aku kecik ati le tu..)

resepinya aku dah hafal dalam kepala.. masa tengok diorang masak masa bekwoh/bigwork  aka kenduri  tuari..
satu2 bahannya aku perhati, tapi, ada juga yang terlupa.. terpaksa telepon tanya semula resepi daripada sis in law aku, kak Mah yang duk di Kok Keli Tumpat.


Inilah rupa gulai serati..
Resepinya tak sempat nak tempekkan kat sini.. ada masa aku letak.. atau kalau korang nak, bgtau le kat ruangan komen. 



Gulai serati dah cuba buat, nanti nak cuba pula masakan kuzi.. resepi dah ada, cuma tunggu masa nak buat aje..
Kakah gulai dah ada (bukan kahkahkah :LOL tu..)  

Rempah kuzi dah beli lama..ada tersimpan dalam esbok. Ntah elok ntah ke tidak.. Insha Allah, raya nanti nak cuba buat la..