Monday 23 December 2013

Bazar Tok Guru




Kali ni, cikzann berada di Bazar Tok Guru, KB, Kelantan.
Jalan2, cuci mata.. dengan aneka jubah dan tudung..
nak beli tudung dan jubah? di sinilah tempatnya..


kain pasang, telekung sembahyang.. pun banyak di sini..


layanan yang mesraaaa.
walaupun ruang niaganya dikatakan kecil dan padat seperti yang digembar gemburkan, tapi cikzann rasa ok je. dah namanya bazar kan. kerajaan negeri dah buat yang terbaik dah.
kedai yang lebih teratur, bersih..
Insha Allah..



peminat tudung bawal?
banyaknye tudung kat sini..
tudung yang ala2 mak mentua fizo pun ada..
cikzann beli sehelai tudung halfmoon yg simple..



penemanku yang setia..
boleh diharap sebagai tukang bimbit plastik hasil beliannn ibunyer.
sidia ni oke. si adik tak boleh dibawa. kerana dia akan menjadi peganggu.
lihat tu.. banyak kain telekung wanita bergantungan.




antara jubah moden yang ada di sini.. 
kat sinilah cikzann beli dua helai jubah.. jubah biru yang ada bunga rose tu le salah satunya..





Pemandangan bazar dari luar.. kualiti gambarnya kurang, sebab ambil dari dalam kete.. rasa cam malu plak, nak beria2 ambik gambar cam pelancong bila sensorang gini.. tapi sib baik, suami tak kisah..dia biarkan aje. 

Skang da sampai di Pahang dah.
Len kali, nak cari tudung lagi kat sini...jumpa lagi.


~Salam mesra~




Monday 16 December 2013

Mark Adam - Pencuri (lirik)

Sunday 15 December 2013

Donat gebuss


Pagi ni, terasa sedikit rajin..
Nak cuba mencuba buat  donat. Da lama mencari resepi donat yg gebusss.. 
and, resepi dah dapatpun @ google. Yeayyy!!
Dah seminggu lebih, resepi tu terperap. Bahan2 yg mudah semua ada. Tunggu masa saja lagi..

Okayyy.
cikzann dengan tenangnya, memulakan langkah demi langkah dengan penuh teliti. Dalam hati, berdoa agar donat ini memberikan hasil yg mengembirakan.
sebabnya, kuih - muih cenggini, adalah satu kelemahan pada cikzann.. terutamanya bila cikzann cuba buat karipap.. memang fail!!  rasa taknak  dah aktiviti karipap mengaripap ni.. cerewet.


dalam panduan cara  buat yg cikzann baca, takde pun wat camni.
pandai2 sendiri je..selalunya ia untuk buat pau..


yg kekuningan tu, yg paling awal letak..
siap gentel2, terus masukkan dalam kuali..



daa siap goreng.. tunggu, jangan makan lagi!



tadaaaa..siap!
terus cikzann panggil dayang cikzann, Husna untuk hidang kat hubby.
Paksa hubby makan. and, siap tanya :

'donat umi buat ni rasa cam donat kat kedai tak?'

hihi..
kira ok la, kalau dia daa makan 3 biji..
anak2 pun suka..



oleh sebab byk yg dapat (setengah kilo tpg gandum)
siap ajak famili abang lagi datang makan..


sempat juga mencoklatkannya.. comotle sket. guna bahan yang mana ada je.. takde colourful  sangat.. 

atas permintaan si kecil, Hafiy.
buatla 6 biji donat ala dunkin tu kononnya. tapi, dia hepi sesangat.

dah kira siap2, untuk bebudak dalam umah..



Haa. Ni buktinya..
Gebusss tak??
segebu tuan yg membuatnya..wakakaka.


~Salam sayang~




Saturday 7 December 2013

Bah kau datang @ Luit & Sg. Isap


Assalam.

Hujan masih lagi turun. Walaupun tak selebat hari2 sebelum. Air bah dah makin surut, namun diberitakan mungkin bah akan kembali lagi..gelombang kedua akan menjelma..
takziah kepada semua mangsa banjir, di atas segala yang menimpa.



Gambar di atas, di kg.Luit, Maran..


 "Sesungguhnya banjir adalah ujian daripada Allah SWT. Sekalipun ia pahit, namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat. Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit...".- YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Petang tadi, cikzann berkesempatan meninjau banjir di Kuantan.. hajatnya ke rumah salah seorang sedara cikzann di Sungai Isap.. tapi tak dapat bersua, kerana Na & famili belum kembali ke rumah setelah kejadian banjir tempohari.. kononnya nak beri bantuan kemanusiaan, tapi tak berjaya! 



Banyak kereta yang tersadai di tepi jalan..










Kerosakan harta benda..


Masih hujan lagi..

Kepada Na & famili, serta mangsa banjir semua.. ini adalah ujian dariNya. Semoga dapat bersabar dengan takdir yang menimpa.. Jika kita susah, fikirkan ada insan lain yang lebih susah dari kita..
Ujian itu tanda kasih sayang Allah..

Senyumlah..walaupun ianya pahit.

Salam sayang!!






Wednesday 4 December 2013

Dugaan terperangkap lif hospital!!

Allahu akbar.. allahu akbar..
Astagfirullah...

Itulah saja ungkapan yg  berlegar2 difikiran cikzann, tatkala terperangkap dalam lif selama lebih 30 minit.. 30minit korang tau? mana tak neves, mana tak kenalin.. 
cikzann tak fikirpun kalau terpaksa sesak nafas  dalam lif masa tu.  Cuma perasaan takut yang bukan2 plak timbul..
Nak tau kisahnya?

hihi. (da bole ketawa kau jah....)
Pada masa kejadian..kecut smua urat perut.. upah seribu RM pun tak mungkin cikzann mampu nak ketawa ketika itu.
Huhu.
Baru le tau, cikzann ni penakotttt.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kisahnya begini....

Pada 4 hb Disember 2013 (semalam), cikzann ke Hosp. Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), melawat mak mertua abang cikzann yang dimasukkan ke wad 14, tingkat 4, katil no. 26. Sakit lelah + demam + kekurangan oksigen dalam badan dan terpaksa diberi bantuan alat pernafasan. Bukan setakat itu, paru2 makcik mungkin dijangkiti kuman..

Cikzann ke HOSHAS bersama suami dan empat anak. Oleh kerana, kanak2 tidak dibenarkan masuk melawat, maka terpaksalah hanya cikzann sorang saja yang naik ke wad. Manakala suami terpaksa bersama anak-anak di lobi hospital.
Menggunakan lif, adalah sesuatu yang menakutkan. Tapi kugagahkan jua. 

Waktu turun, jam 5.50ptg itulah, cikzan bersendirian dalam lif.. tiba2, lif berhenti. Puas cikzann menekan butang, tingkat 2 mahupun butang buka pintu lif. Masih juga gagal..

Dalam lif, bersendirian, lif hospital plak tu buat dada cikzann berdegup..  macamana kalau tetiba muncul benda lain dalam lif tu, tak ke naya cikzann. Gerenti pengsan la..

Tunggu dalam 10 minit, masih tak bergerak.. mata cikzann membaca apa yg terlekat di dinding lif. Pembacaan cikzann tertumpu satu ayat...  'tingkat 1 bilik mayat'..
huhu.rasa nak nangis tau masa tu..

Terus cikzann tekan butang loceng, minta pertolongan.. sib baik terus dapat feedback dari staf situ.. dia melayan cikzann bercakap.. 'minta bertenang, puan dengan sape?sorang ke berdua?'.. mungkin diorang tengok cikzann dlm cctv kot!  owwwhh tidak, saya sorang ni.. lagilah rasa nak terkucil masa tu.. (diorang nampak aku ni berdua ke)

Lama sangat berseorang dalam lif, getaran di dada rasa cam tak boleh nak berdiri lagi... 
bantuan cam lambat je. Penantian cikzann rasakan bagai satu penyiksaan.. cikzann berdiri di penjuru lif dengan rasa takut.. bila tak tertahan takutnya, cikzann tekan butang loceng.. ah, lantakla diorang marah.. nak wat camane, takut sangat ni.. terdengar suara, 'sabar ye puan'..

Setengah jam kamudian, barulah pintu lif terbuka. Keluar lif, cikzann terus sebak.. tak dapat nak tahan air mata, dari keluar mencurah- curah..  

Bila cite kat adik cikzann, juru x-ray kat situ, katanya selama dia di HOSHAS tak penah sekalipun dia terperangkap dalam lif.. 

owwwhh, kenapa 'dia' nak uji aku...



Sunday 1 December 2013

Terima Kasih Ya Allah!!






Tidak perlu intan berlian, tidak perlu taburan wang ringgit..
cukuplah..ingatan dari hubby, yg  pg tadi mengucapkan hepi anniversary perkahwinan kami..
We have been married for 10 years... syukur.

Hurmmm..terharu cikzann.
Pagi tadi, cikzan bersiap untuk ke KPTM Kuantan.. ada kelas. Cikzann belajar sebagai student  KIC. Korang pun tahu kan, cikzann ni baru je sambung degree. baru abes sem 4.. lambat lagi nak abis. Huhu.

ada kelas berturut2, 2 hari..
Cikzann memandu sendiri dari Maran ke Kuantan.. penat jugalah, walau takle jauh sangat.

Sibuk dengan assgmnt  yang perlu dihantar..sampai terlupa, tarikh penting dalam hidup i sendiri..

Tak ada sambutan. Tak ada upacara.. Yang penting doa yang kami panjatkan..agar kehidupan kami suami isteri serta anak2 akan diredhai ALLAH. Semoga apa yang kami lakukan diberkati olehNYa.

i berbesar ati, nk tunjukkan gambar kawen  i  yg da 10 tahun usianya..saja letak gambar gambar kat sini..
Sometimes, I treat this blog cam diary  i.  Nanti rindu nak tengok foto apa2 , i buka je blog ni..




Gambar ngan hubby tak banyak..maklumlah zaman cikzann kawen, tak byk kamera yg canggih2..hehe.. 
so, pengantin pompuan ajelah ye!

Dua budak kecik tu dah besar panjang.. 
ofkos le bukan anak i.. 
dorang nih anak2 sedara i.
gegurl tu Najwa, dah nak ambik SPM tahun depan..boboy tu plak,  Faris muda setahun..
Lamanya gambar ni kan..


Doakan i & hubby & famili bahagia.. k!