Showing posts with label Rehat Minda. Show all posts
Showing posts with label Rehat Minda. Show all posts

Sunday, 3 February 2013

Ke Maran Hill Golf Resort lagi..


As salam....

Hi. 
Kami datang lagi.
Kami di sini pada petang Jumaat yang damai. Dengan angin sepoi-sepoi..memang nyaman di sini. Tak ramai orang.. tak bising.. tak riuh rendah.. bagus untuk yang nak enenangkan fikiran. 

Memanglah tak riuh rendah..inikan padang golf. Tempat orang main golf. hehe.


Kelihatan beberapa kumpulan manusia..di tengah padang.. sibuk dengan kayu golf memasing.. 


Rombongan kami berlima..tak cukup sorang lagi..Husna yang entah ke mana menghilang dengan ibu saudaranya. Tentu ralat dia, jika tahu kami ke sini tanpa membawanya.. 


Sampai di puncak bukit, tersergam sebuah kedai makan.. Tamin Sarri Cafe.. Kat situlah kami melepak petang itu... Anak2 gembira.. bagusla tu..




Inilah papan tanda selamat datang dia..




pemandangan sekitar MHGR.. diambil semasa dalam kereta je..  tak de tempat berhenti , sehinggalah kami sampai ke puncak..



 Laluan sepanjang pintu masuk ke puncak bukit.. jadi laluan ramai pen'joging'.
Tempat yang sesuai untuk beriadah.. jangan diganggu padang diorang sudah le.


 Da sampai..
dua beradik yang sempoi..
macam mak dia la tu.


diambil melalui Tamin Sarri Cafe.
menghala ke bandar Maran..
bukan ke da cakap tadi.. kita kan di puncak..
Bandar Maran dapat kita tengok dari sini.. tapi sayup- sayup mata memandang..
Nampak dari sini, chalet yang sungguh cantik & selesa..


tu dia masjid Maran



tengah tunggu order makanan..
hanya segelas milo ais baru sampai..
milo kaw..pekat, melekat..


ini bihun goreng..boleh tahan.. umi punya..




Harith yang kadang -kadang over sket bila bergambar..
belakang tu nampak masjid As Syakirin..


abang & adik yang ohsem



Muhammad Hafiy, baby besar kami.. 



apa makna tu dik, umi tak paham..



Harith & Hasif berkongsi chicken chop. Sedap juga cc kat sini.



Gambar diambil dalam kereta sepanjang perjalanan pulang..
Kami da nak turun da.



Turun bukit..



Ok..bye .. 
nanti..kami datang ambil angin lagi..
Sesape yang nak men golf, jemputlah datang. kat gambar tu pun ada no. phone nyer..
Jom la meriahkan MHGR..





Saturday, 26 January 2013

Maran Hill Golf Resort


Selama berpuluh tahun tinggal kat sini, membesar kat sini, saya tak pernah rasa teringin nak ke Maran Hill Golf Resort..
Kenapa? sebab tak ada sebab saya ke sana.. saya tak main golf..tak layak.  Bluerkkk.. padan muka. Memang tak layak.

Tapi, Husna (anak dara saya) pernah ke situ.. pi makan-makan dengan mummynya (mak sedara dia).
Setiap kali lalu kat depan pintu masuk MHGR, dia asyik ajak kami ke situ. Kami buat tak tau aje. Tapi, oleh sebab, kesian dah banyak kali dia ajak, satu hari tu.. terbukalah hati saya ajak suami, penuhi permintaan Nana..
Ajak sama kakak saya yang biasa ke situ.. saje je, nak belanja akak makan..

Wah! bes juga kat sini. hati saya terdetik.
Macam tempat peranginan.. sayang saya tak bawa kamera @pun hp untuk ambil gambar..
Tempatnya cantik..atas bukit..udaranya nyaman..
Memang bole datang selalu.. len kali bawa kamera.. nak snap snap..
Ada masa, kita tengok2 gambar kat situ ye.. tunggu.....




Friday, 7 December 2012

Eh, petua la..






Pagi Jumaat ni, kita nak share kat semua.. tips sekerat dua ni.. Tips atau petua ni, takla marbeles sangat.. tapi insyaAllah baeekk punya.. 

1. Korang ada jerawat tak? Jerawat yang mengganggu keenseman dan kejelitaan korang? Tapikan, bagi saya kekadang jerawat ni boleh jadi pemanis jugakkan? Bagi  yang nak mengatasi masalah jerawat ni, cuba hancurkan panadol dengan air dan sapukan di atas kawasan jerawat sebelum tidur.  Lakukan selalu.. mudah -mudahan mujarab ..

2. Tip untuk mengelakkan ikan digoreng melekat kat kuali. Tips ni boleh elakkan pandangan orang yang kata korang tak pandai memasak.. walhal kuali tu yang buat hal..
Memanglah, kalau ikan dah melekat tu, rupanya sangat tak cantik.. Macam kita yang menggoreng ni tak pandai memasak.. Betul tak?

Terlebih dahulu panaskan kuali dengan sedikit minyak, kemudian goreng asam jawa dalam minyak yang panas sehingga garing. Keluarkan asam jawa ini. Tambahkan sedikit lagi minyak. Apabila panas goreng ikan yang sudah dilumurkan dengan garam dan kunyit. Balik-balikkan ikan berulang kali jika bahagian sebelahnya masak. Apabila diangkat, anda akan dapati minyak yang digoreng dengan ikan sedikit pun tidak meninggalkan kesan kulit ikan. 

3. Limau kasturi juga boleh digunakan bagi mengelakkan ikan goreng melekat pada kuali. Titikkan sedikit perahan air limau kasturi dalam minyak. Kemudian panaskan minyak ini. Setelah itu goreng ikan seperti biasa. 

Tapi saya biasanya, letak secubit garam aje dalam minyak panas tu.. pastu goreng macam biasa.. rasanya, tip ni oke juga.. insyaAllah, tak melekat dah! 

4. Bagi mengelakkan mata pedih terutamanya jika mengupas dalam kuantiti yang banyak, rendam bawang seketika sebelum dikupas. Proses mengupas bawang menjadi lebih mudah tanpa memedihkan mata. Ermm..ni biasanya berlaku kat rumah-rumah kenduri.. selalunya diorang buat cenggini. Tapi saya plak lebih suka kupas bawang yang kering.. lagi senang.. 

5. Tugas-tugas mencuci bilik air akan menjadi lebih mudah apabila anda menggunakan pencuci menyental lantai dan dinding bilik air dengan menggunakan scrub pencuci periuk dan pinggan mangkuk yang biasanya berwarna hijau. 

6. Jika mendapati pakaian kita terkena minyak, jangan dilembapkan dengan air. Biarkan ia kering dan lumurkan dengan sabun basuh. Sental sedikit agar minyak makanan tersebut hilang. 

7. Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.


Ermm.. korang ada petua tak? Jomla share sesama kita.  :)


Saturday, 24 November 2012

Happening ke cuti?



Hi.. 
kat mana semua orang sekarang ni..
Jalan-jalan cari makan?
Melancong @ melencong..
balik kampung?
atau terperap aje kat rumah..  
jadi dugong (eh, apa tu hah??)..
makan tido, makan tido..

kihkih..



Kakak kau kat mana?

Ada..
Kat Pengkalan Chepa..
Balik kampung.. 6/7 hari.. 
Tak kemana pun.. 
Jejalan umah adik beradik aje.
Ada kat Pasir Pekan, kat Pasir Mas, kat Tanah Merah (area Manal)..

Jalan-jalan KB..

pegi beli tudung..  sonok membeli.. rasa puas hati..
Suami tunggu dalam kereta.. kakak kau aje yang gedik nak pergi sorang..
Bukan apa.. senang  nak memborong..
apa saja rasa berkenan dan mampu..boleh dibeli..takde orang nak bantah.. itu kelebihannya.
Dah masuk kereta, suami tak mampu berkata apa..
Hurmmm.. strategi bagus!

Baru pagi tadi.. pergi ke Bazar Tuan Padang..

Sebuah bazar baru di Kota Bharu.. 
Seronok memilih tudung kat situ.. 
Siyes best tau..

Banyak lagi bazar kat KB ni.. cuma tak sempat nak ziarah..

Bazar Tok Guru pun oke.


 Makan malam kat sebuah gerai.. pandang ke seberang jalan.. mataku terpaku..
ternampak sebuah kedai nasi lemak yang tersohor..
Ajihs Nasi Lemak..


Ini pula aktiviti makan durian di Jeli.. 
dusun buah kakak ipar..
Best la dapat makan free ni..
Makan le seberapa yang nak.. rambutan, manggis, duku..

Alhamdulillah..


--------


Dua tiga hari lepas.. gi Rantau Panjang.. 

Mak oi.. baju cantek- cantek la.. 
Ada yang kata takde kelas.
Akak peduli hape.. yang penting baju  tu cantik, menarik dan terletak bila dipakai kat badan gebu kakak kau ni.. eh, ye ke?
Wakawakaaaa...


_____________________________________


Esok nak balik dah..

Cuma beli gelembong buaya dan dodol sebagai buah tangan untuk keluarga kat Pahang..

Korang yang bukan Kelantanese tahu 

ke apa itu gelembong buaya?
Minat makan ni sejak kecil lagi.. 
Rasanya agak manis.. jangan la korang tibai banyak-banyak..
Makan sikit2 sudah la..
Warna oren dan hijau.. diperbuat daripada kelapa..












Cara masak.. 

Tak pernah tengok.. yang tahu ngap saja..
Lagipun ini makanan tradisional.. tak ramai yang tahu cara membuatnya..
Ala-ala candy la kiranya..

Oh..lupa.. satu lagi yang saya beli..

paling penting, buah tangan tambahan kat diorang.. 
budu cap tere.. sedozen.. nah hambik kau!
makanla sampai fenin..

LOL!






Selamat  bercuti.. :)




Saturday, 14 July 2012

Rahsia Tahi Lalat


gambar--GOOGLE

Saya ni bukan ahli nujumpun..cumanya, entri  kali ini,  kononnya nak berkongsi tentang  rahsia tahi lalat yang melekat kat badan -badan korang semua.. Sama ada ia benar atau sebaliknya, janganlah kita terlampau taksub untuk percaya pula. Kalau sekadar suka-suka, apa salahnya. Tapi, setiap kejadian tuhan tu tentu ada rahsia disebaliknya.
Tentu seronok kan , kalau tahi lalat korang tu, memberi makna yang baik..  Ni dapat melalui pembacaan..jadi apa salahnya kita kongsi. Sharing is caring...

1. Atas kepala---- bijak @ kreatif
2. Ubun- ubun  kepala-------Kurang bersikap jujur    dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Kepala ( kanan)---------- Terkabul cita-cita
4. Kepala (belakang) --------------Baik, jujur, rajin
5. Bibir atas kanan-----Murah rezeki, bijak
6. Bibir atas kiri------------Disenangi orang
7. Bibir bawah kanan------- Berhemah dan disukai orang
8. Bibir bawah kiri ------------- Petah berkata-kata
9. Dahi----------Mempunyai kelebihan yang tersembunyi tetapi banyak iri hati.
10. Bulu kening kiri---------Menarik tetapi banyak dugaan mendatang.
11. Bulu kening kanan--------Cerdas, seorang yang berjaya.
12. Bawah mata---------Sensitif 
13. Hidung-------Disukai ramai. Murah rezeki, tetapi mudah dapat penyakit berkaitan hidung.
14. Pipi kiri / kanan------Ego yang tinggi dalam perhubung
15. Telinga-------Keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. 
16. Tengkuk---------Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
17. Bahu kiri------------Kurang bernasib baik mencari rezeki, tidak disenangi.
18. Bahu kanan------------Banyak tanggungan. Dicemburui.
19. Dada------------Mudah mempercayai orang.
20. Betis----------Murah rezeki, hidup gembira.
21. Kaki----------Menandakan seorang yang suka berjalan @ buat aktiviti luar.
22. Dagu bawah kanan---------Jujur dan baik hati.
23. Dagu bawah kiri------------Bijaksana, dan berbudi luhur.
24. Tangan kiri---------Dipermudah rezekinya.
25. Tangan kanan---------Pemurah  dan  juga boros dalam berbelanja.

Eh, dah jumpa makna tahi lalat korang? Seronok la tu..seronokla tu..

Friday, 10 February 2012

~ KELANTAN ~






Buminya bertuah..
negerinya makmur..dikatakan mempunyai masyarakat yg cukup utuh..

Ore Kelate bangga dengan loghatnya.. 
Saya pun ore Kelate.. tapi dibesarkan di negeri Pahang..
Sayang negeri Kelantan..sayang juga negeri Pahang..

Saya juga pernah belajar di negeri Perak..Sayang Perak juga.
Hihihi.. 

Saya pernah ngajar di Selangor..best juga di sini..
Sarawak pun saya sayang..
2 orang anak saya adalah anak Sarawak.. Pendek kata semuanya saya sayang ..

Satu Malaysia...

Alhamdulillah..
sekali lagi saya berkesempatan ke tanah tumpah darahku ini..balik kg la kiranya..
Ke mana yg saya tuju?


Cuti Tahun Baru Cina tak panjang..Tak dapat berjalan sakan..Baru bulan 2, tapi disebabkan dah sampai di Kota Bharu, saya ambil kesempatan untuk memilih kain untuk baju raya tahun ni.. 

Bukan apa..di sini banyak kedai kain..Sungguh teruja saya untuk buat persiapan raya yang lama sangat lagi nak menjelma.. 
Apa salahnya..bak kata orang buat persiapan awal sementara ada wang lebih..
Mungkin bulan depan nak guna untuk lain plak kan???
Putra & putri saya semuanya 4 orang..maka berjela-jelalah kain yang kena saya beli..


Oppppsss.. 
berbalik kepada tajuk entry saya kat atas..

Apa bagusnya Kota Bharu.. 
Jom kita bercerita...

Dah selesai membeli..kami kelaparan..saya teringin sangat makan di `kedai atas pasar' lebih kurang gitulah sebutan ore Kelate tentang tempat tu.. 
Tak caya tanyalah ore Kelate..Matyo, Piya , Apek atau tanya Butler pun dia tahu. Tehee.. 


                                     Suami dan anak-anak di Padang Bank/Quran



Kami makan di kedai atas Pasar Siti Khadijah. 
Meme sohor tempat ni.. 
bukan nak cerita tentang sohornya tempat ni tapi istimewanya tempat  ini. 

Sedang asyik menanti suami & anak2 menjamah hidangan(almaklumlah, ummi sekarang on diet), tetiba ada kedengaran ceramah agama. Masa tu seorang ustazah yang beri ceramah.. bagus juga tajuk ceramahnya..  
Rupanya, menurut suami setiap hari memang ada ceramah di masjid berdekatan dan didengari di pasar ini.. Bukan ceramah politik ye..
Bila ceramah agama kat Kelantan ada je orang mengaitkan dengan politik.. berdakwah tak kira masa dan tempat..
Alhamdulillah.


Cuba perhati..
kalau anda berada di negeri Kelantan..
Signboard atau papan tanda depan kedainya..
semuanya ada tulisan jawi..
Perasan takkk..

Tak kira kedai itu kedai Melayu ke, kedai Cina ke atau kedai India..atau kedai Siam sekalipun.. Bagus kann!!! ini secara tak langsung meninggikan martabat tulisan Jawi itu sendiri..


Gambar di papan iklan..tak ada gambar model seksi..Semuanya kena bertutup litup..baguskann!!  
Negeri lain juga ada istimewanya..
lain negeri, lain budaya lain caranya. 

InsyaAllah,

 jika ada keistimewaan yg saya jumpa di mana- mana sahaja, nanti saya akan kongsikan..  

Bye.. sayang koranggg..





Sunday, 30 October 2011

Cuti2 Malaysia @ Cameron Highland...


Lain yg dirancang, lain pula programnya.. Dah rancang dengan ibu nak ke JB atas undangan besan ibu.. Ada majlis resepsi anaknya. Bila tiba harinya,tak dapat pegi pun... Ibu tak sihat.. so, suami yg dah terasa boring di hari cuti, ajak p Cameron..Apalagi..dalam kemengantukan petang Jumaat tu..terus je mata jadi segar bugar.. 

Cepat je tindakan diambil..naik tingkat atas, p mengemas baju anak2. Padahal masa tu, dah nak pukul 5 petang.. bilalah nak sampainya ke Cameron. Kami ni, nama je tinggal kat Pahang, tapi tak penah lagi bawa anak2 ke sana. Jalan mana pun tak tau lagi. Terus suami telefon rakannya yg biasa ke Cameron.. Keputusan diambil, kami akan ikut jalan Lipis..Jalan baru..

Pukul 10malam, kami tiba di Tanah Rata. Alhamdulillah..sampai jua hajat kami..Setelah melalui perjalanan yg agak jauh..ada sekali tu kami tersesat sekejap..huhuhu..takpe..takpe..len kali dah terror dah..

Ha..inilah hotel yg kami sewa..Tak banyak bintang2nya..tapi sangat selesa..RM220 untuk satu malam..

Haa..tengok tu..sikecikku nganga..laparnya ye sayangg.. Ni, pagi sebelum kami turun jejalan.. Sikecik tengah 'mengecek' abgnya makan beger. Mahal beger sini.. beger kosong je..padahal sayur sini murah2..pasal lah tak masukkan sayur2 tu..


Klik..klik.. di MARDI..mana uminya? Owh..tukang ambil gambar.. Susahnya nak bergambar satu keluarga..Takpe..takpe..kita tengok sape yg kena...hihihi

Ini lak..giliran umi bergambar..mana abah???
Inilah keluarga saya..

Indahnya bunga-bungaan di Tanah Tinggi ini..
Banyak lagi tempat menarik telah dilawati..termasuk Strawberry Park..melalui sendiri mengutip buah strawberry, ladang teh dan beberapa tempat..
Insyaallah, ada masa kami kan berkunjung lagi.. 
babai Tanah Tinggi...