Friday, 7 December 2012

Eh, petua la..






Pagi Jumaat ni, kita nak share kat semua.. tips sekerat dua ni.. Tips atau petua ni, takla marbeles sangat.. tapi insyaAllah baeekk punya.. 

1. Korang ada jerawat tak? Jerawat yang mengganggu keenseman dan kejelitaan korang? Tapikan, bagi saya kekadang jerawat ni boleh jadi pemanis jugakkan? Bagi  yang nak mengatasi masalah jerawat ni, cuba hancurkan panadol dengan air dan sapukan di atas kawasan jerawat sebelum tidur.  Lakukan selalu.. mudah -mudahan mujarab ..

2. Tip untuk mengelakkan ikan digoreng melekat kat kuali. Tips ni boleh elakkan pandangan orang yang kata korang tak pandai memasak.. walhal kuali tu yang buat hal..
Memanglah, kalau ikan dah melekat tu, rupanya sangat tak cantik.. Macam kita yang menggoreng ni tak pandai memasak.. Betul tak?

Terlebih dahulu panaskan kuali dengan sedikit minyak, kemudian goreng asam jawa dalam minyak yang panas sehingga garing. Keluarkan asam jawa ini. Tambahkan sedikit lagi minyak. Apabila panas goreng ikan yang sudah dilumurkan dengan garam dan kunyit. Balik-balikkan ikan berulang kali jika bahagian sebelahnya masak. Apabila diangkat, anda akan dapati minyak yang digoreng dengan ikan sedikit pun tidak meninggalkan kesan kulit ikan. 

3. Limau kasturi juga boleh digunakan bagi mengelakkan ikan goreng melekat pada kuali. Titikkan sedikit perahan air limau kasturi dalam minyak. Kemudian panaskan minyak ini. Setelah itu goreng ikan seperti biasa. 

Tapi saya biasanya, letak secubit garam aje dalam minyak panas tu.. pastu goreng macam biasa.. rasanya, tip ni oke juga.. insyaAllah, tak melekat dah! 

4. Bagi mengelakkan mata pedih terutamanya jika mengupas dalam kuantiti yang banyak, rendam bawang seketika sebelum dikupas. Proses mengupas bawang menjadi lebih mudah tanpa memedihkan mata. Ermm..ni biasanya berlaku kat rumah-rumah kenduri.. selalunya diorang buat cenggini. Tapi saya plak lebih suka kupas bawang yang kering.. lagi senang.. 

5. Tugas-tugas mencuci bilik air akan menjadi lebih mudah apabila anda menggunakan pencuci menyental lantai dan dinding bilik air dengan menggunakan scrub pencuci periuk dan pinggan mangkuk yang biasanya berwarna hijau. 

6. Jika mendapati pakaian kita terkena minyak, jangan dilembapkan dengan air. Biarkan ia kering dan lumurkan dengan sabun basuh. Sental sedikit agar minyak makanan tersebut hilang. 

7. Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.


Ermm.. korang ada petua tak? Jomla share sesama kita.  :)


No comments:

Post a Comment