Friday, 7 December 2012

Hidup tak semuanya indah...




Saya tersentuh membaca satu kisah.. 
Mungkin ianya direka untuk hiburan semata- mata..

tapi ada pengajaran terselit di dalamnya..

Kisah tentang  luahan seorang isteri.. ada seorang suami..yang tak memahami..

Mungkin berkahwin hanya untuk kepentingan diri.. 
tetapi tidak pandai menghargai.

Suami ini seperti buta dan tuli. Tidak peduli bahawa si isterinya  memerlukan perhatian si suami.. 
Tak hairanlah banyak kisah begini terjadi hari ini.. 

tapi diingatkan, 
bukan semua lelaki berhati tak murni..  ada ramai lagi lelaki berhati wangi!

----------

ye la, mana ada semua orang yang beruntung 
didunia ni kan?  
ada aje kekurangannya.. 

kekadang suami tak perasan tu semua.. 
dia rasakan semua ok, padahal hati kecil si isteri rasa sangat terguris, pedih dan sedih..

Cumanya, nak diingatkan di sini.. 

Wahai isteri,
walau apapun..janganlah terlalu mengeluh, 
buangkan rasa sangsi..
kerana  orang yang sering mengeluh akan mudah 
didekati syaitan..

Syaitan akan menyesatkan pemikiran manusia yang berada dalam kekusutan..

Ermm..pikir-pikirkanlah..

------------

Kalau difikir dari sudut lain pula..

Si isteri perlu sentiasa fikir positif.

Jangan membandingkan dengan mereka yang lebih bertuah (mendapat suami yang bertanggungjawab dan terbaik segalanya) 

tetapi 
bandingkanlah dengan mereka yang lebih malang.. 
sudah tentunya anda akan merasakan betapa anda 
lebih bertuah..

Kadang -kadang permasalahan tidak akan selesai dengan perbincangan, kerana manusia mempunyai ego yang tersendiri.. 
tapi mungkin permasalahan akan selesai dengan kesabaran.. 


-------------


Jumpa lagi..




No comments:

Post a Comment