Saturday 27 April 2013

Makan Tahun


Bila teringatkan zaman muda- muda.. haha..
aku teringat masa tinggal kat Miri, Sarawak.. banyak  memory yang terakam kukuh dalam fikiran aku..
masa kat Miri la, aku berkesempatan melawat Brunei dan Sabah secara convoy kereta. Keluar masuk Malaysia untuk sampai ke Sabah.
Best sangat!!

tapi kali ni, aku nak story sket  pasal satu majlis tradisi orang kat sini.

Makan Tahun..

aku pasti ramai yang tak pernah dengar majlis tu.. bcoz hanya ada kat  Sarawak je. Aku bukannya tahu sangat apa itu Makan Tahun. Yang pasti, aku serta famili dan rakan2 semenanjung yang tinggal di Miri  pernah dijemput ke majlis tu.

Setelah di gugel, baru aku tahu maksud "Makan Tahun" ni.  Ia adalah mengikut adat kaum Kedayan. Makan Tahun ni ialah bertujuan untuk memberi makan kepada saudara mara yang telah meninggal dunia. Dengan erti kata lain, ianya untuk mengembali semula keakraban antara sesama mereka la tu. 
Oh ye ke?? 

Yang kami nak sibuk ni apahal!! Shushhh..shushh.. pi main jauh-jauh!!

tapi, adat dijemput.. ofkos kami pergi.  Untuk memeriahkan majlis..(kononnya!!)
Makan tahun diadakan setiap tahun, dan hanya diadakan setahun sekali. Selalunya kenduri makan tahun ni akan diadakan pada bulan May atau June. Ada lah dalam dua kali kami sempat pergi. Sib baik aku dah pindah semenanjung, kalau tidak habislah makanan diorang tiap tahun kat aku aje.. Huhu.

Pada masa ni seluruh kampung akan bekerjasama menyiapkan juadah. Masyarakat Kedayan ni beragama Islam. Jadi kami taklah risau tentang menunya.  Kampung tu, kalau tak silap Kg Beluru Jaya, Bekenu Sarawak.. 

Ada siapa tahu tak??

Antara juadah yang dihidangkan macam kenduri kat semenanjung juga. Cuma, kadang2 cara masakannya mungkin sedikit lain. Daging sapi masak kicap, tu masakan fevret orang kat sini.. 

Ha.. ce teka sapi tu apa?? Ceh!


Gambar GOOGLE
aku penah buat.. and aku makan dengan kari ayam spesel aku!!
diorang, aku tak pasti cicah ngan apa.

Kat sini ada kelupis.. tu yang aku ingat.. ala2 lemang la gitu, tapi ianya dikukus. 
Itu kenangan lama.

Aku respect diorang nih, bab menghormati tetamu..
Sangat2 baik. Terima kasih daun keladi.. 

(cite pasal Bekenu nih, kat sini le aku pi beli durian bila tiba musim durian.. n kat sini jugalah kami beli daging rusa  bila mana suami mengidam time aku pregnant anak kedua.. and kat sini jugalah kalau tak silap ianya tak jauh dari Gua Niah yang aku penah pegi tu... )




Tuesday 23 April 2013

Just for laugh

Just for  laugh??
Sesuai ke? No, no, no.. hihi.

Urm..
entry kali ni, sesaja nak letak pic yang aku buat hasil dari kecanggihan photoscape.
just godek2.. dapat lah hasil yg tak seberapa..
Jom arr temankan aku tengok pic ni heh!


wif my lil son, Muhammad Hafiy, dikelilingi bunga- bungaan indah..


my little girl, AinHusna.


hasil seni ke, kecelaruan ni?


even hasil seni ni tak bagus sangat, tapi I like!!


bhahaha.. sian Harith!


wif my colleague, yg comel  sis Liza Yusoff..



ni juga.. comelnye mereka.. wow!

and, ni kami le.

eh, uolls perasan tak, kalau ada je sikecik Hafiy dalam gambar  
kat atas tu, pasti aku  dukung dia kan??
cam belagak nak tunjuk ibu mithali je..
huhu.

Babai.
Thx  sebab jenguk2  di sini..
:)




Sunday 21 April 2013

Takottt.. ada toyol!!


Last week, aku terkejut beruk, terkejut gila, terkejut bagai nak rak!!!
Semua terkejut tu aku rangkumkan supaya ianya menjadi terkejut yang teramat sangat dalam idup aku..
Mana tak nya, aku yang sepenakut2 orang, ni ternampak sesuatu yang menyeramkan dalam gambar yang telah di snapkan my lil son, Hafiy..

Mahunya tak terkejut. 
Aku tengok pic tu waktu malam.  Masa tengah nak settlekan assg..  
Hubby ngan anak2 aku takde.. smuanya ke surau.. diorang mengaji dan sembahyang di surau.. (alhamdulillah, bila pula aku nak mengikut jejak langkah hubby dan anak2 nih!)
_____
Berbalik kepada story mory tadi, hurm!
Aku bukak hp, nak tengok contoh assg yg lectr buat. sebab aku ada ambik gambar assg tu..
Then, bila buka je kat gallery gambar..aku tengok bukan main banyak pic  yang Hafiy ambik.  Macam- macam  gambar ada..
tapi , most pic  yg ada  tu, pic aku with pose  macam-macam.  Sampai aku tengok pun rasa malu. Tutup sebelah mata.  Masa aku duk lipat kain ada, masa aku menaip assg ada.. Bak kata budak skang ni, malu tahap gaban kalau orang tengok. r u sure?? tehee... :P

tang tu juga aku delete gambar- gambar tu!
1by 1.. aku delete! tetiba aku shocked!!!! macam terkena renjatan elektrik.
 aku tengok pic yang satu ni. aku tengah menaip, si kakak duduk kat aku.
Belakang tu ada si toyol yang aku kata alien tu..
Then, bila tengok gambar tu.. aku jadi tak keruan.. 
aku rasa jantung, lungs , limpa aku semuanya jadi longgar..
aku patutnya kena buat medical checkup sebab case ni. huhu...  
tu aku je yang cakap!
gambar alien aka toyol tu, elok2 aje bertenggek kat tikar sarawak aku tuh.. 
aku takut, dan terus delete!!! 
Hubby balik , aku tak cite pun. aku takottttt!!
Aku takut kalau dia kata, "eh, ni betullah toyol. Umah kita ada toyol, jadi ummi kena hati2!!"
Mahu pengsan aku kalau hubby cakap macam tu!!

------------
Esoknya.
Aku cite kat Aina.. siap nanges2 lagi, sebab aku takut kalau alien tu ada betul. Kalau ikut hati nak je aku nanges guling- guling..  Aku cite kat dia,  yang dalam gambar tu macam alien yg selalu ada dalam tv. tapi, aku siap cakap lagi yang muka alien tu tak lah menakutkan sangat. Cuma aku takutlah dia..
Aku lg takotttt sebab hubby aku  tak balik malam nanti  sebab  attend kuliah dia  kat UNISZA.                         

Jadi aku dan anak2 jelah akan tido kat umah..
Kat tempat keje, aku check  selok belok hp aku.
Aku spend a lot of time nak siasat ni.. then, jeng-jeng..
aku baru ingat yang hp aku ada Camera360 yang ada effect gambar hantu.
tq mr GOOGLE
gambar ni aku ambik dari MR GOOGLE

toyol macam dalam gambar tu lah dia nya..
tapi gambar aku tu tak dapat nak tunjuk, dah kena delete dah!!

buat orang neves je.. huhu
Skang aku boleh tersenyum kembali. Cess!
sib baik aku tak kena heart attack!


Friday 19 April 2013

Tiba Masanya...PRU13


Anda nak yang mana?
Negara kita negara demokrasi.. buatlah pilihan yang bijak, kerana hak di tangan anda!
Bila bendera telah dipacakkan, itu tandanya masa dah tiba..
Yang merantau, kembali ke desa..
Yang di desa..mengibar bendera..

Anda nak yang mana?
1Malaysia yang dipuja? Kebajikan rakyat yang diutama?
atau
Ini kalilah??


berkibar megah..

Depan rumah je. Takyah nak pi ambik gambar jauh2..

Hihi.

Aku memerhati orang berkata- kata.. 
Hurmmm..sedikit pun tak goyah keimanan.
Semoga perjalanan PRU13 kita dalam keadaan aman.
Semoga pilihan mendapat kemenangan..


Hujan rahmat..

Jom pergi mengundi
Semak daftar pemilih PRU13 kat sini --->

                               http://daftarj.spr.gov.my/