Sunday 28 October 2012

-- Catatan Aidiladha 1433H --




Malam Raya Aidiladha 1433H

Masih resah gelisah.. (over betul!)
Tak tau nak buat hape..
Menu untuk raya esok tak rancang betul2 lagi.

nak mula memasak, liat sikit.
Petang tadi, dah pergi rumah mak. 
Tolong mak buat ketupat palas. 

Yang 3 segi tu.. boleh tahan. Pandai juga membungkus ketupat (selalu puji diri sendiri) :P

Nak kena selalu buat.. 
Baru jadi cantik.


Lepas solat Isyak
Balik dari surau, suami dan anak- anak terus ke rumah mak, tolong bakar lemang..
Manakala saya kat rumah aje. Malam  tu, baru nak  mula sikit -sikit potong bawang, rebus keledek, rebus daging.. 

Ni untuk menu utama raya korban esok hari.. Kononnya nak masak Mi Jawa..

Pukul 10.30malam, 
masih melekat kat depan tv.. tunggu cerita TALI kat tv2.. Best juga cerita tu.. Sekejap ke dapur, sekejap depan tv.. 
Tak boleh jadi ni.. 
Bila kerja saya nak siap!


Sambil layan tv, saya masuk ke dapur sediakan menu raya pertama.. Puding roti karamel.

Senang saja.. 
kukus , grill , panggang.. kukus , grill, panggang.. hihihi..

Mana ada.. kukus je lah..sejam kamudian masaklah ia..

Buat sebiji aje (seloyang).
Tak buat banyak-banyak.. sebab petang raya cadangnya nak balik ke Kelantan.

5.00 pagi, 10 Zulhijjah..
Saya dah bangun dari tidur yang lenaaaa...
Tengok jam, dah pukul 5pagi.. Neves gila! Macammana mi jawa saya..
Maka bertungkus lumuslah pagi tu.. 


6.30pagi- menu raya dah siap..
Taraaaa.. ini dia mi jawa saya.. 
tak sempat nak hias cantik- cantik 
cam dalam masterchef tu. 







Jemput makan..


Letak dalam mangkuk ni pun cuma nak ambik gambar saja. Tak lalu nak makan pagi- pagi ni..

Suami bangun, sembahyang dan siapkan anak dengan baju raya..
Sarapan, ambil emak untuk sama- sama ke masjid untuk sembahyang raya..


9.30pagi- kami ke lokasi penyembelihan lembu korban..
Kami ambil satu saja bahagian korban tahun ini..


Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) selain daripada menyembelih sembelihan (korban), sesungguhnya ia akan datang pada hari akhirat nanti bersama tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya darah yang jatuh daripada sembelihan korban itu sampai kepada Allah sebelum  jatuh ke atas tanah maka sempurnakanlah sembelihannya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Pak Abu, Pak Ali, Pak Haji..semua 
datang menolong



..gotong -royong melapah daging korban..




“Dan tunaikanlah solat (kerana Tuhanmu) dan sembelihlah.” (Surah al-Kauthar, ayat 2)






Ramai juga yang hadir..  4 ekor lembu kesemuanya.. seronok tengok semangat gotong royong penduduk di sini..



7.00malam-
Kami bertolak ke Kelantan.
Nak isi minyak di stesen minyak Gambang (ikut lebuhraya Pantai Timur).. 
berderet kereta. 2 pam je yang ada minyak. 

Oleh kerana minyak masih lagi mencukupi, suami meneruskan perjalanan menuju Terengganu.

Cadangnya nak isi minyak di stesen Petronas Bandar Al-Muktafi billah Syah..


ermmm...minyak kat stesen tu dah habis! 
banyak kereta yang kehabisan minyak!  Kelihatan muka-muka yang hampa.. Macam mana nak teruskan perjalanan?? Huhu.. sian, tengok muka sedih diorang..

Syukurlah, stesen minyak Caltex di Bukit Besi jadi penyelamat!


12.30 tengah malam.. 
kami daa sampai.. This is Kota Bharu! 


terus tidur...
Ngantukkkk wei!!!!









Monday 1 October 2012

Cerita Jenaka - Bersalin kembar






Da lama tak ketawa kan?.. ketawalah sikit..

Kalau macam tu,  mari kongsi baca kisah lucu..

Kisahnya berlaku di sebuah hospital.. wad bersalin..

Kisahnya begini....

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka di ruang rehat sebuah hospital. 

Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Setelah beberapa lama menunggu,

seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu 
berkata kepada lelaki  A, 
“Tahniah! isteri Tuan telah selamat melahirkan anak kembar dua.”

“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di Menara Berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.


Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki B, 
“Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. 
Tahniah!”

“Apa? Kembar tiga!  Kebetulan pula, saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua itu.


Setengah jam kemudian,  jururawat yang sama sekali lagi datang. Dia  memberitahu kepada lelaki C, 
“Tahniah!
 Isteri Tuan selamat. 

Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.


“Kembar empat!  Sungguh saya tak menduga kejadian ini,  saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.



Lelaki  D mula mundar-mandir kegelisahan. 

Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. 
Salah seorang lelaki tersebut  bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


Kihkihkih..
(ketawa sopan je tau..)