Monday 30 July 2012

Cerita Lawak Nenek Beranak



Benda- benda lawak, sesungguhnya boleh menceriakan hidup seseorang.. juga membahagiakan. Cuma jangan terlebih, sudaa la..  Byk ketawa, ilang ilmu.. tu kata orang tua-tua!

Hari ni nak kongsi cerita lawak yang pernah saya baca..tapi lupa dari mana sumbernya.. Jadi dikongsikan di sini. 

Ceritanya begini..
Nenek  lewat 60-an  telah melahirkan seorang bayi. Ramai yang terkejut dan rakan-rakan yang mengenali datang berkunjung untuk menjenguknya. Kunjungan mereka diterima dengan senang hati. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “tunggu sebentar ye”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “tunggu sebentar”. Akhirnya tetamu yang hadir  tertanya- tanya. “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis!”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

LOL!

Hey korunk,  ketawalah sket!!

Friday 27 July 2012

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai






lagu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya tetap cari lagu ini bila Ramadhan menjelma.Lagu nyanyian kumpulan Raihan /Man Bai ni memang best.. 


Harapan Ramadhan




Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua




____________________________

Apa harapan Ramadhan korang? OMG!! Hebatnya. Apa- apapun semua antara kita mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita ini bukan?








Monday 23 July 2012

11 Cara Didik Anak Dalam Islam


Salam sayang pada uols yang manis, yang hensem tu.. 
Senyumla sket..lagi tambah comel tau!! Senyum tu kan sedekah..
Korang ada anak tak? @ akan ada anak?  @ baru nak berkira- kira untuk ada anak??  @pun belum jumpa lagi teman hidup?
Walau apapun kategori "korunk"(hihihi..sekali sekala guna bahasa budak2 skunk!) tak kisah la.. yang pastinya, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya nak kongsi cara mendidik anak.

Urmm..cakap pasal anak @ cahayamata ni, saya ada sorang kawan yang bakal lahirkan dua orang anak kembar..seronoknya!! Tahniah kat kawan saya, Meen yang comel tu & suaminya encik Azhar :)


Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih.. kitalah (ibubapa) yang mencorakkannya. Betul tak? Oleh itu, ibubapa harus menitikberatkan cara mendidik yang betul. Jom sama- sama kita praktikkan.. bukan untuk anak sahaja, juga untuk kita..


1. Didiklah anak  agar makan dengan tangan kanan, membaca basmalah, mulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua). Kemudian elakkan  ia dari memandang makanan dan orang yang sedang makan. Elakkan jeling menjeling makanan orang lain ..akan menimbulkan ketidakselesaan .

2. Didiklah anak  agar tidak tergesa-gesa dalam makan.  Mengunyah dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Dengan kata lain gelojoh!!  Ishk,tak elok kan? 

3. Didiklah anak  agar  tidak bermewah-mewah dalam makan. Juga diajari agar tidak terlalu banyak makan dan berilah  pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, iaitu hanya mementingkan perut saja.

4.  Didiklah anak  agar  mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak sahaja.

5.  Didiklah anak  agar rasa cinta untuk membaca al Qur’an dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur’an dengan tafsirnya, hadits-hadits Nabi n dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah orang-orang soleh dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar sentiasa mencintai dan meneladani mereka

6.  Didiklah anak  agar  melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia jangan segan-segan memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagiakannya. Jika suatu kali melakukan kesalahan, jangan disebarkan di hadapan orang lain sambil dinasihati bahawa apa yang dilakukannya tidak baik.

7.  Jika ia mengulangi perbuatan buruk itu, maka hendaknya dimarahi di tempat yang terpisah dan tunjukkan tingkat kesalahannya. Katakan kepadanya jika terus melakukan itu, maka orang-orang akan membenci dan meremehkannya. Namun jangan terlalu sering atau mudah memarahi, sebab yang demikian akan menjadikannya kebal dan tidak terpengaruh lagi dengan kemarahan.

8.  Didiklah anak  dalam berkomunikasi.

9.  Didiklah anak  agar  tidak membanggakan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanannya di hadapan teman sepermainan. Biasakan ia ber-sikap tawadhu’, lemah lembut dan menghormati temannya.

10. Didiklah anak  agar  anak telah mencapai usia tujuh tahun  diperintahkan untuk solat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci (wudhu) sebelumnya. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah baligh, maka bebankan kepadanya perintah-perintah.

11. Didiklah anak  agar   bersikap taat kepada orang tua, guru  dan secara umum kepada yang usianya lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat.


Insyaallah, cuba dipraktikkan..semoga segala usaha kita akan diberkati olehnya.

Wallahu a’lam.

Friday 20 July 2012

Fadhilat Solat Tarawih



Salam Ramadhan semua..
Syukur alhamdulillah..kita masih berkesempatan mengerjakan ibadah puasa untuk tahun ini. Ibadah yang diwajibkan keatas umat Islam di muka bumi ini. 

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( Al-Baqarah : 183 ).


"Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), kerana itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa... " ( Al-Baqarah: 185).

" Telah bersabda Rasulullah saw. : Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah, dan mengakui sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah. Mendirikan Solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji  ( HR.Bukhari Muslim ).



1. Pahala Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman/mukmin sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Pahala Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya .

3.Pahala Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4.Pahala Solat Tarawih Malam Keempat
Malam keempat, diberi pahala seakan-akan membaca Taurat,Injil,Zabur dan Alquran

5. Pahala Solat Tarawih Malam Kelima
Malam kelima,diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid madinah dan masjid Al-aqsa

6. Pahala Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Pahala Solat Tarawih Malam Ketujuh
Malam ketujuh, ia seakan-akan telah mengalami masa nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman


8. Pahala Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9.Pahala Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Pahala Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11.Pahala Solat Tarawih Malam Kesebelas
Seperti baru keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seumpama baru dilahirkan oleh ibunya
.
12. Pahala Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama

13. Pahala Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Pahala Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan karenanya ia tidak menghadapi hisab

15. Pahala Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16.Pahala Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Pahala Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Pahala Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Pahala Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjat orang yang beriman di dalam Syurga Firdaus.

20. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut
.
27. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29.Pahala Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Pahala Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Itu sahaja..
Jom beramal.













Saturday 14 July 2012

Rahsia Tahi Lalat


gambar--GOOGLE

Saya ni bukan ahli nujumpun..cumanya, entri  kali ini,  kononnya nak berkongsi tentang  rahsia tahi lalat yang melekat kat badan -badan korang semua.. Sama ada ia benar atau sebaliknya, janganlah kita terlampau taksub untuk percaya pula. Kalau sekadar suka-suka, apa salahnya. Tapi, setiap kejadian tuhan tu tentu ada rahsia disebaliknya.
Tentu seronok kan , kalau tahi lalat korang tu, memberi makna yang baik..  Ni dapat melalui pembacaan..jadi apa salahnya kita kongsi. Sharing is caring...

1. Atas kepala---- bijak @ kreatif
2. Ubun- ubun  kepala-------Kurang bersikap jujur    dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Kepala ( kanan)---------- Terkabul cita-cita
4. Kepala (belakang) --------------Baik, jujur, rajin
5. Bibir atas kanan-----Murah rezeki, bijak
6. Bibir atas kiri------------Disenangi orang
7. Bibir bawah kanan------- Berhemah dan disukai orang
8. Bibir bawah kiri ------------- Petah berkata-kata
9. Dahi----------Mempunyai kelebihan yang tersembunyi tetapi banyak iri hati.
10. Bulu kening kiri---------Menarik tetapi banyak dugaan mendatang.
11. Bulu kening kanan--------Cerdas, seorang yang berjaya.
12. Bawah mata---------Sensitif 
13. Hidung-------Disukai ramai. Murah rezeki, tetapi mudah dapat penyakit berkaitan hidung.
14. Pipi kiri / kanan------Ego yang tinggi dalam perhubung
15. Telinga-------Keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. 
16. Tengkuk---------Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
17. Bahu kiri------------Kurang bernasib baik mencari rezeki, tidak disenangi.
18. Bahu kanan------------Banyak tanggungan. Dicemburui.
19. Dada------------Mudah mempercayai orang.
20. Betis----------Murah rezeki, hidup gembira.
21. Kaki----------Menandakan seorang yang suka berjalan @ buat aktiviti luar.
22. Dagu bawah kanan---------Jujur dan baik hati.
23. Dagu bawah kiri------------Bijaksana, dan berbudi luhur.
24. Tangan kiri---------Dipermudah rezekinya.
25. Tangan kanan---------Pemurah  dan  juga boros dalam berbelanja.

Eh, dah jumpa makna tahi lalat korang? Seronok la tu..seronokla tu..

Monday 9 July 2012

Roti Bergulung Sosej



Roti gulung sosej

Tara..ni dia resepi kita kali ni..






Sarapan dua tiga hari lepas..serta dijadikan bekalan untuk suami. Dah mulakan projek gulung- menggulung pada sebelah malamnya.. bukan apa, walaupun ia tak susah, tapi  agak banyak proses/benda nak kena buat..


Ia makan masa jugalah untuk orang yang bekerja. Maklumlah..pepagi hari, dah sibuk bersiap.


Ni resepi yang saya dapat dari Kak Jue (rakan seKirkby..KIC). Dia bawa bekal roti ni  ke kelas  tuari.. Memang best!!  Sekejap jer habiss.. Makanan free memang le bestkan? Hihihi..betul tak kak Jue?


Terus minta resepi.. Dah banyak kali buat.. Anak- anak suka sangat.. Sesuai dibuat sebagai sarapan pagi, minum petang..

Terima kasih kak Jue..

Kita share resepi ni yek..




ROTI BERGULUNG SOSEJ
Sumber :Kak Jue (KIC)

Bahan-bahan 

# Roti sandwich ikut suka jenama apa..gardenia ke, high5 ke..

(nak buang kulit tepi boleh, taknak pun ok..saya tak buang ponggg..)
# sosej ayam @ daging
# 1 biji telur - dipukul sedikit
# secubit garam
# sedikit serbuk lada sulah
# breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
# minyak untuk menggoreng


Cara-cara


1. Gelek roti hingga nipis/leper

2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan dengan kemas. (ada juga yang rebus dulu sosej untuk memastikan sosej tak mentah.
3. Gam kan roti tadi supaya tak terbuka.. gunalah gam gajah ke, gam uhu ke.. hihihihi..jangan buat, jangan buat...
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salutkan denga roti yg telah  dicelupkan dgn telur ke dlm breadcrumbs itu tadi..
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7.Angkat dan toskan..Insyaallah, minyak yang melekat tak banyak disebabkan roti yang dah di lenyek tadi.
Siap untuk dihidangkan..



*Boleh buat banyak2 dan simpan dalam esbok.. nak makan nanti gorengla..jangan pulak lupa nak goreng..


Selamat mencuba ye adik kakak semua..


Thursday 5 July 2012

Trip ke Melaka


Seawal pukul 4pagi lagi saya dah jaga dari tidur..


Sengaja dikunci jam hp awal2..banyak aktiviti pagi ni nak diselesaikan. Maklumlah..seorang ibu yang banyak tanggungjawab..


1. Goreng sosej gulung roti.. 
2. Goreng cekodok pisang..
3. Siapkan pakaian kerja suami, uniform sekolah anak..
4. Persiapan terakhir, sediakan makanan dalam bekas, pastikan roti dan air dibawa seterusnya, bertolaklah kami ke sekolah Hasif.. nak tunggu bas la ni... bes jugak. Lama dah tak gi rombongan macam ni.


Sampai kat sekolah, rupanya dah ramai yang menanti.. Boleh katakan semua peserta rombongan dah ada, bas aje yang belum muncul.. takpe..kami tunggu dengan penuh sabar.. GGrrrr...


Sambil menanti, sempatlah kami  sembahyang Subuh di asrama sekolah. Alhamdulillah. Seronok hati nak berjalan.


Jam 5.50pg, bas sampai. Perjalanan mengambil masa untuk  ke destinasi pertama Zoo Melaka lebih kurang 4 jam lebih.  (Dua kali berhenti untuk makan pagi dan sesi peserta bersaing ke tandas..hahaha) Sejuk weh ekon bas ni. Bas yang sangat selesa..


Oleh kerana saya menemani Hasif, (bukan sefamily) maka, gambar Hasif ajelah nampaknya..sekali sekali je minta orang ambilkan gambar saya nye.. Tak boleh lah nak posing lebih-lebih..




Awal2 lagi Hasif dah bergambar dengan binatang2 buas dalam zoo..siap p usap binatang2 tuh..



Gambar Hasif lagiiii..berlatarkan sepasang zirafah..




Burung nuri yang comel


Haaa..yang ini Hasif ambil gambar..



Bergambar dengan guru kelas Hasif, cikgu Fazirah.



Duk tunggu giliran naik Menara Taming Sari..




Hasif dan rusa-rusa..

Lawatan kami diakhiri dengan menaiki cruise mengelilingi bandar Melaka.. Gambarnya ada, cuma agak gelap dek kegelapan malam, dan keletihan yang dah mula terasa..

Terima kasih Melaka..






Wednesday 4 July 2012

Sekadar Renungan Nisfu Syaaban

Salam Nisfu Syaaban..


Malam yang sarat kemuliaan selepas malam Lailatulqadar.


Diriwayatkan , bahawa Sayyidah Aisyah RA berkata: " Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami berkata Baginda tidak berbuka, dan Baginda berbuka sehingga kami berkata Baginda SAW tidak berpuasa dan kebanyakan puasa Baginda SAW ialah pada bulan Syaaban".


Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya ia adalah bulan diserahkan kepada malaikat maut nama - nama yang akan dicabut nyawanya dan saya suka nama saya tidak ditulis melainkan ketika saya sedang berpuasa".

Sabda Rasulullah SAW: "Telah datang kepadaku, Jibril AS dan berkata, Wahai Muhammad, malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang menderhaka dan orang yang berterusan minum arak".


Jom beramal.