Seawal pukul 4pagi lagi saya dah jaga dari tidur..
Sengaja dikunci jam hp awal2..banyak aktiviti pagi ni nak diselesaikan. Maklumlah..seorang ibu yang banyak tanggungjawab..
1. Goreng sosej gulung roti..
2. Goreng cekodok pisang..
3. Siapkan pakaian kerja suami, uniform sekolah anak..
4. Persiapan terakhir, sediakan makanan dalam bekas, pastikan roti dan air dibawa seterusnya, bertolaklah kami ke sekolah Hasif.. nak tunggu bas la ni... bes jugak. Lama dah tak gi rombongan macam ni.
Sampai kat sekolah, rupanya dah ramai yang menanti.. Boleh katakan semua peserta rombongan dah ada, bas aje yang belum muncul.. takpe..kami tunggu dengan penuh sabar.. GGrrrr...
Sambil menanti, sempatlah kami sembahyang Subuh di asrama sekolah. Alhamdulillah. Seronok hati nak berjalan.
Jam 5.50pg, bas sampai. Perjalanan mengambil masa untuk ke destinasi pertama Zoo Melaka lebih kurang 4 jam lebih. (Dua kali berhenti untuk makan pagi dan sesi peserta bersaing ke tandas..hahaha) Sejuk weh ekon bas ni. Bas yang sangat selesa..
Oleh kerana saya menemani Hasif, (bukan sefamily) maka, gambar Hasif ajelah nampaknya..sekali sekali je minta orang ambilkan gambar saya nye.. Tak boleh lah nak posing lebih-lebih..
Awal2 lagi Hasif dah bergambar dengan binatang2 buas dalam zoo..siap p usap binatang2 tuh..
Gambar Hasif lagiiii..berlatarkan sepasang zirafah..
Burung nuri yang comel
Haaa..yang ini Hasif ambil gambar..
Bergambar dengan guru kelas Hasif, cikgu Fazirah.
Duk tunggu giliran naik Menara Taming Sari..
Hasif dan rusa-rusa..
Lawatan kami diakhiri dengan menaiki cruise mengelilingi bandar Melaka.. Gambarnya ada, cuma agak gelap dek kegelapan malam, dan keletihan yang dah mula terasa..
Terima kasih Melaka..
No comments:
Post a Comment