Salam sayang pada uols yang manis, yang hensem tu..
Senyumla sket..lagi tambah comel tau!! Senyum tu kan sedekah..
Korang ada anak tak? @ akan ada anak? @ baru nak berkira- kira untuk ada anak?? @pun belum jumpa lagi teman hidup?
Walau apapun kategori "korunk"(hihihi..sekali sekala guna bahasa budak2 skunk!) tak kisah la.. yang pastinya, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya nak kongsi cara mendidik anak.
Urmm..cakap pasal anak @ cahayamata ni, saya ada sorang kawan yang bakal lahirkan dua orang anak kembar..seronoknya!! Tahniah kat kawan saya, Meen yang comel tu & suaminya encik Azhar :)
Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih.. kitalah (ibubapa) yang mencorakkannya. Betul tak? Oleh itu, ibubapa harus menitikberatkan cara mendidik yang betul. Jom sama- sama kita praktikkan.. bukan untuk anak sahaja, juga untuk kita..
1. Didiklah anak agar makan dengan tangan kanan, membaca basmalah, mulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua). Kemudian elakkan ia dari memandang makanan dan orang yang sedang makan. Elakkan jeling menjeling makanan orang lain ..akan menimbulkan ketidakselesaan .
2. Didiklah anak agar tidak tergesa-gesa dalam makan. Mengunyah dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Dengan kata lain gelojoh!! Ishk,tak elok kan?
3. Didiklah anak agar tidak bermewah-mewah dalam makan. Juga diajari agar tidak terlalu banyak makan dan berilah pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, iaitu hanya mementingkan perut saja.
4. Didiklah anak agar mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak sahaja.
5. Didiklah anak agar rasa cinta untuk membaca al Qur’an dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur’an dengan tafsirnya, hadits-hadits Nabi n dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah orang-orang soleh dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar sentiasa mencintai dan meneladani mereka
6. Didiklah anak agar melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia jangan segan-segan memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagiakannya. Jika suatu kali melakukan kesalahan, jangan disebarkan di hadapan orang lain sambil dinasihati bahawa apa yang dilakukannya tidak baik.
7. Jika ia mengulangi perbuatan buruk itu, maka hendaknya dimarahi di tempat yang terpisah dan tunjukkan tingkat kesalahannya. Katakan kepadanya jika terus melakukan itu, maka orang-orang akan membenci dan meremehkannya. Namun jangan terlalu sering atau mudah memarahi, sebab yang demikian akan menjadikannya kebal dan tidak terpengaruh lagi dengan kemarahan.
8. Didiklah anak dalam berkomunikasi.
9. Didiklah anak agar tidak membanggakan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanannya di hadapan teman sepermainan. Biasakan ia ber-sikap tawadhu’, lemah lembut dan menghormati temannya.
10. Didiklah anak agar anak telah mencapai usia tujuh tahun diperintahkan untuk solat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci (wudhu) sebelumnya. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah baligh, maka bebankan kepadanya perintah-perintah.
11. Didiklah anak agar bersikap taat kepada orang tua, guru dan secara umum kepada yang usianya lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat.
Insyaallah, cuba dipraktikkan..semoga segala usaha kita akan diberkati olehnya.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment