Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, 5 August 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Salam Aidilfitri buat semua.. rasanya belum terlambat untuk cikzann mengucapkannya. Kami sekeluarga menyambutnya  di Pahang dan balik juga ke Kelantan pada petang hari raya kedua. 


Seronoknya anak2 beraya.. 

Si kecil siap menghafal doa mandi sunat hari raya, yg diajarkan oleh cikgunya.. begitu terujanya dia nak beraya..


Beraya di rumah emak dipagi hari raya.. adik beradik, anak saudara berkunjung memeriahkan suasana.

Abang dari Johor pun balik beraya tahun ni.. adik plak beraya dengan isteri di Kemaman

Juadah lontong di pagi raya.. berkat kesabaran memasak walaupun keadaan kurang sihat. Spaghetti juga disediakan..


suami dan abang serta anak sedara cikzann..



Rakan sekelas Husna pun datang beraya..

Semoga hari raya memberi keberkatan dalam hidup kita semua.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H





Sunday, 11 August 2013

Eid ul-Fitr 1434


May Allah fulfill your every wish..
and bless you wish..
Prosperity, Strengths
& Happiness















Mengunjungi pusara yg telah tiada..


Hero Malaya.


cik mek kelate belakoww!!


cikzann yg makin bulattt..
abaikan!!!
huhu.




si comel ain yg memangggg comel!!


anak dengan kazen di Pasir Pekan..


Warm wishes from my family and myself..
to say,

Eid  Mubarak





Sunday, 28 October 2012

-- Catatan Aidiladha 1433H --




Malam Raya Aidiladha 1433H

Masih resah gelisah.. (over betul!)
Tak tau nak buat hape..
Menu untuk raya esok tak rancang betul2 lagi.

nak mula memasak, liat sikit.
Petang tadi, dah pergi rumah mak. 
Tolong mak buat ketupat palas. 

Yang 3 segi tu.. boleh tahan. Pandai juga membungkus ketupat (selalu puji diri sendiri) :P

Nak kena selalu buat.. 
Baru jadi cantik.


Lepas solat Isyak, 
Balik dari surau, suami dan anak- anak terus ke rumah mak, tolong bakar lemang..
Manakala saya kat rumah aje. Malam  tu, baru nak  mula sikit -sikit potong bawang, rebus keledek, rebus daging.. 

Ni untuk menu utama raya korban esok hari.. Kononnya nak masak Mi Jawa..

Pukul 10.30malam, 
masih melekat kat depan tv.. tunggu cerita TALI kat tv2.. Best juga cerita tu.. Sekejap ke dapur, sekejap depan tv.. 
Tak boleh jadi ni.. 
Bila kerja saya nak siap!


Sambil layan tv, saya masuk ke dapur sediakan menu raya pertama.. Puding roti karamel.

Senang saja.. 
kukus , grill , panggang.. kukus , grill, panggang.. hihihi..

Mana ada.. kukus je lah..sejam kamudian masaklah ia..

Buat sebiji aje (seloyang).
Tak buat banyak-banyak.. sebab petang raya cadangnya nak balik ke Kelantan.

5.00 pagi, 10 Zulhijjah..
Saya dah bangun dari tidur yang lenaaaa...
Tengok jam, dah pukul 5pagi.. Neves gila! Macammana mi jawa saya..
Maka bertungkus lumuslah pagi tu.. 


6.30pagi- menu raya dah siap..
Taraaaa.. ini dia mi jawa saya.. 
tak sempat nak hias cantik- cantik 
cam dalam masterchef tu. 







Jemput makan..


Letak dalam mangkuk ni pun cuma nak ambik gambar saja. Tak lalu nak makan pagi- pagi ni..

Suami bangun, sembahyang dan siapkan anak dengan baju raya..
Sarapan, ambil emak untuk sama- sama ke masjid untuk sembahyang raya..


9.30pagi- kami ke lokasi penyembelihan lembu korban..
Kami ambil satu saja bahagian korban tahun ini..


Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) selain daripada menyembelih sembelihan (korban), sesungguhnya ia akan datang pada hari akhirat nanti bersama tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya darah yang jatuh daripada sembelihan korban itu sampai kepada Allah sebelum  jatuh ke atas tanah maka sempurnakanlah sembelihannya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Pak Abu, Pak Ali, Pak Haji..semua 
datang menolong



..gotong -royong melapah daging korban..




“Dan tunaikanlah solat (kerana Tuhanmu) dan sembelihlah.” (Surah al-Kauthar, ayat 2)






Ramai juga yang hadir..  4 ekor lembu kesemuanya.. seronok tengok semangat gotong royong penduduk di sini..



7.00malam-
Kami bertolak ke Kelantan.
Nak isi minyak di stesen minyak Gambang (ikut lebuhraya Pantai Timur).. 
berderet kereta. 2 pam je yang ada minyak. 

Oleh kerana minyak masih lagi mencukupi, suami meneruskan perjalanan menuju Terengganu.

Cadangnya nak isi minyak di stesen Petronas Bandar Al-Muktafi billah Syah..


ermmm...minyak kat stesen tu dah habis! 
banyak kereta yang kehabisan minyak!  Kelihatan muka-muka yang hampa.. Macam mana nak teruskan perjalanan?? Huhu.. sian, tengok muka sedih diorang..

Syukurlah, stesen minyak Caltex di Bukit Besi jadi penyelamat!


12.30 tengah malam.. 
kami daa sampai.. This is Kota Bharu! 


terus tidur...
Ngantukkkk wei!!!!









Tuesday, 18 September 2012

Menu Raya : Roti Jala ala Izanne





Syawal dah berakhir.. 
tapi last Syawal tuari, saya menerima kehadiran sepasang tetamu.. 

Last2... sudi juga eh ekau datang beraya kat sini.. 

Sebagai meraikan tetamu terakhir nih..saya dengan rasa bangganya menyediakan diorang menu dari air tangan saya sendiri..takmo beli- beli..  takmo order- oder.. 


Inilah hasil air tangan saya.. Juadah untuk tetamu istimewa pada Syawal terakhir..



Dari kecil ke besar..haha.. ni hasil gulungan Husna--budak 4 tahun..rajin dia nak menolong!





Inila tetamu kami..sorang cekgu..sorang cekgi..


Juga sebagai memenuhi permintaan wanita yang mengidam..saya dengan senang hati memenuhi hajatnya.. Bukan menu hebatpun..tapi memerlukan sedikit kerajinan.. 

Kredit buat kakak ipar nun di Kelantan yang sudi beri tunjuk ajar buat roti jala ni.. 

Thxxx.. 


Resepi Roti jala ala Izanne 


Bahan-bahan: 

1 kg tepung gandum 
1 camca Pewarna kuning telur 
2 biji telur 
Perasa 

Cara-cara: 

Adun kesemua bahan dengan air secukupnya. Gunakan acuan roti jala, tebarkan adunan menggunakan acuan di atas kuali leper. 

Selamat mencuba..







Wednesday, 29 August 2012

Salam Aidilfitri






Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya  aidilfitri buat uols..
Meriahnya aidilfitri kan?


Kenang- kenangan beraya bersama biras..di rumah keluarga suami di Kg.Lapang Pari, Pengkalan Chepa.
Raya ke3 ,berposing sebelum ke rumah terbuka kakak ipar di Redland..(Ce teka, ce teka kat mana tu..hehe..)






Ini plop, kat umahku syurgaku..raya ke4..Kg.Luit, Maran, Pahang..
Posing sebelum jejalan raya kat kampung ni pula.. 
Walau dah hari raya ke4, kami buat-buat le meriah sendiri... malam tu siap men bunga api..



Dengan Hasif..yang berlakon buat-buat nak amek kuih raya..
Pandai berlakon ekk..


Abah pun nak posing ngan anak-anak..
Tapi tak cukup sorang lagi..
Si kecik Hafiy.




Gambar kami sekeluarga di hari raya ke5..
 Payahnya bebudak comel ni nak senyum..





Rumah pertama kami setelah balik ke Pahang..
Comel isteri tuan rumah ni kannn..



Bersama antara tetamu yang hadir beraya..
Alhamdulillah..meriah juga hari raya ke5 kami..
Menu raya hari tu..roti jala..menu istimewa dipelajari dari kakak2 ipar yang tak jemu-jemu beri tunjuk ajar..
Sampaikan cara men"jala" roti pun diajar dengan teliti..
Insyaallah, roti jala cantik akan terhasil..
Bukan yang sedebuk, macam telur goreng dadar tuh!
Hahaha..
Thx kak Pasir Pekan & kak Je..


Setakat inilah dulu..
Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan andai ada salah dan silap.
..Salam aidilfitri dari kami sekeluarga..