Monday 27 February 2012

Makan- makan@ Majlis Kawen

Bulan Januari tuari,
 saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan jiran kami..
   Majlis sederhana tetapi meriah.. 





Gambar-gambar hantaran Kahwin Wini




Anak- anak di majlis kawen.


Ambil kesempatan bergambar di hadapan pelamin yang hebattt..



Nak ambil gambar ngan pengantin leh..



Pasukan Harimau Muda mana ni?
Basuh pinggan ke buat apa?








Gambar bawah
Kak Wa , Hafiy & Husna di Majlis Kawin Nurul Jannatul Adnin..



Loi & suami..



Ni plak hantaran kawen Tr. Min.. Org Jengka 19..
Selamat Pengantin Baru Minnn..




Selamat Pengantin Baru buat Wini & husband, Loi & husband, Min & husband..
Semoga berkekalan ke akhir hayat..
Dilimpahi rezeki.. bahagia dunia akhirat..
Aminnnn....




Orang Alor Setaq Pi Kelantan

Kisah Lucu 1


Haha.. macam- macam ragam.. Bila orang yang kaya loghat negerinya datang ke negeri yang juga kaya dengan loghat negeri  itu..

Bukan dengar cerita orang..tapi  terdengar sendiri di cuping telinga saya.. Cite lucu ni berlaku kat sebuah kedai di Rantau Panjang , Kelantan. Saya rasa semua sudah maklum yang Rantau Panjang ni adalah sebuah daerah yang menjadi tumpuan orang ramai tak kira orang tempatan mahupun luar negeri Kelantan. Di sini pebagai barangan dengan harga yang agak murah ada dijual. 

Pada hari tersebut, saya bertembung dengan ramai orang dari Kedah. Daripada loghat percakapan mereka itulah yang memperkenalkan asal mereka.

Tujuan saya ke Rantau Panjang bukanlah nak beli barang banyak sangat.. saja- saja jejalan dan juga nak tengok kalau- kalau ada jersi yang sesuai untuk anak saya.. Kat sini memang banyak jersi yang bermutu walaupun mungkin bukan jersi original..

Saya masuk ke kedai pinggan mangkuk. Ini memang kegemaran saya. Konon nak survey harga. Ada beberapa orang makcik dari kedah sedang memilih barang. Salah satu yang menarik perhatian makcik - makcik tu ialah bekas simpanan ais@nasi panas.

Hok mano mokcik nok? 
Ha, yang itu..? (sambil menujukkan kearah bekas tersebut )
Peniaga tercari-cari barangan yang dimaksudkan oleh makcik tersebut.
Yang itu lah...
Oooo..yang ni bocong... (orang Kelantan menyebutnya dengan nama bocong)
Apa? Bocoq? Tak maulah makcik
Bakpo tok mau? 
Dah barang tu bocoq..
Kih..kih..kih..
Saya yang ada di situ menyampuk..
Makcik..orang kat sini, panggil barang yang makcik nak beli tu bocong. Bukan barang tu  bocoq makcik..
Semua makcik yang ada kat situ sama -sama ketawa...

Wan Zack Haikal @ Maran, Pahang





Tajuk hebat terrrr... (tang  nama Wan Zack tu yang jadi hebat!!)


kali ni, cikzann nak kenalkan sebuah daerah, iaitu Maran..  Bukan Kumaran @ Manimaran...huhu
Ini  adalah  sebuah  tempat di negeri Pahang Darul Makmur. 

Aksi lincah Zack
Ni apasal pulak ada gambar Wan Zack ni..peminat fanatik ke??

Uolls,
Ada yang masih tak tahu le..Maran tu sebuah daerah.. takpe..nanti cikzann kenalkan... (ermm..rajinnya makcik ni.. )

Selalu sangat terjadi.. Bila baru berjumpa dengan kenalan baru..cikzann gtau, tinggal kat Maran.
 Ramai gak akan bertanya balik,  "Maran kat Terengganu ke?"  
ermmm. salah tu.salah tu.... 
tak baca buku la tu.. hi.hi..


i kasi tau lg, "itu Marang.. yg  ada 'g".. dan Maran, kat Pahang.." "Maran terletak antara Temerloh dengan Kuantan"..tu ayat beri diorang2 nih faham.. 


Pemandangan indah di tepian sungai Maran yang mendamaikan..


tak tau takpela..
Tapi sekurang -kurangnya, korang kena tahu..yang    
Wan Zack Haikal b. Wan Nor tu adalah orang Maran..
Dia pun mengaku. Ok le tu.. (wpun i pun tak penah jumpa dia) bangga jugakla.. coz i minat bola.




Ni le agaknya gambar pasport Zack ye..

Sebenarnya nak cite pasal Wan Zack seciput tu je. Jgn marah aaaa..

Jom tengok- tengok bandar Maran ni..

Maran adalah sebuah pekan kecil.. Ia adalah sebuah bandar bagi sebuah daerah. Jika dibandingkan dengan Temerloh, sangat jauh taranya.. Namun pembangunan sikit demi sedikit mampu merubah bandar ini menjadi bandar yang dikenali..

Seperti dalam entry sebelum ni, i mengaku bahawa i adalah orang Kelantan, berkahwin dengan orang Kelantan. Tapi dibesarkan dalam daerah Maran ini sejak berusia 2 tahun lagi. Disinilah i bersekolah. Suka dukaku di Maran.. Setelah habis sekolah, barulah sekarang  dapat pulang semula ke sini.. 






Gambar pekan sehari.. Hujan lebat kemain time ni..tapi orang tetap ramai..

Tahukah anda.. Setiap daerah  dalam negeri Pahang ini mempunyai gelaran  masing-masing.  Jika bandar Temerloh mendapat jolokan Bandar Ikan Patin disebabkan ikan patinnya yang terkenal, Maran pula dikenali sebagai Bandar Ayam Kampung.. sebabnya, saya tak pasti pula kenapa dapat nama tu.. 
Tu diaa.. penanda  bandar ni..kat traffic light, nak masuk bandar 


Jom singgah dan bersolat di masjid Maran...
Cantik sangat tau....  Terletak di atas bukit..tersergam indah..
Salah satu mercu tanda bagi anda yang baru sampai ke bandar ini. Masjid As- Syakirin namanya. Bukan sahaja cantik, tetapi mendamaikan. 


Cantikkan?


Moh kita main golf

Maran Hill Golf Resort


Bagi sesiapa yang berkunjung ke Maran , usahlah risau.. kerana di sini ada chalet- chalet untuk disewa dengan kadar yang sangat berpatutan. Lokasi chalet yang berhampiran Taman Tasik  juga menarik pemandangan. Nak men golf pun boleh....


 Ewahhh..promote Maran..
 Dato' YB...nak kena beri pingat kat cikzann nihh.. tehee...





siyes....selesa gila kat chalet ni

Pemandangan tasik kat chalet Maran


Dah kenal dengan bandar Maran..???
Jumpa di sini.. 

Wassalam.



p/s: kalau korang perasan..ada kesilapan ejaan blogspot..abaikan aje le yek!








Thursday 23 February 2012

Bila dah lambat..


Bila dah lewat bangun pagi...
Semua jadi serba tak kena.. Rasa banyak sangat yang masih tak selesai.. Itu padahnya kalau tak selesaikan kerja awal-awal..

Fuhhh.. tak menang tangan rasanya. Tak tau nak capai yang mana.. 
Rancangan nak siapkan nasi goreng sebagai sarapan anak sebelum ke sekolah juga tergendala. Nasi yang dah masak ditinggalkan begitu sahaja. 

Haru biru rasanya.  Saya bukan jenis orang terdesakkk..maksudnya, jenis tak boleh membuat kerja dalam keaadaan tergesa-gesa.. Sebab tu lah saya pastikan sentiasa bangun awal  seawal 5.00 pagi. 

Lewat bangun ke ni.. senyum aje tu..

Masa tu, saya dapat sediakan sarapan untuk keluarga tersayang saya, saya dapat sediakan baju sekolah anak..
Masa ini juga saya gosok baju.. Saya suka pakai baju yang hangat - hangat lagi tauuu..  

Hari ni, ada Sambutan Maulidur Rasul di sekolah anak. Jadi kena gosokkan baju melayu untuk mereka.. 

Tapi, 
bila jadi lewat macam ni...Haru biru, merah, oren semuanya datang... Saya tak biasa
lambat...
Pagi ni dah la lambat, nak kena singgah petrol pam plakkkk.. kalau tak singgah kang tak sampai saya kat tempat kerja..

Saya memang pemandu berhemah. Hahaha.. jadi,  bila dah lambat, tetap berhemah.. saya memandu macam orang makan angin.. Itu kata-kata  mereka yang selalu memandu belakang kereta saya.  Pandailah korang semuaaaa!!!!!

Tapi, 
saya tengok..orang lain lewat sampai ke tempat kerja ..selamba je..mungkin diorang dah biasa daaa..

Wednesday 22 February 2012

Puding Raja -ermmm..best!






Jom hilangkan bosan..

tengok- tengok gambar puding raja saya ni.. 
Belum hebat memasak..
nak kena jengah selalu dapur  cik Mat Gebu tuk  belajar memasak..

Selalu juga buat puding  raja kalau bahannya ada ..
 Yang paling penting, kena ada  jala mas.   
Selalunya saya beli kat Kelantan waktu balik kampung.  Tahan lama, tapi kena letak kat tempat ais.. 
Harga jala mas ni kira boleh tahanlah, sebabnya diperbuat daripada kuning telur.  
Lagi berkualiti kalau diguna telur itik.. 

Yang ni, buat sempena bday anak sulung , Harith 12 Feb tuari..



Fuhh..makan macam tu pun sodap..


Ini plak jala mas yang saya maksudkan tu..Baru kuar dari peti ais..


Fungsi jala mas?? 
Ia hanya sebagai penghias puding raja.. Yang warna kuning tu lah jala mas.  Walaupun cuma sebagai penghias,  tapi kalau tade.. kurang la bes nyer..  
Bak kata  orang tak ada serinya..  

Ambil sudu ni apa hal..nak ngap la tu...


Rasa jala mas memang manis tapi sodappppp sangat.. Hahahaha.. Jangan makan banyak- banyak sekali gus.. makan sket- sket je ye.. 
Bukan apa, nanti cepat habisss.. Mahal tu... (uiiii..kedekutnya..hihi)


Apalagi yang ada dalam Puding Raja..Macam- macam ada.. Ada kekacang, ada pisang.. Jom layan gambar puding raja saya.

Terima kasih pada  kak Rudhiah  ,kakak ipar tersayang..(wahai kakak2 ipar yang lain, korang pun saya sayang tau..), terimakasih kerana banyak berkongsi resepi ngan saya.. banyak resepi dia yang saya dapat... hahahaha....

Bukan curi-curi tau.. Minta dan berguru... 
TQ..TQ..TQ..













Sunday 19 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H



Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan salam Maulidur Rasul pada semua yang beragama Islam. Alhamdulillah, sejak akhir2 ini memang banyak sambutan sempena Maulidur rasul dibuat. Di masjid-masjid, di sekolah-sekolah dsb. Untuk tahun ini pemilihan  tema ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.


Kelahiran Rasulullah saw merupakan satu rahmat yang bersifat menyeluruh iaitu meliputi soal- soal membimbing ummat, mengukuhkan nilai hidup dan mengajak ke jalan yang diredhai Allah swt. Berdasarkan kerangka misi inilah, Rasulullah saw mewariskan kepada umat Islam al-Quran dan sunnahnya sebagai panduan mencorak hidup yang lebih bermakna dan diredhai Allah.
Bagi yang tak sempat membaca, hayatilah sajak di bawah ini yang menceritakan segalanya...


Sajak Maulidur Rasul

Oleh Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa
hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.


Salam Maulidur Rasul 1433H