Obesiti boleh dikategorikan sebagai berat badan yang berlebihan hingga 30% lebih dari sepatutnya. Apa faktor obesiti? Antaranya pemakanan yang tidak sihat, kurang aktiviti bersenam, disebabkan penyakit tertentu dan ada juga yang disebabkan keturunan..
Menurut kajian, setiap seratus orang yang berusia 25 hingga 64 tahun terdapat seramai kira -kira 14 orang lelaki dan 19 orang perempuan yang mengalami masalah obesiti.
Perlu diingatkan bahawa, kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia bermula tanpa disedari jika perkara-perkara seperti pemakanan tidak dititikberatkan. Lantas akan menghadirkan penyakit seperti penyakit jantung serta turut menurunkan keyakinan dalam diri seseorang itu.
Kenapa wanita mudah mengalami kegemukan berbanding lelaki? Diriku sebagai contoh. Sepuluh tahun yang lalu..aku adalah seorang perempuan yang slim (ye ke ni..hihihikkk..) Lawak tul lah..kalau suamiku baca dah tentu aku diketawakannya.. Dengan ketinggian 156cm, beratku masa tu sekitar 49kg gitu..tak kecik tuh!
tapi sejak kahwin..
Setelah satu, satu lagi aku beranak..lepas tu tambah lagi satu dan akhir sekali satu lagi.. Jadilah semuanya 4 orang dalam masa tujuh tahun aku kawen..hebat kann...sekarang dah berhenti dulu..cukuplah empat buat masa ini.. bukan kisah aku beranak kerap yang nak diceritakan, tapi...
Bila dah beranak dalam jarak masa yang rapat..mulalah aku tak sempat nak rehatkan diri dan menyelimkan badan yang semakin membesar. Seorang yang menghampiri obesiti...
Tahu tak..apa yang aku rasa?? Mak aiiii..susahnya nak pilih baju.. naik cemburu bila aku tengok orang yang berstatus mak orang, tapi mempunyai badan yang slim..cam Erna Di sini tu..
So, bermula dari situlah..aku sedar diri.. Seingatku..bermula Mei 2011..aku perlu buat sesuatu..bukan untuk orang lain..tapi untuk diri sendiri..
Bermulalah lembaran baru dalam hidupku.. diet... bukan tak makan cuma kurangkan makan nasi, dan tak makan malam..hebat bunyinya kannn! Mampukah aku..
Hasilnya..tak cepat ..tapi aku tak kisah. Asal ada kurangnya...setiap hari aku naik timbangan yang ada di tempat kerja ku..sampai naik rosak aku kerjakan setiap hari (opppsss..takla macam tu sekali). Sampai IzzAina85 pun naik jelak agaknya tengok gelagat aku.. Ahh..tak kisahla.. janji aku senang.
Hari ke hari, bulan ke bulan..sehingga pertengahan bulan November 2011, hasilnya aku turun sebanyak hampir 10kg..
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment